.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Wednesday, March 30, 2011

.:. Majlis Penghargaan Sukarelawan Islamic Relief Malaysia .:.

Assalamualaikum dan salam pagi Rabu buat semua pembaca Bro_Monday's Life,

Hmm~ baru hari ni saya ada masa free untuk update pasal tajuk kat atas tu ha...Ya, saya dah pun selesai mengikuti Majlis Penghargaan Sukarelawan Islamic Relief Malaysia (IRM) pada 26 mac 2011 Sabtu yang lalu bertempat di ARL BOWLING ALAMANDA PUTRAJAYA anjuran IRM.

Kelab Belia Saga Putrajaya (SRD) & Kelab Pemilik Proton Saga Iswara Malaysia (SIC) telah pun dijemput secara rasmi untuk turut serta dalam event terbaik ni. Selain tu, selaku penyumbang terbesar hadiah² iaitu Kelab Mutiara Putra Jaya juga turut sama memeriahkan majlis ini.

Rumah Anak² Yatim Baiduri, Dengkil turut diraikan. Ramai anak² yatim kecil yang hadir ditemani penjaga mereka.

Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia serta pelajar² Institut Profesional Baitulmal juga turut dijemput.

Memang happening lah majlis tu, kami main bowling dibelanja oleh IRM sempena mengenang jasa baik semua yang selama ini membantu dalam banyak aktiviti IRM...

Terima kasih diucapkan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM).

Di sini saya serta kan contoh antara aktiviti yang pernah saya join dengan IRM ni...kebanyakannya aktiviti kebajikan.

-
Talentstar "Segalanya Mungkin" pada 16/10/2010 di Perpustakaan Awam Shah Alam Selangor.



Ni pulak gambar kenangan bersama rakan² SRD & SIC masa sesi photoshoot!! saya yang pegang banner di perkataan Belia Saga tu...adehhh~

Ok, banyak lagi gambar aktiviti gempak ni...kalau rasa nak tengok sila lah add saya di FB cari je Bro Monday ('',)

Tuesday, March 29, 2011

"Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman"


Assalamualaikum dan salam sayang semua pembaca tegar dan tak tegar Bro_Monday's Life ('',)

Pagi ni saya rasa sangat bertuah...sebab saya dah di tag oleh geng blogger kite si UJANG YANG KACAK DAH NAK KAWEN TAK LAMA LAGI...koh koh koh

Untuk sama² join GA cantik menarik memang tembam anjuran BRO DARKBATMAN ...

ANDA BERMINAT NAK TAHU DENGAN LEBIH LANJUT? JIKA YA, ANDA LAH YANG SAYA CARIK!!!
ok, SILA KLIK SINI CEPAT²!!!

Harap² saya bertuah kali ini, sebab wallet ni cun bangat....saya amat menyukai nya...

Ok, jom kite sama² tag diri sendiri...tapi sebelum tu saya nak tag 3 rakan yang mungkin bertuah juga...('',)

1. apple lady isteri tercinta, jika dapat wallet ni sila bagi saya...adehhh~
2. kak LILY comey dapat je wallet ni sila bagi hubby anda ye...
3. asrul a.k.a ejulz kampung kameQ

Ok, selamat maju jaya...bagi rakan² yang nak turut serta, jom lah!!! TERBAIK...

.:. Pelindung Keselamatan .:.

Assalamualaikum dan salam hormat semua ('',)

Haa.....tengok tajuk je dah rasa macam benda umum kan? koh koh koh Pelindung keselamatan yang saya maksudkan di sini adalah TOPI KELEDAR!!! macam yang saya nyatakan di ENTRY INI , saya dah beli helmet baru...sangat nyaman apabila menyarungnya sewaktu menunggang motor pergi pejabat!!! saya sangat suka...




Saya beli di sebuah kedai motor area Serdang, nama kedai lupa lah pulak...betul² mengadap sekolah dekat ngan barisan kedai motor BIKERZ...UJANG kompom tau nama kedai nya...yelah, tu kan line² beliau...adehhh~

Apa² pun helmet ini memang nampak tahan...sebelum ni saya guna helmet APOLLO MS88...dah lama helmet tu, tu pasal saya tukar yang baru!!! koh koh koh

Ok, di entry ni jugak saya nak share kan sesuatu tentang
KESELAMATAN JALANRAYA!!!KLIK LAH YE...

