.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Monday, February 28, 2011

SAYA SOKONG VLOGGER MALAYSIA


Assalamualaikum semua ('',), yahuuuu!!! jumpa lagi kita di ruangan "godek² bersama abam senin!!!" adehhh~ kenot go feder lansum, berangan je lebih... koh koh koh

Ok², saya nak join segmen dari BRO BEN
bertajuk seperti di atas...('',)

Dengan rasa rendah diri dan bersemangat waja, saya BRO MONDAY pemilik blog Bro Monday's Life sangat menyokong VLOG 1 MALAYSIA ni...kipidap!!! usah gentar dalam membuat sesuatu perkara yang bermanfaat seperti ini..kita blogger harus bersatu padu dalam hal ini...HIDUP VLOG!!!

Sekian, terima kasih...

SELESAI SUDAH, FUH~ LEGA RASA HATI !!!

Assalamualaikum rakan² blogger yang saya kasihi, terima kasih sudi membaca coretan di "bro monday's life"...('',)

Pertama sekali saya nak ucapkan juga selamat hari Isnin, hari kegemaran saya!!! diharapkan kita semua ceria sepanjang hari ini dan hari² lain...

Sabtu yang lepas 26/2/2010, saya berkampung di IPD PUTRAJAYA hampir 5 jam dari pukul 9pagi hingga lah ke pukul 2petang...semuanya hanya kerana nak settle kan saman yang dah tertunggak, seperti yang dah saya sebutkan di entry yang lepas...

~SILA KLIK SINI JIKA NAK BACA BALIK~

Ini dia bukti pembayaran saman saya tempohari...




Akhirnya berjaya jugak!!! Lingkup RM450 setelah dapat diskaun sebanyak 50%, jumlah asal adalah RM900...adehhh~

ANDA BUAT, ANDA DAPAT!!! koh koh koh

Baiklah, sampai sini dulu coretan saya setakat ini, jumpa lagi nanti!!!

Friday, February 25, 2011

SEMAK SAMAN ANDA!!!


Assalamualaikum & salam pagi Jumaat kepada semua..('',)
Terima kasih sudi bertandang ke blog saya ni...
ai LOVE yu oL!!!

Mula² sekali saya nak panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, kerana
masih diberi peluang bernafas lagi di dunia ini...
~Alhamdulillah~

Pagi ni macam biasa saya datang awal, terus bukak PC dan online sementara tengah laju!!! Terus buat semakan saman trafik melalui RILEK e-services...



Hasilnya, saya semak ada 3 saman...berjumlah RM900...
fuh~ kopak....



Perangkap had laju ada 2 keping, 1 lagi saman sebab langgar belakang Myvi yang sedang brek mengejut di lampu isyarat Presint 2 Putrajaya pada 15 Oktober 2010 !!!



Cara yang paling mudah untuk semak melalui SMS dengan menaip SAMAN(jarak)NO.PLET hantar ke 32728 atau nama mudahnya (DAPAT)...

Mudah saje caranya kalau kita ikut langkah² nya!

Nampaknya tempoh diskaun ada lagi 3 hari lagi sehingga 28 Februari 2011...
Saya nak gi bayar esok pagi, kalau tak silap IPD Putrajaya kaunternya buka separuh hari sampai tengahari...('',)

Mari kita langsaikan saman dengan segera!!! kopak...kopak...
koh koh koh

Thursday, February 24, 2011

Gathering di Bangku Kosong


Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat semua..('',)

Saya terasa nak join segmen dari BRO BANGKU KOSONG pagi ni.

Sebabnya macam seronok je...saya sangat suka berkawan tak kira dalam situasi apa sekalipun...merapatkan ukhwah sesama kita kan bagus...

Ok, jika berminat JOM KLIK SINI RAMAI²!!!
Boleh lah kita berkenalan antara 1 sama lain...('',)

TERBAIK!!!

Apapun selamat berkenalan ye saya ucapkan kepada semua!!!

Segmen ni dilanjutkan sampai 26/2/2011...

TABUNG HIKMAT !!!

Assalamualaikum & salam petang diucapkan kepada semua...('',)

Saya petang ni takde banyak sangat kerja sebab pagi tadi lagi dah siapkan! Memang sangat gembira... Bila dah tak sibuk, tibalah masa untuk saya ziarah blog kawan² blogger, hari ni serius saya katakan saya sangat kurang blog walking...Ingat japgi nak lah jugak terjah sana sini...

