.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Monday, February 14, 2011

^ ujang9897 REVIEW BLOG saya ^

Salam sekali lagi buat rakan² blogger yang disayangi...Sekadar pengetahuan anda, ini adalah entry yang ke-3 daripada saya untuk hari ini. Nampak sangat saya sedang dalam keadaan tidak sibuk di pejabat!!! ('',)

Baiklah, selaras dengan entry khas dan istimewa daripada saudara ujang9897 yang telah mengupas dan buat review blog saya ini, dengan rasa rendah dirinya saya ingin mengumumkan bahawasanya saya akan meng "upgrade" serba sedikit cara penyampaian mesej dari segi penggunaan perkataan.

Bagi sesiapa yang terlepas dan ingin membaca semula entry tersebut, anda boleh KLIK SINI LAJU²...

Serba sedikit tentang blog saudara ujang9897. Ini header yang beliau gunakan.


Ini pulak wajah tampan milik beliau, dan dalam pada masa yang sama juga digunakan menjadi avatar di blog beliau.


Bagi rakan² yang masih belum berpeluang melawat blog ujang ni, silalah berbuat demikian...tidak rugi pun melawat sesama blogger. Saya sendiri pun jika tidak sibuk, pasti akan singgah ke blog terbaik beliau ini.

Saya amat berterima kasih kepada beliau yang telah bersusah payah meng review blog saya yang masih mentah ini. Segala kritikan dan teguran yang membina seperti inilah yang saya cari selama ini. Bukan saya ikut telunjuk ujang9897, tetapi saya pandang kepada sudut positif. Ada betul juga teguran beliau itu.

Teguran yang paling saya suka adalah berkenaan dengan "penggunaan bahasa SMS". Beliau minta ianya dikurangkan. Lihatlah, di entry ini rasanya saya telah hilangkan teknik tersebut. Saya tidak kisah apa orang nak kata pun, ini adalah blog saya, suka hati apa yang saya nak buat. Jadi dengan keputusan ini, saya rasa saya hendak teruskan menggunapakai bahasa baku di dalam penulisan blog. Namun, jika perlu saya masih lagi akan kembali seperti dahulu jika mahu. Di ruangan komen, still seperti dahulu pun terbaik juga,kan? ('',)

Dengan rasa bangganya, ingin saya nyatakan di sini, saya telah pun meletak blog saudara ujang9897 ini ke dalam bloglist saya. Sekadar suka² selain daripada untuk tidak terlepas semua entry daripada beliau. Tentu beliau sedang gelak besar kegembiraan setelah membaca entry ini.



Di akhir kalam, izinkan saya memberi 1 kata² perangsang,

"KITA SUKA, ORANG MUNGKIN TIDAK, ORANG TIDAK SUKA, KITA BOLEH UBAH"

kata² semangat yang anda tidak akan jumpa di mana-mana...

Sekian, majulah bidang penulisan buat semua. Salam sejahtera buat semua.

p/s : ai still lagi seperti dahulu di FB!!! yu oL x caye? jom gi sana...koh koh koh

15 comments:

Izamir Ridzwan said...

huh.. bru nk bca ni,

BRO_MONDAY said...

IR : 1 perubahan ai berjaya buat! ai rasa sangat selesa lah...rasa cam nak kekal kan camni...cara gak...koh koh koh

The Red Rambutan said...

Bro Monday, tepuk angan semua untuk anda dan Selamat berblog. Aku ni malas sikit sebenarnya koh koh koh

BRO_MONDAY said...

bro red : tengkiu bro bagi semangat kat ai yam masih baru dalam dunia blog ni...ai kaik it...koh koh koh InsyaAllah ai akan kekalkan...

A.s.t.i.n.a said...

Jangggggggggggggg!

BRO_MONDAY said...

miss ASTINA : ujang dah larik!!! koh koh koh memam kenot go feder lansum!!! bat ai laik dis...ai rasa cam best je bila guna bahasa baku dalam penulisan blog...('',)

Ujang9897 said...

hihi...jgn amik hati bro...untuk entri terbaik mcm nie..aku suka..=)

kat komen2 manja2 takpa kot..=)


thanks bro

atie said...

pasni kena kipas ujang lebih skit la..haha

atie said...

tulis mcm ni pun ok je..dulu pun atie boleh je baca ye..cuma kalau org tulis byk sgt ewww kt blakang setiap perkataan tu atie takleh baca..pening..terus tutup..huhu

bobiedanbad said...

penulisan yg baik..
selamat berblog
nk saya letak bro kat blog list

yanamib said...

yeyy br lah selesa membaca blog anda..hihi..stail bhs sms kat komen tu maybe boleh jd identiti kamu..^_^

BRO_MONDAY said...

ujang : no heart feeling pun...tengkiu geng!!! ai laik stail baru ni...koh koh koh hope kite sama² blogger dapat bantu-membantu!!! ('',)

miss atie : kipas lipas???koh koh koh ai pun benci oram taip sms yam ada "ewwww" contoh macam "nak balik dah keww???" adehhh~ apapun ai tetap ngan stail ai di ruangan komen!!! koh koh koh

cekgu bobie : tengkiu ye...ai laik it so mac! kip in tac...

miss yana MIB : tengkiu atas sapot moral tersebut...ai sangat hargai...('',)

eqbalzack said...

salam bro. ujang ni kerja UPM. tapi abg eq belum sempat jumpa dia lagi...hehe

sahromnasrudin said...

tahniah!!! dia blogger hebat..untung sdra telah direview olehnya...

BRO_MONDAY said...

bro eq : wsalam, tengkiu coz sudi terjah dan komen kat blog ai ni...tu lah pasal, ujang dah review, so ai pun kata dalam hati, "gud jugak ni kalo ai buat perubahan besar, coz ai di alam maya ni susah nak guna bahasa baku bagai ni...da jadi tredmak ai untuk taip suka² spontan, apapun ok jugak bila dah tukar cara penulisan, ai pun rasa selesa cara baru ni...tapi kat komen still gak ai macam dulu..koh koh koh
ai keje di bangunan sapura mines!!! dah dekat ngan UPM, kalo ada gathering ke apa², kasi kolim² ok...kip in tac bro!!!

bro sahrom : terbaik, ada gak blogger otai nak review kasi teguran membina,,,ai hargai sangat...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...