Lupa saya nak bagitau, helmet ni dibeli masa hari Jumaat 25 Mac 2011 yang lalu, waktu saya dan rakan seorang lagi pergi teman ASRUL a.k.a EJULZ KAMPUNG KAMEQ gi ambil motor baru beli kat kedai tu...maklum lah, beliau kan baru je lepas kemalangan tempohari...motor LC beliau jahanam...adehhh~ mujur semua ok...luka ringan saje...

baiklah, sampai sini dulu coretan saya yang tak seberapa ni...Thanks sudi baca ok!!! saya hargai sangat²...('',)

Monday, March 28, 2011

.:. Panas Sangat Berpeluh .:.

Assalamualaikum dan salam pagi Isnin buat semua,

Pagi ini saya datang agak lewat ke pejabat, tapi takde lah sampai merah punch card tu...adehhh~ lewat dari kebiasaan je...

Selalunya jam punch card tu 7:05 pagi saya dah ada di pejabat. Pagi ini saya punch card jam 7:16 pagi...lewat, kan? koh koh koh

Datang pejabat black out pulak tu, dari pagi maintenance² berlari sana sini siap kan kerja...ada buat kerja lah tu mungkin nak repair sesuatu...

Bila black out tentu lah takde bekalan udara sejuk!!! PC pun tak boleh nak ON...adehhh~ layan kan je...badan berpeluh hangat dah ni dari tadi...

Sekarang dah kembali kepada asal...Dah sejuk!!! TERIMA KASIH abang² maintenance ye!!!

Ok, pagi ni saya blogwalking agak sikit...sebab network internet sangat lembab disebabkan black out tadi...

Jom terjah blog isteri saya pasal botol susu FREE BPA, KLIK SINI CEPAT²!!! dan juga ENTRY MISS TIEAH ADA NAMA SAYA!!!

Hmm~ setakat ni dulu ye coretan saya yang tak seberapa ni...nak pergi siapkan kerja dulu...nanti saya datang balik...('',)


p/s : lupa nak kasi tau anda semua, saya baru beli helmet baru!!! wah...memang selesa!!! helmet trand masa kini...koh koh koh

Friday, March 25, 2011

.:.Mencari Sesuatu Di Mid Valley.:.



Assalamualaikum dan salam sayang diucapkan kepada semua!!!

Petang ni insyaAllah balik dari kerja, saya sekeluarga akan gerak jalan² di Mid Valley...Lagi pun isteri saya ajak pergi cari botol susu Scha yang bebas dari BPA...adehhh~ anda kurang jelas mengenai ini? Ok, saya boleh bagi link untuk kite sama² baca dan fahami apa itu Botol Susu Tanpa BPA...

KLIK SINI UNTUK MEMAHAMI DENGAN LEBIH LANJUT

Ha...tu lah pasalnya, sebelum jadi sesuatu baik kita cegah dahulu...bahaya rupanya, banyak kesan negatif yang bakal terjadi jika diteruskan lagi botol susu sekarang ni. Lagipun pengasuh Scha di taska tu dah bagi notis kepada semua ibu bapa penjaga minta perkara ini diambil serius dengan menggantikan botol yang bebas BPA...('',)

So, saya dan isteri sebagai salah seorang ayah bonda yang prihatin, turut sama mengambil langkah berjaga-jaga! tu pasal lah nak gi Mid Valley cari botol kat sana...
koh koh koh

Ok, semoga kita berjumpa lagi ye...

.:.TERHARU & MENGHARGAI.:.

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat buat semua ('',)

Hari ini saya sudah mula bekerja setelah bercuti kerana ada kematian di kampung, lama juga saya cuti...9 hari tak datang pejabat!!! lama,kan?

Saya post entry ni sebelum gerak pergi sarapan di cafe, saje nak meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang bernafas di dunia ini lagi...

1 lagi, saya juga rasa sangat terharu dengan komen yang saya terima pasal entry ATOK SAYA DAH MENINGGAL yang diterima dari rakan² blogger tersayang...

TERIMA KASIH saya ucapkan...('',)

Ok, nanti kita sambung lagi ye. Saya dah nak pergi cafe...

Wassalam...

Tuesday, March 22, 2011

.:.aToK di Kota Bharu dah arwah.:.

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua rakan2 blogger serta para pembaca setia 'bro_mondays life'.

LIVE @ KG.TAWANG, BACHOK, KOTA BHARU, KELANTAN..

Hari ini masuk hari ke-3 pemergian atok yang dikasihi ke rahmatullah.. Arwah sakit tua, berusia 85 tahun menghembuskan nafas terakhir pagi Subuh 20 Mac 2011. Selamat dikebumikan pada jam 11.45 pagi hari yang sama. Arwah disemadikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah2 keluarga yang pergi lebih awal termasuklah arwah abah saya.

