.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Friday, February 18, 2011

SeLaMaT DaTaNG BeNDa BaRu !!!

Salam pagi Jumaat yang bahagia buat semua pembaca blog “bromondayslife” yang dicintai!!! Hope anda semua seronok pagi ini dan ceria sepanjang hari…(‘’,)

Tajuk macam gempak, kan? Memang pun…adeh~ lepas ni saya sudah tidak perlu nak risau²
bila nak online!!! Anda nak tahu kenapa? Ok, macam ni ceritanya, Sabtu yang lalu petang sesudah saya ada tournament futsal di Presint 18 Putrajaya di paginya, saya bawa family jalan² di The Mines Shopping Fair…Kami ke sana sekadar nak cuci mata je sebenarnya..koh koh koh

Dalam tengah jalan² tu dekat tingkat atas sekali area handphone, saya terpandang satu kedai agent Streamyx .

Mari ikuti perbualan ringkas kami berdua,

abang kacak : “wow!!! menarik ni…”
isteri kesayangan : “ada apa abang???” dalam nada terkejut juga sama seperti saya…

Saya pun meneruskan kata² lagi…

abang kacak : ”sayang nampak tak apa yang abang nampak?”
isteri kesayangan : “arah jam berapa?” terpinga-pinga seperti sesat di jalan lurus…
abang kacak : “jam 12, jam 12!!!” kata saya dengan begitu pasti seperti askar yang sedang dalam proses nak buat ambush
isteri kesayangan : “cantik!!! ini sudah bagus…seperti dalam mimpi malam tadi…” sambung beliau…
abang kacak : “ayuh kita gerak sekarang juga ke kedai tersebut…”
isteri kesayangan : “mari serbu…” secara bersungguh-sungguh…

dalam hati saya seraya berkata, “entah apa² lah isteriku ini…layan kan saje lah…”

*dialog di atas telah ditokok tambah atas alasan mahu menyeronokkan hati…Scha Al Aiman tiada dialog khas kerana beliau masih belum boleh berkata-kata…

Terus kami ke kedai yang dimaksudkan itu, ada pekerja lelaki berbangsa Cina sedang berborak-borak dengan rakannya dalam bahasa yang mustahil untuk saya fahami ertinya.

Dipendekkan cerita, sila lihat gambar yang saya sediakan. (‘’,)


*pekerja kedai itu sedang mengisi borang pendaftaran…*


*pamphlet Streamyx…*


*benda lama yang sudah di potong buat masa ini kerana saya lambat bayar bil..koh koh koh*


Jadi, selamat tinggal kepada Maxis Broadband a.k.a meksis brokbeng!!!
Selamat datang diucapkan kepada Streamyx pakej 1mbs RM110/bulan guna sampai lebam!!!

Sekian dahulu entry terbaik dari saya untuk pagi ini…Salam…

12 comments:

Danial Marzuki said...

pakai streamyx br best, boleh bukak blog xyah tutup2..

BRO_MONDAY said...

bro dim : tu la pasal!!! sampai lebam guna non stop..koh koh koh

Cik Bambam said...

laju ke bro?? nak jugak lar..nak terminate ini celcommm!huhuhuhu

Eiza GreenAppleKu said...

Tapi streamyx tak boleh angkut sana sini. Saya pakai dua-dua, broadband utk angkut, streamyx kat umah. Best blogwalking guna streamyx..

atie said...

online 24 jam la lepas ni~hehehe

BRO_MONDAY said...

gri epel ku : ('',) itu memam lah, skam ni ai punye brokbeng belom buleh terminet lagi, ada kontrak dalam setahun lagi...so, dah gaji ni ai akan bayar bil untuk sambum operasi balik semula setelah di potom...so, after that ai guna strimik kat umah, bile nak balik kampum atau on9 di luar baru ai pakai brokbeng...brokbeng ni ada limit nye...had² tertentu yam menyebabkan kite perlu tambah / topap data usage!!! kali ni ai x kan topap!!! padan muka beliau..koh koh koh

BRO_MONDAY said...

miss atie : belom pasam lagi ok, baru je daftar...teknicen TM tu belom call pun lagi!!! hampeh...kata seminggu...ni dah ari ke-6 ai tunggu...mei bi next week datam pasam...koh koh koh

sahromnasrudin said...

saya punya pakej 1malaysia...ala rm 38/ 54kbps siap dpt netbuk tue..nape tak amek pakej tue huhuhhh

BRO_MONDAY said...

bro sahrom : pakej ni ke? waif ai ada share kat FB petam smalam!!! ai baru tau...

http://bm.muhdsyafiq.com/tmnet-tawar-pakej-jalur-lebar-beserta-netbook-dengan-hanya-rm38-sebulan/

Encik Suami said...

tapi..buleh online kat umah je kan?
klu gune berokban..buleh dibawa kemana saja.

BRO_MONDAY said...

bro sichan : betul....ai komen kan sama seperti di atas tu yam panjam lebar...brokbeng ai akan bawak on9 kat luar² je...strimik hanya di umah...cukup masa, kontrak tamat ai akan teminet menatam brokbeng yam di nyatakan tersebut!!! koh koh koh

bobiedanbad said...

pas ni bro monday..mesti rajin update..hehehe bykkn n3 bro...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...