.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Showing posts with label HAL KAWAN². Show all posts
Showing posts with label HAL KAWAN². Show all posts

Thursday, June 30, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA !!!

Assalamualaikum & salam harmoni buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Alhamdulillah~ rasa syukur ke hadrat Ilahi di atas kemenangan pasukan bola sepak Malaysia yang menentang pasukan bola sepak Taiwan malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2014 Brazil. Kemenangan 2-1 ini adalah bekalan untuk dibawa ke stadium pihak lawan di pusingan kedua pada 3 Julai 2011 nanti.

Saya ke stadium malam tadi bersama CPK @ KAKI BOLA group!!! Memang terbaik rakan² pejabat ini, semua gempak+havoc² belaka!!! InsyaAllah di perlawanan akan datang jika bermain di SNBJ, kami akan turun bagi sokongan lagi...Apa pun, jom kita layan gambar serba sedikit...Gambar disedut dari abam SHUK KEDAH!!!


**MENGABADIKAN KENANGAN DI TANGGA DEPAN LRT SAMBIL TUNGGU KETIBAAN RAKAN LAIN**





**SUASANA DI DALAM STADIUM DARI SUDUT PANDANGAN KAMI**



**SAYA SAMPAI MELOMPAT ATAS KERUSI MERAIKAN JARINGAN PERTAMA PASUKAN MALAYSIA**



**GENG CPK@KAKI BOLA**



MISI ROMBONGAN INI BERJAYA!!!

Wednesday, June 29, 2011

Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011

Assalamualaikum & salam sayang buat semua pengunjung serta pembaca setia Bro_Monday's Life('',)

Pagi yang sejuk di pejabat membuatkan saya rasa ingin mencoretkan sesuatu di blog ini, ditambah pula dengan kesungguhan saya untuk membuatkan blog ini bernyawa di celahan kesibukan diri...adess~ intro yang "boleh lah..." koh koh koh

Seperti yang kita semua sedia maklum, malam ini pasukan bola sepak negara kita akan menentang pasukan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ini adalah perlawanan pra-kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil.

Geng kita di Sahabat Blogger [SB] pun ramai yang turun ke stadium dan buat gathering di sana!!! Sesiapa yang berminat, sila ke page @ group [SB] di Facebook dan dapatkan maklumat di sana ataupun boleh cari Akmal Hilmi, Kirin Selama Perak II, Kyêrüll L Frêscð, Azrul Hisham, Amal Espraza, Yana Nanako



Saya akan turun ke stadium bersama member² pejabat!!! kami gelarkan kumpulan kami CPK@KAKI BOLA. CPK maknanya Cawangan Pengurusan Kompetensi.


Ini adalah bukti pembayaran yang diterima dari 11 orang yang menyertai.
Pesanan buat pasukan bola sepak Malaysia, BERJUANGLAH HABIS-HABISAN, KAMI TETAP MENYOKONG!!! MALAYSIA BOLEH!!!

Tuesday, May 24, 2011

.:. Urusan Kebajikan Bro_Monday's Life .:.


Assalamualaikum & salam pagi Selasa buat semua kawan² serta pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Alhamdulillah malam tadi berjaya 1 aktiviti dari
Kelab Pemilik Proton Saga Iswara Malaysia a.k.a Saga Iswara Club (SIC)
No. Pendaftaran R.O.S : 2117-09-PPG
cawangan SERNGIKAYANI (Serdang+Bangi+Kajang+Putrajaya+Nilai)

Aktiviti yang bermula pada jam 9.00 malam bertempat di Dataran Masjid Putrajaya di hadiri ramai rakan² di bawah naungan SIC SERNGIKAYANI...Sungguh meriah...

Sebenarnya pagi semalam seorang sahabat memaklumkan kepada pihak pentadbiran kelab untuk membuat 1 kutipan sumbangan kilat untuk didermakan kepada waris/mangsa rumah anak yatim Al-Takwa Ulu Langat Selangor yang baru² ini ditimpa musibah tanah runtuh...