Saya dapat panggilan dari ma di Sungai Besi pada jam 7.00 pagi Ahad. Terus saya bergegas ambil ma dan adik untuk pulang ke Kota Bharu sekali lagi. Baru sahaja 3 hari kembali dari kampung, kini balik lagi. Balik haritu sebab nak melawat dan menjengok keadaan arwah, tak disangka pula arwah meninggalkan kami semua 3 hari selepas itu.

Sekarang ni saya baru lepas tolong di dapur menyediakan hidangan untuk majlis tahlil malam ke-3.

InsyaAllah pagi esok saya akan bertolak pulang ke Putrajaya. Rindu dah kat 'my apple' dan Scha Al Aiman.. Kali ni balik tak bawak, sebab minggu lepas dah ikut..lagipun isteri kena kerja tak dapat cuti.

Ok sampai sini dulu coretan kehidupan buat masa ni, nanti saya update lagi di masa akan datang. Lengoh dah tangan menaip online melalui handphone! Baru top up hot ticket internet hotlink..

Jumpa lagi ye.. Wassalam..

*entry ni xperlu ada gambar, sbab on9 kat henpon..adeh..*

Friday, March 11, 2011

SERAM SEJUK~adehhh~

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat semua pembaca setia "bro_monday's life" ('',)

Sekarang ni di pejabat saya sedang pakai baju sejuk! Badan rasa sangat lemah, sendi² rasa sakit...

Malam tadi saya main badminton di Presint 18 putrajaya. Macam biasa lah main dengan rakan² kelab. Saya terlalu agresif! Rasanya itu menjadi punca saya sangat penat pagi ini. Rasa macam nak demam...Menggigil semacam je... Pagi tadi masa bangun Subuh, hampir saya nak hantar SMS kepada bos kata tak dapat hadir ke pejabat. tapi saya gagahkan juga untuk datang. Murni sungguh niat saya ini. koh koh koh

Mujur lah rakan pejabat nama nya abang Hisyam ni ada panadol dalam laci meja beliau. Saya terus minta sebiji dan beli air mineral di pantry pejabat.

Lepas ni tentu saya akan mengantuk. nak berehat lah, tapi jam 9.30 pagi nanti ada lawatan penandaarasan QES & 5S di sini. Tentu² bos dan AJK 5s berkeliaran...

So, tak clear lah jawabnya...adehhh~ Ok, takpe lah. Saya hanya berehat di meja sambil buat kerja sikit. Nak buat tagging folder masyuarat.

Kita jumpa lagi nanti...('',)

Thursday, March 10, 2011

Scha Al Aiman Dapat Basikal


Assalamualaikum semua!!! Jumpe lagi kita di "bro_monday's life" ('',)
Sekarang saya dah tak sibuk, mana tak nye dari pagi hari tadi lagi banyak kerja.
Semua dah siap. Tadi mengemas pejabat ramai² bergotong-royong bersama rakan² sebab esok pagi ada lawatan QES serta 5s...

Ok, pagi tadi saya ada cakap nak buat entry tentang anak saya dapat basikal,kan?

TAK JADI...

Sebabnya isteri kesayangan dah buat!!! adehhh~ SILA KLIK SINI CEPAT² untuk membacanya... Diharapkan anda semua terhibur!!! koh koh koh

KECEWA ATAU GEMBIRA???

Assalamualaikum dan salam pagi Khamis semua pembaca setia "bro_monday's life" dan rakan² blogger sekalian...('',)

Pagi ini saya berbaju batik datang pejabat.

Pagi ini juga saya bawa kereta sebab hujan lebat kawasan Putrajaya seawal jam 6.30 pagi waktu saya mahu keluar rumah.

Pagi ini jalan sesak sebab ramai yang bawa kereta, motosikal amat jarang dilihat masa saya dalam perjalanan ke pejabat.

KECEWA atau GEMBIRA?

Itu yang menjadi persoalannya.

KECEWA...
Saya rasa amat kecewa malam tadi tidak dapat tengok bola secara langsung di kaca TV. Perlawanan timbal balik antara Pakistan dan Malaysia. Akhirnya TAHNIAH buat pasukan kita kerana layak agregat 2-0 walaupun sekadar seri 0-0 semasa bertandang di stadium pihak lawan.

GEMBIRA...
Sangat gembira sebab dapat belikan basikal pertama untuk Scha Al Aiman anak saya! Nanti saya buat entry pasal ni...('',)

Baiklah, apa pun perasaan kita pada waktu ini, lupakan sebentar. Mari pergi sarapan dulu!!! Jumpa lagi ye....

Wednesday, March 9, 2011

HARIMAU MALAYA di Kelayakan Olimpik ROUND 2 !!!

