.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Showing posts with label kelantan. Show all posts
Showing posts with label kelantan. Show all posts

Sunday, June 12, 2011

TAHNIAH TERENGGANU F.A & KELANTAN F.A

Assalamualaikum & Salam Hari Minggu buat semua pembaca serta pengunjung Bro_Monday's Life ('',)

Masih terasa bahang di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, perlawanan akhir merebut Piala FA 2011 di antara pasukan negeri Kelantan dan negeri Terengganu. Perlawanan berkesudahan dengan Terengganu menjadi juara manakala Kelantan naib juara.

Perlawanan berkeputusan 2-1 memihak kepada pasukan bimbingan Tuan Haji Irfan Bakti. Pasukan bimbingan Datuk M.Karathu terpaksa pulang hampa setelah tamat perlawanan malam tadi.

Walaubagaimanapun, saya yang turut menyaksikan sendiri secara langsung di stadium sama berasa sedih pasukan kegemaran tumbang tipis. Bagi mereka yang tonton perlawanan ini tidak kira secara langsung di kaca TV mahupun di stadium tentu tahu apa sebenarnya yang terjadi. Namun benda pun sudah jadi, kalah pun dah kalah dah, so kita tidak perlu melatah sangat pasal ini.

TAHNIAH sekali lagi buat pasukan negeri Terengganu menjulang piala yang sangat berprestij ini.









Gambar kenangan saya di stadium malam tadi, sempat juga bertemu dengan sahabat lama Ayie ketika bekerja di pam minyak Petronas Padang Tembak Pengkalan Chepa Kelantan sekitar tahun 2003 (lepas SPM)...Malam tadi kami bertemu setelah 4 tahun tidak berjumpa. Kami bersahabat selama hampir 8 tahun sedar tidak sedar.

p/s : arwah abah orang Terengganu, ma saya orang Kelantan. Jadi kemenangan serta kekalahan malam tadi adalah milik saya...('',)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...