Semalam saya ada jalan² ke blog broWACANAjejakaMISTERI, saya tertarik dengan entry beliau berkenaan sikap atau tindak tanduk orang kita dalam memberi satu andaian mahupun agakkan dalam sesuatu hal atau perkara...kalau anda nak baca, SILA KLIK SINI LAJU²!!!



Saya nak kaitkan di sini, bahawasanya sejak dari awal lagi sikap berjimat-cermat ada dalam diri ini. Sehinggakan di pejabat pun saya ada sediakan tabung. Tabung ni banyak fungsinya, mungkin anda lihat gambar di entry ni terdetik di hati anda lalu berkata...

"apalah budak senin ni, tabung pun sedih!!! berapa sen je yang tinggal...baik tak payah menabung..."

adehhh~ sebenarnya ni lah fungsi yang saya maksudkan! Dahulunya tabung ni penuh, tapi keadaan mula berubah. Saya tak selamanya akan hidup senang wang ringgit ada sana sini...Jadi, apabila saya amat memerlukannya, ia hadir sendiri tanpa perlu cari di mana-mana. maksud saya di sini, menabung untuk masa hadapan. Kita sendiri pun tak kan tahu apa akan jadi di masa hadapan. Tengah kering hujung² bulan, tabung ini memainkan peranan penting. Anda tak percaya? Sila percaya...Cuba lah sendiri...Tak rugi punya...('',)

Saya selalunya akan masukkan syiling lebih belanja harian ke dalam tabung ni. Kadang² saya masukkan wang kertas RM1 atau pun lebih. Ikut keadaan semasa, ada duit lebih masuklah lebih. Untuk kegunaan harian bila perlu.

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini, saya adalah seorang yang suka berjimat cermat!!! koh koh koh

KELAJUAN sebenar !!!

Assalamualaikum & salam pagi buat semua pembaca "bro monday's life" saya yang disayangi...('',)

Hari ini hari Khamis, seperti bisa saya mengenakan baju batik datang ke pejabat. Saya datang ke pejabat sangat awal pada hari ini, selesai saje solat Subuh terus bersiap. Rutin harian yang saya lakukan setiap pagi berubah, memandangkan isteri saya pergi lambat ke pejabat sebab nak bawa Scha Al Aiman ke klinik.

Selalunya benda yang sama akan saya lakukan, tapi hari ini lain sekali. Sebab itu lah saya datang kerja awal hari ini.

Sampai ke pejabat, seperti biasa saya lah yang paling awal. Saya buka suis lampu keseluruhan ruang pejabat. Seram tu memang lah sebab sangat gelap, tapi saya berjaya harungi rasa takut..adehhh~

Hari ini hari gaji bagi penjawat awam seluruh Malaysia! Hari untuk "mengopakkan" poket! Walaubagaimanapun, saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi diberi rezeki...

Datang awal pagi ini ada baiknya juga, saya boleh online Maybank2u.com dengan laju tanpa ada kelembapan network seperti kebiasaannya. Kalau nak settlekan bil tengahari nanti, jawabnya tak dapat lah...tentu² network slow. Akhirnya 4 bil saya berjaya bayar! Bil air, api, cukai rumah majlis daerah & maxis brokbeng. Alhamdulillah~

Dengan rasa gembiranya, kini saya nak tutup coretan untuk pagi ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi di lain entry. InsyaAllah~

Ok, saya nak pergi jalan² ke blog rakan² ('',)

Wednesday, February 23, 2011

Mak Dara 1st Giveaway (GA)


Assalamualaikum & selamat pagi semua('',)
Saya nak join GA pertama dari MAK DARA PENULIS SKRIP
Saya dah di tag oleh ALONGusopTOMOK

Ini dia banner bagi GA terbaik ni...



Ok, ni dia penyertaan dari saya...

TAJUK DRAMA : KU SANGKAKAN KAU MENGERTI

wah~ rasa jiwang yang amat dah ni!!! koh koh koh

Bagi anda yang mahu turut serta GA dari MAK DARA PENULIS SKRIP ni,
boleh lah lihat syarat² yang diperuntukkan...