Salam sukan buat semua pembaca
"bro_monday's life"

Malam ni Malaysia akan bertemu Pakistan dalam bola sepak kelayakan Olimpik 2012 !!!
Mari kita sama² doakan kejayaan skuad bola sepak negara kita...

Jangan lupa untuk saksikan siaran lansung perlawanan di saluran 801
ASTRO ARENA pada jam 10.30 malam !!!

Kita bagi semangat dari jauh mengiringi pasukan Malaysia agar berjaya menumpaskan pasukan Pakistan...

Berbekalkan kemenangan 2-0 di Stadium Shah Alam pada 23 Februari 2011 yang lalu, pasukan Malaysia tampak lebih berani mengharungi cabaran bermain di Stadium Punjab, Lahore pada malam nanti...


*sumber : BLOG PENYOKONG THE RED WARRIORS

MALAYSIA BOLEH!!! MALAYSIA BOLEH!!! MALAYSIA BOLEH!!!

TUTORIAL Part 1 : NEW ENTRY di comment box

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pembaca "bro_monday's life"...ini entry ke-2 dari saya.

Ok, kali ini saya nak buat sedikit tutorial berkenaan dengan perkara seperti kat tajuk atas tu...('',) Bukanlah saya ni pandai sangat! saya dapat info pun dari blog rakan² yang pernah kongsikan pasal ni...So, saya dengan senang hati dan rendah diri nak lah jugak share bersama rakan² lain...orang putih kata "sharing is caring"...
koh koh koh

Tambahan pula BRO SICHAN ada tanya dan minta saya buat entry pasal ni...
Saya ada bukti!!! koh koh koh



Anda hanya perlu taip seperti dalam gambarajah yang saya sediakan di bawah ini...
Cara yang lebih mudah adalah dengan copy paste kan kod itu ke dalam lampiran lain, senang nak ambil di masa nak guna...Macam saya, saya copy di email...
Terpulang lah macamana sekalipun cara, asalkan anda selesa.



*saya terpaksa buat cara ni, kerana jika taip biasa akan jadi kod yang aktif...hmm~ nak terangkan macamana pun saya tak tahu...adehhh~*


ARAHAN :

i) Sila gantikan nombor 555 itu dengan link entry
ii) Sila gantikan nombor 666 itu dengan tajuk entry

Contoh yang ada dalam simpanan saya dan selalu digunakan adalah seperti di bawah :

p/s : Sila lah BW ye...tengkiu...
1.New Entry "~DULU & KINI~"

Anda boleh lebih kreatif lagi dengan menambahkan ayat² manis seperti contoh yang saya buat kat atas tu...

Ini lah contoh yang akan keluar di comment box, saya gunakan blog UJANG9897 untuk jadi model tak berbayar...kerana beliau banyak menang hadiah!!! kredit untuk beliau...('',)



Rasanya sampai sini dulu tutorial yang dapat saya kongsikan. Harap dapat membantu serba sedikit. Andai ada kesangsian ataupun pertanyaan, sila komen di entry ini. InsyaAllah mana yang dapat saya bantu, saya bantu. yang baik hanya dari Allah SWT, yang buruk hanya dari saya sendiri. Selamat mencuba! Jika berjaya, sila luahkan kegembiraan anda di sini, saya pun nak turut sama berkongsi kegembiraan anda itu...

Salam sayang dari saya, TERIMA KASIH SILA DATANG LAGI('',)

~DULU & KINI~

Assalamualaikum dan salam pagi Rabu buat semua pembaca setia "bro_monday's life"...
Semoga hidup anda sepanjang hari ini ceria!!! Jangan masam² muka ok... Sentiasalah senyum..('',)

Hari ni saya nak kongsikan sikit pasal pengalaman berharga...Setiap orang tentu ada pengalaman yang sukar dilupakan. Ianya sangat penting bagi mengekalkan sikap "tidak lupa diri" dalam hidup seharian.

Ok, kita teruskan...

Dulu saya seorang "mat despatch" atau nama saintifiknya "piyon". Percaya atau tidak? Percaya lah sebab ini kisah benar dan tak boleh disangkal lagi kenyataan nya...adehhh!

Saya berkhidmat di bengkel motosikal terletak di Salak Selatan Sungai Besi, KL.
Hampir 2 tahun saya bekerja di situ. Tugasan harian adalah pergi balik ke JPJ Permaisuri, JPJ Wangsa Maju, kedai² stor alat ganti motosikal serta bengkel² berkaitan.

Sangat mudah dan aman! Hari² masuk kerja jam 9.00 pagi balik pula jam 6.00 petang. Sabtu kerja separuh hari, Ahad bengkel tutup.

Pada Oktober tahun 2006 saya mula bekerja dalam situasi berbeza! Amat berbeza! Dahulunya saya biasa berhujan berpanas, setiap hari tapi kini sentiasa berada dalam air-cond, dalam pejabat...

