.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Showing posts with label boikot. Show all posts
Showing posts with label boikot. Show all posts

Wednesday, July 20, 2011

Akhirnya, Puas Hati Tanpa ASTRO!!!

Assalamualaikum & salam harmoni buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Harap anda semua berada dalam keadaan tenang, aman dan damai sentiasa. Pertama sekali ingin saya ingatkan di sini, entry ini LANGSUNG TIDAK BERNIAT UNTUK MENGHASUT SESIAPA. Ini kerana saya telah pun menamatkan perkhidmatan ASTRO di rumah saya. Semuanya berpunca dek kenaikan bayaran sehingga mencecah RM15 mengikut pakej.



Sudah pun diwar-warkan dalam media massa mahupun media cetak berkenaan isu ini, dengan itu saya disarankan oleh isteri agar menelefon talian panas ASTRO pada 14 Julai 2011 yang lalu. Lantas saya terus bercakap dengan operator untuk mengutarakan hasrat yang terpendam.

Akhirnya, selesai juga dan saya berjaya!!! Kini saya adalah salah seorang pengguna perkhidmatan Unifi dari Telekom Malaysia. Untuk dapatkan info lanjut, anda boleh search dan buat kajian sendiri di GOOGLE ...


Saya melanggan pakej VIP 5 dengan bayaran RM149 sebulan (telefon+internet+hyppTV). Dahulu semasa melanggan ASTRO bayarannya (+-)RM100, tapi hanya untuk siaran TV. Kini, banyak kelebihannya apabila menggunakan perkhidmatan Unifi...

PILIHAN DI TANGAN ANDA ('',)

p/s : kalau search di Facebook pun dah ada fan page BOIKOT ASTRO ni...koh koh koh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...