SILA KLIK SINI CEPAT!!!

HADIAH² YANG MENARIK!!!

TEMPAT PERTAMA
a)Nama anda (pemenang) akan Mak Dara masukkan dalam skrip terbaru Mak Dara yang berjudul Puteri Salamia dan menjadi nama salah satu watak didalam skrip itu.
&
b) Sehelai T-Shirt limited edition



TEMPAT KEDUA
Sehelai T-Shirt limited edition



TEMPAT KETIGA
TOP UP RM10

Tempoh GIVEAWAY Ini Adalah Dari 17 Februari 2011 Hingga 3 March 2011

Dengan sukacitanya saya nak tag 3 orang rakan blogger untuk sama² meriahkan GA terbaik ni...

asrol a.k.a ejulz
cikanna
bro dim
JUGA DIALU-ALUKAN SEMUA RAKAN² UNTUK TURUT SERTA!!!
Ok, semoga berjaya buat diri saya dan juga semua ('',)

Panas + TAK PUAS HATI !!!


Assalamualaikum pemula bicara, salam sayang juga buat semua pembaca
"bromonday's life" !!!

Pagi Rabu ini saya datang ke pejabat sangat awal, punch in tadi pun jam baru pukul 7:04 pagi...awal kan??? dah biasa...dah jadi tabiat dah pun...

Datang kerja macam biasa naik motosikal Yamaha Lagenda 110, tak laju pun...isteri tercinta bawak BuJaL iaitu nama timangan kereta kami... Setiap pagi semasa kami berpisah di lif lobi, isteri dan anak akan bersalaman dengan saya...sudah diamalkan sejak awal berkahwin...

Setiap pagi juga saya akan ingatkan isteri agar memandu dengan berhati-hati serta cermat. Pada masa itu juga saya ibarat membebel pesan itu ini, pakai seat belt lah, masuk simpang keluar simpang bagi signal...dan macam² lagi...

KERANA SAYANG...

Alhamdulillah, setakat ini isteri saya dengar cakap malah selalu ucapkan terima kasih tolong ingatkan. Saya sangat puas hati.

Yang membuatkan saya tak puas hati sekarang ini adalah pagi tadi saya dihimpit oleh sebuah kereta Perodua Kancil berlagak nak jadi Perodua Rusa! Seorang pemandu wanita, free hair, cantik je sambil memandu sambil berborak di telefon bimbit. Sungguh kurang ajar, beliau menghimpit motosikal saya selepas susur keluar dari corner S Hospital Serdang menuju Lebuh Silikon ke arah UPM!!! Kereta tersebut dari arah UNITEN. Terhuyung-hayang memandu, saya ingatkan beliau mabuk!Terus saya potong kereta tersebut dan buat kerlipan lampu brek banyak kali biar beliau rasakan.
Tingkap kereta itu kemas tertutup waktu itu, kalau tidak boleh saya jeritkan kata² azimat sepatah dua kata! adehhh~

Dikesempatan ini, saya ingin nasihatkan serta beri tunjuk ajar kepada semua pemandu tidak kira jantina, usia serta pangkat. Jika sedang memandu, sila lah beri perhatian yang penuh, ingatlah orang di sekeliling. Jangan nak ego membabi buta. Nak saya ulang balik semula ke? Sudah terkena nanti baru nak beringat, sudah terlambat.

Baiklah, sekian dahulu coretan rasa dari saya untuk pagi ini. Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran serta pedoman buat saya dan juga rakan².

~ANDA BUAT ANDA DAPAT~

Tuesday, February 22, 2011

Doodal's DiaLoguE COntest


Assalamualaikum dan salam petang semua ('',)
wah~ saya rasa sangat tergugat sekali lagi!!! tadi dah rasa hangat...
kini makin hangat bila ter "usha" 1 entry masa jenjalan di blog BRO JT yang sedang hangat membara!!! koh koh koh

Dengan sukacitanya saya juga mahu turut serta memeriahkan 1 kontez yang dianjurkan oleh yellowdoodal ('',)

PENYERTAAN MILIK SAYA


*doodal yang kuat memuji*


*doodal yang terpengaruh dengan iklan TV*

Amacam? terbaik x saya punye penyertaan ni?
anda suka? anda mahu turut serta juga?