Di sini kesimpulan yang boleh saya buat adalah sentiasa bersyukur dengan nikmat Allat SWT memberi rezeki kepada kita. Dulu "mat despatch" kini kerani pejabat...

Alhamdulillah~

Tuesday, March 8, 2011

JOIN CONTEST AKU KAYA


"yang sudah tu biarkan sudah,
mari kita saling percaya,
nak jadi kaya bukanlah mudah,
kena usaha baru berjaya."

Wah~ saya berpantun bagai ni kenapa?
Nak tahu kenapa?
Saya berpantun saje suka2, saya ada join kontez best!!!
dari cekgu bobie ('',)

Ini banner kontez yang dimaksudkan...


SYARAT!!!


HADIAH : WANG TUNAI RM300

Blog cekgu bobie ni sangat ringkas pengisiannya, so memang sedap lah untuk di baca dan dihayati...Selalu jugak kalau saya online tentu saya akan buka blog beliau dan baca sepam-dua...Beliau selalu menggunakan bahasa pujangga dalam penulisan blog, kadang-kadang sajak, puisi dan syair...eh, syair pun ada ke? lebih kurang macam tulah...mula2 saya baca dulu, tentang 1 kisah budak sekolah iaitu kisah salah seorang anak didik beliau...
KISAH BUDAK KECIL COMEL
terhibur ('',)

Itu antara sebab saya membaca dan minat dengan blog beliau...

Jika anda semua mahu turut serta, sila lah ke blog beliau...
TARIKH TUTUP : 31 MARCH (11.59 MALAM)

Saya nak tag ejuLz KAMPUNG KAMEQ untuk sama2 kaya lepas ni...koh koh koh

CONTEST TERCIPTA UNTUKKU BY MAMA RAYYAN...


NAK JOIN!!!!!
Kontez terbaik dari
MAMA RAYYAN

Saya telah di tag oleh
bro sichan

ini banner kontez!!!


Gambar yang saya pertaruhkan!!!


*bersama BIDADARI² CINTA HATI masa jenjalan makan angin petang² di Taman PICC Putrajaya*

Ok, bagi anda yang mahu turut serta dalam kontez terbaik ni,
SILA KLIK SINI LAJU²!!!

TARIKH TUTUP : 3 April 2011

Saya nak tag
KAK LILY COMEY + AREEN SIC + SIS ALIAAH
Serta semua saja tak kira sape pun!!!
koh koh koh

SELAMAT BERJAYA KEPADA DIRI SENDIRI DAN SEMUA YANG TURUT SERTA!!!

Hari Ini Hari Selasa


Assalamualaikum dan salam hormat buat semua rakan blogger ('',)
Hari ini hari Selasa, semalam hari Isnin...
Semalam hari "fevret" saya...tapi semalam juga kat pejabat ni internet jem!!!
Pagi sampai petang tak dapat online...

argggghhh!!!!

Lepas geram kejap je...

Sekarang dah tak geram lagi, tadi je...
koh koh koh

Pagi ni di pejabat masa perhimpunan pagi tadi diadakan 1 acara pengundian...
Mengundi Poster 5s terbaik...
Anjuran AJK QES CPK
Sebanyak 17 penyertaan!!! Semua cun² sampai saya pun tak tahu nak vote yang mana 1...adehhh~

Apa² pun, saya dah pun menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi...('',)
InsyaAllah tiada undi rosak...

Kita tunggu saje siapa yang menang...
Tahniah kepada semua peserta yang ambil bahagian saya ucapkan!!!

Friday, March 4, 2011

WAJAR ATAU TIDAK ???


Assalamualaikum semua blogger yang saya hormati serta respect dan sayang...koh koh koh

Ni saya nak coret kan sedikit entry sebelum gerak gi masjid, nak gi solat Jumaat.

WAJARKAH kita sebagai blogger saling hormat-menghormati antara satu sama lain?
Jawapan yang dapat saya bagi, pada saya ianya memang wajar! Itu kan bagus untuk kita saling mengenali...dari tak kenal hingga kenal...dari tak rapat jadi rapat...
macam² cara ada, selalu kita tengok UJANG9897 dengan cara beliau sendiri, iaitu main kentut² di blog kawan²...itu cara beliau, cara tu berkesan...dan jugak ianya tidak melambangkan bahawasanya beliau kurang ajar, kan? beliau tetap hormat antara 1 sama lain...tak caya pergi tanya beliau...saya sangat suka cara beliau...itu sebagai salah 1 contoh je lah...banyak lagi kalau nak dihuraikan...adehh~