**posting dari abam bacKMarker a.k.a abam fazly di forum SIC**

Jadi secara automatiknya saya selaku Setiausaha cawangan terus buat 1 petikan untuk menjemput rakan² dalam kawasan untuk buat gathering a.k.a TT nak buat kutipan selain daripada nak melepaskan rindu dengan rakan²...terus kami buat sesi photoshoot...

TAHNIAH kepada yang hadir menjayakan aktiviti malam tadi, sumbangan yang diterima sangat dihargai, semoga kita semua beroleh keberkatan dariNya...

~InsyaAllah~

Lepas itu, aktiviti diterukan lagi dengan sesi minum² dan makan² sendiri taja di Restoran Mamak Ali Maju Presint 18...Lama dah tak lepak ramai² dan berborak sampai lebam...TERBAIK!!! ('',)

Friday, May 20, 2011

.:. BLOGGER baru .:.


Assalamualaikum & salam petang semua pembaca Bro_Monday's Life ('',)

ALHAMDULILLAH~ syukur dapat lagi kita berjumpa di blog ini...

ENTRY LAST saya adalah berkisarkan Hari Belia Negara 2011,
kepada rakan² yang masih belum jengah
BOLEH KLIK SINI

Entry kali ini saya nak bagitahu kepada semua rakan² blogger, kita ada sahabat baru. Ada 2 orang rakan pejabat saya yang baru menceburkan diri ke dalam kancah ini. Mereka nak sangat ber blogging, sama ada secara serius mahupun tidak kita sebagai rakan support lah apa yang patut...

Mereka minta jasa baik saya untuk beri tunjuk ajar, saya pun tunaikan lah hasrat mereka dengan mencurahkan ilmu serba sedikit...Bagi saya, hal macam ni x perlu nak kedekut dan berkira. Kita kena ingat sentiasa, dulu pun kita macam mereka juga...Bertapak sedikit demi sedikit sehingga lah berjaya!!!

Apa pun yang terjadi, mari kita sama² ucapkan selamat datang kepada
SAUDARA SHUKRI & SAUDARA FAIRUZ
(sila klik untuk terjah blog mereka)

Friday, April 1, 2011

.:. APRIL menjelma .:.



Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat buat semua pembaca Bro_Monday's Life ('',)

Apa khabar anda semua pagi ni? Harap semua sihat walafiat menempuhi hari dan ceria sentiasa!!!

Bulan April sudah menjelma...Bulan Mac baru saje berlalu pergi..Sedar tak sedar umur kita meningkat sedikit demi sedikit...Syukur...

Hari ini ramai juga rakan² blogger buat entry pasal April Fool...ada cerita mereka pasal pengalaman "terkena" dulu²...ada juga yang buat entry pasal kisah di sebalik April Fool, dan ada juga yang tulis mengenai pesanan kita untuk tidak menyambut hari April Fool...

Bagi saya sendiri, apabila sampai saje tarikh 1 April, saya akan terkenangkan arwah rakan baik saya dahulu...Arwah Fahad Aziz kembali ke rahmatullah pada 1 April 2004...Pejam celik sudah 7 tahun pemergiannya...

Pagi tadi saya sudah post status di FB memohon rakan² bagi sama² sedekahkan Al-Fatihah... Terima kasih semua, hanya Allah SWT saje yang mampu membalasnya...

Arwah pergi selamanya seawal usia 19 tahun kerana sakit...(sehingga kini saya sendiri pun tak pasti sakit apa)...semoga rohnya tenang di sisiNya...

Di sini saya juga mahu mengambil kesempatan untuk momohon rakan² blogger sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang pergi dahulu dari kita....amin~

Baiklah, sampai sini dulu coretan saya pagi ini...Semoga kita berjumpa lagi...Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...