WAJARKAH kita pun letak senarai blog iaitu bahasa mudahnya BLOGLIST di blog kita jika seseorang blogger tu letak blog kita di BLOGLIST beliau?
Jawapan saya, ianya wajar...bak kata pepatah "orang memberi kita merasa, orang berbudi kita pun berbahasa lah jugak..." saya sangat setuju, ini contoh yang baru saya kesan kejap tadi, masa terjah blog miss dihatie...beliau selau jugak komen di entry saya..TERBAIK...harap beliau tak kisah saya bagi contoh ni...


http://dhatieku.blogspot.com



Ok, setakat ni dulu KEWAJARAN yang timbul dari saya...insyaAllah kita jumpa lagi nanti...lepas solat Jumaat...('',)

p/s : UJANG dan MISS DIHATIE...tengkiu kepada anda kerana sudi jadi model upahan tapi tak berbayar di sini...koh koh koh

KENAPA DENGAN HARI INI???

Assalamualaikum & salam pagi Jumaat
buat semua pembaca "bro monday's life"
yang saya kasihi dan sayangi...

Pagi yang berbahagia ni, saya dengan rasa lemau nya menaip entry
bertajuk seperti di atas...

KENAPA DENGAN HARI INI???

Adehhh~ saya pun tak tahu apa dah jadi...rasa semacam je, tak seceria macam selalu...
rasa macam ngantuk sangat² pun ada ...

Dah lah pagi tadi masa nak siap kan Scha gi taska, saya boleh pakai kan kasut nye terbalik...
kiri ke kanan, kanan ke kiri...
kan ke pelik tu!!!

Terus kena tag di wall FB!!! adehhh~ kelakar pun ada...




Apa² pun, moral of the story nak pakai kan kasut anak, sila bukak lampu...('',)

p/s : lain kali setiap hari Jumaat nak pakai baju melayu
"komplit set" macam
ejuLz KAMPUNG KAMEQ lah...koh koh koh CERIA je nampak beliau pagi ni di pejabat...

Thursday, March 3, 2011

DISEBALIK TABIR BLOG

Assalamualaikum dan salam petang saya ucapkan kepada semua blogger dan pembaca setia "bro monday's life" ('',)

Petang yang damai ni, saya nak ikut serta SEGMEN TERBAIK+BEST=SYOK dari bro BEN yang amat berotot-otot lengannya!!! koh koh koh

Ini dia banner segmen ni...


Ok, ni dia gambarajah diri saya yang sebenar...selama ni tipu je...adehhh~ bergambar di Stesen Minyak Petronas Seremban menghala ke arah selatan...masa ni berada di meetpoint konvoi kawan pejabat kahwin tahun lepas 2010...



Saya lah Bro Monday, kawan² dalam alam maya panggil nama ni...kadang² mereka akan panggil saya Senin...ada kisah di sebalik nama samaran ni kalau semua nak tahu...tapi kali ni mungkin saya tak akan ceritakan asal usul nya...InsyaAllah lain kali je...adehhh~
Saya dah kahwin, ada seorang isteri di panggil apple_lady oleh geng² dalam alam maya...anak ada seorang dipanggil Scha Al Aiman...berumur 17 bulan...kalau nak tengok gambarajah mereka² ni, sila lah belek² entry belakang...
Rasanya tu saje buat permulaan, kita akan berkenalan dari semasa ke semasa...('',)

Sehingga jam 3.05 petang jumlah follower blog saya adalah 168 saje. Saya pasti tak lama lagi jumlah ini akan meningkat! koh koh koh sebab saya suka berkawan...

SOALAN DARI bro BEN
1. Jika anda tak punya blog , apakah yang akan anda lakukan di dunia maya ini ?
- Saya tetap akan online jugak, banyak web forum yang saya lepak...contoh macam forum SIC, SRD, FB dan baca surat khabar sehari suntuk.

2. Ceritakan kepentingan blog kepada anda.
- Banyak kepentingan, salah satu yang ada dalam kepala saya waktu ni adalah blog ni terbaik dapat menyatukan serta merapatkan lagi silaturrahim antara blogger...dari tak kenal sampai lah kenal...bila ada gathering tentu saya nak turun boleh kenal² di alam realiti!!! ('',)

3. Blog feveret yang wajib singgah hari hari .. Kenapa dan mengapa ?
- Saya akan baca komen² yang ada dalam entry saya dan terus menerjah blog mereka!!! lepas tu langkah kedua, saya akan terjah kawan² yang ada dalam bloglist rekaan saya tu...adehhh~ kemudian, saya akan refresh dashboard blog dan terus tengok cerita baru dari kawan²...ada yang berminat, terus saya klik...itulah kenyataannya...

- ok, blog yang saya suka adalah blog bro BEN kerana selalu ada segmen membuatkan saya tak kering idea untuk adakan 1 entry...blog bro BEN sangat ringkas dari pelbagai sudut tak kira lah dari entry hinggalah ke layout blog...('',) "ai laik dis"

- blog kawan² yang saya selalu singgah adalah yang terbaik...tahniah buat semua...saya sayang anda..."KIP IN TAC"...

Sekian, saya sudahi coretan segmen kali ini dengan ucapan SALAM PEKENALAN semoga kita semua bertambah erat dari hari ke hari...

ANDA MAHU TURUT SERTA SEGMEN INI??? KLIK SINI CEPAT²...

p/s : fuh~ panjangnya coretan segmen ni...terima kasih sudi membaca ye!!! ('',)

Jom Bersantai Dalam Bloglist WacanaKu



SAYA NAK TURUT SERTA!!! NAK MASUK DALAM
BLOGLIST BRO WACANA!!!

Jika dilihat dari segi mata kasar, blog bro wacana ni memang suci...putih je...warna yang sejuk mata memandang. Saya sangat suka ke blog bro wacana ni...
Blog beliau juga mempunyai header yang sangat mantap iaitu gambar kartun...saya memang minat kartun...kartun tu seakan-akan seorang penyiasat...('',)

Rasanya itu saje, mungkin banyak lagi yang masih belum saya ketahui tentang blog beliau ni...apa² pun saya selalu juga terjah blog beliau jika ada masa terluang!!!

Semoga saya dapat bertemu dengan bro wacana di alam realiti suatu masa nanti...
TERBAIK!!!

Jika anda mahu masuk dalam bloglist beliau,
SILA KLIK SINI LAJU²!!!

Jadual Bulan Mac 2011 Sangat PADAT !!!



Assalamualaikum sekali lagi buat semua!!! ('',)
Tengkiu sudi jengah ke "bro_monday's life" ni...

Ok, tengok tajuk je tentu anda semua pun alami perkara yang serupa, kan?
Betul....banyak sangat undangan kahwin.
Kawan² saya ramai yang buat majlis pada bulan Mac ni sempena cuti persekolahan yang akan bermula minggu hadapan...

Setakat hari ini 3 Mac, saya ada terima 5 jemputan kahwin dan 1 jemputan majlis hari lahir anak kawan pejabat!!!

BANYAK!!!

Tapi saya sangat gembira dijemput sekeluarga...Boleh makan free!!! adehhh~
Apa² pun harapan saya sekeluarga kepada kawan² yang melansungkan perkahwinan bulan Mac ini supaya menjaga keharmonian rumah tangga serta banyakkan bersabar apabila mengharungi gelora kehidupan setelah meninggalkan alam bujang!

Saya dah rasa, saya tahu lah...

Bagi yang bakal dan tak lama lagi seperti
UJANG9897 & miss yana MIB,
sila contohi yang terbaik dan bersiap sedia lah!!! koh koh koh

"kipidap & gud lak"

('',)

Wednesday, March 2, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??

Petang² camni, sungguh seronok dapat join segmen Bro BEN
Kalau anda nak turut serta, sila lah ke blog Bro BEN ni...


MEMANG BETUL!!!

Saya memang gila trafik!!! Takde sape² blogger dalam Malaysia ataupun dunia yang pandang sebelah mata dengan trafik ni!!! tak caya? sila lah terjah blog² mereka!!! koh koh koh

Bukti yang jelas senang je, lihat lah diri saya sendiri...Hari ni saje dah 3 entry saya keluarkan untuk bacaan umum...('',)

Ok, terus kepada segmen lagi...

Kisah kematian adik lelaki kandung di usia muda amat menyedihkan hati keluarga saya. Arwah meninggal akibat kemalangan jalanraya pada umur 19 tahun!!! di Lukut Negeri Sembilan pada 31 ogos 2007...motosikal yang ditunggang bertembung dengan lori treler muatan barang yang sudah makan jalan (masuk jalan lain)...sudah hampir 4 tahun pemergiannya, masih segar diingatan saat saya pergi ke bilik mayat hospital untuk buat kawad cam...Saya relakan pemergian arwah mengadap Ilahi...Semoga menjadi pengajaran buat semua agar berhati-hati di jalanraya...('',)

AL-FATIHAH untuk arwah adik saya...

JANGAN pandang camera!!!


Nak join kontez terbaik dari miss dyanzjha bertajuk
"JANGAN pandang camera !!!"

BANNER KONTEZ


ANDA MAHU TURUT SERTA? SILA KLIK BAWAH NI...
-
-
------
---
--
-

SYARAT² KONTEZ

Tarikh Buka: 1/3/2011
Tarikh Tutup : 29/4/2011


Saya dah kena tag ngan cikannaSUKAjoinKONTEZ!!!

Ini gambar yang saya pertaruhkan!!!


-ketika bersama aktiviti SAGA RACING DEVELOPMENT & SAGA ISWARA CLUB semasa mengikuti Program Talent Star Anak² Yatim Lembah Kelang di Perpusatakaan Shah Alam pada tahun 2011 dengan kerjasama Islamic Relief Malaysia & UTUSAN-

So, sekarang saya nak tag
asroL ejuLz , arepsukabebel & kak Ly comey
SERTA semua orang untuk sama² memeriahkannya!!!

FUTSAL CPK One FC 1 Mac 2011



Assalamualaikum & salam hormat saya ucapkan kepada semua rakan blogger!!!

Hari ini hari Rabu, diharapkan anda ceria² sepanjang hari...('',)

Pagi ni saya datang ke pejabat macam biasa, awal...Naik motor je, pasal tu lah awal tak kena jem...

Malam tadi main futsal bersama budak pejabat, pasukan futsal yang diberi nama CPK ONE FC...Tapi malang sekali malam tadi hanya 10 orang je yang beraksi. Rakan² lain tak tahu ke mana, sedangkan SMS dah di hantar. Ada yang tak dapat main atas urusan hal keluarga, ada yang saje² x nak main, ada yang penat. Tapi apa boleh buat? Yang datang ni terus kan lah main macam biasa.

PANCIT!!!

Memang lah pancit sebab tak ada player gantian di luar court!!! Layan kan je lah...yang penting happy. koh koh koh

Pasukan kami akan menyertai Liga Super Futsal KBS 2011, perlawanan bermula 5 Mac 2011 ni nanti... Dah tak lama...

Terbaik lah, anda semua doakan kejayaan pasukan kami ye~ ('',)

Tuesday, March 1, 2011

Join Bloglist Ujang9897



Assalamualaikum semua ('',)
Dari pagi saya sangat busy, dah petang baru lah lega sikit kerja dah siap!!!
yesss!!! boleh jenjalan ke blog kawan²...

Terus saya ternampak blog UJANG9897 yang sangat kacak blog nya tu...
eh...beliau pun kacak dan "encem" jugak...
miss yana MIB yang kata...bukan saya yang kata ok...
koh koh koh

WALAUPUN SUDAH TUTUP PENYERTAAN BLOGLIST UJANG9897

Buktinya anda boleh
KLIK SINI LAJU²!!!
ianya tetap tidak mematahkan hati saya yang kental ini untuk mencuba nasib.
Ini kerana saya tahu Ujang tentu akan meneliti jugak entry permohonan turut serta dari saya ini...

Blog beliau ni sangat ringkas tapi padat serta ringan bila kita nak terjah...
eiiiii...ringan je...uihhhh~dasyat....koh koh koh
Tapi secara serius saya jika tidak ada banyak kerja ataupun ada masa terluang tentu akan singgah ke blog beliau.

Terang² cakap lah, cerita sini habis sini,
saya ada letak blog beliau ni dalam bloglist saya!!!
Ianya memudahkan saya untuk terus klik dan terjah blog beliau secara suka hati dan gembira...
adehhh~
Ok lah, cerita banyak pun tak guna!!! mari kita sama² terjah blog beliau yang seronok itu!!!
ayuh rakan²!!!

SILA LAH BACA YANG INI JUGAK ('',)
UU
UU
UU
UUUUUU
UUUUU
UUU
U
BELIAU PERNAH REVIEW BLOG SAYA

p/s : fuh~mintak² Ujang terima permohonan ni...('',)

Hujan Sangat Lebat Pagi Ini !!!

Assalamualaikum & salam pagi buat semua ('',)

Pagi ini saya datang pejabat dalam keadaan tidak basah kuyup seperti selalu!!!
Sangat gembira...
Pagi ini saya bawa kereta.
Pukul 6.40am dah keluar rumah, pergi hantar isteri dan anak ke Kompleks C2 Putrajaya.
Terus gerak ke Seri Kembangan pajabat saya.

Jalan tak payah cakap lah! Sesak...Agaknya semua orang naik kereta pagi ni sebab hujan sangat lebat.

Akhirnya, alhamdulillah saya selamat sampai pada jam 7.34am.
Lewat sikit punch card hari ni selalunya 7.05am dah sampai...

Apa² pun, tak kisah lah janji saya selamat sampai...

Ok, kita jumpa lagi nanti, nak pergi cafe bersarapan dulu!!! ('',)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...