SILA KLIK SINI UNTUK MELIHAT SYARAT² YANG TELAH DIPERUNTUKKAN

HADIAH² nya pula!!!
Top best Dialog Winner: RM50 (ke dalam akaun bank korang atau top up..)
Doodal's Dialog Favourite : RM 10 (2 orang pemenang..)

Tarikh Luput : END of FEBRUARI 2011

Nak tag :

asroL ejuLz
kak Ly comey
cikanna
along usop

Jadi, apa tunggu lagi? mari kita sama² menyertainya!!! koh koh koh

Lulu Caldina 1st Giveaway


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua!!!

Tengahari yang amat panas terik di luar sana membuatkan keinginan saya untuk turut serta dalam kehangatan "Lulu Caldina 1st Giveaway" sangat membuak-buak.
(amacam? ok x intro kat atas ni?)
adehhh~

Saya telah pun di tag oleh cikannaSUKAjoinKONTEZ !!!!

Ok, tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat banner bagi GA yang menawan kalbu ini...



GA terbaik ini telah pun selamat dianjurkan oleh miss LULU CALDINA
header kat blog beliau sangat cantik + menarik = saya suka!! ini dia...



**SYARAT² SERTA PANTANG LARANG & HADIAH YANG TELAH DIPERUNTUKKAN **

TARIKH TUTUP : 29/3/2011 jam 9.20 pagi

Jom sama² kita turut serta!!! TERBAIK!!!

HARIMAU MALAYA di Kelayakan Olimpik!!!




HARIMAU MALAYA
SEMOGA BERJAYA!!!
SEMANGAT KAMI WARGA MALAYSIA TETAP BERSAMA PERJUANGAN ANDA!!!


Assalamualaikum dan salam hormat diucapkan kepada semua pembaca "bromondayslife", seperti biasa pagi² saya akan berjalan sana sini melawat blog dan entry kawan²!!! Tengah jalan² tu, singgah sebentar di blog bro darkbatman, dengan rasa semangatnya terus saya pun nak share kan info terbaik ini...



**gambar di atas saya ambil dari blog bro darkbatman**

Jadi, hari Rabu malam Khamis mari kita semua free kan jadual untuk sama² ke Stadium Shah Alam ataupun di rumah ataupun di kedai mamak berhampiran!!! kita kasi gegar berikan sokongan padu mengiringi dan mendoakan kejayaan pasukan bola sepak nagara kita!!! ayuh~ rakyat Malaysia!!!

Akhir kata dari saya, MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA!!! Segulung ucapan terima kasih kepada bro darkbatman sudi share info terbaik ni...lantas membuatkan saya juga tertarik untuk kongsikan bersama semua...

Monday, February 21, 2011

My Sleeping Angel Contest

~BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM~
Assalamualaikum & salam sejahtera saya ucapkan kepada semua pembaca "bromondayslife" ('',)
Petang yang berbahagia ini saya telah pun di tag dengan jayanya oleh
bro sicKo untuk sama² memeriahkan kontez dari IzzamayDaniqisQasehku yang bertajuk seperti di atas!!! TERBAIK lah...

Ini banner nya...



SYARAT² YANG TELAH DIPERUNTUKKAN

SENARAI HADIAH YANG ADA!!!

HADIAH PERTAMA

Tempat pertama akan memenangi sebuah bakul lipat serbaguna yang amat kiut.

HADIAH KEDUA & KETIGA

Tempat kedua & ketiga akan menenangi sebuah kerusi lipat untuk kanak2 yang amat comel.

HADIAH SAGUHATI

3 hadiah saguhati akan diberikan kepada peserta yang bertuah, berupa sticker dinding pelbagai corak yang amat cantik dan sesuai untuk hiasan dinding bilik tidur, ruang tamu atau bilik tidur sendiri.

Gambar yang saya pertaruhkan,


Scha Al Aiman sedang tidur dalam seat bucket letih sangat sampai terlena di ruang pejabat bondanya...('',)

TARIKH TUTUP 14 MAC 2011
TARIKH UMUM PEMENANG 7 HARI SELEPAS ITU!!

Jom Join Lucky Draw Ana.Izzty

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, saya dengan ini membuat 1 entry bertajuk seperti di atas...ini adalah keluaran entry yang ke-3 setakat ini...

Saya terasa terpanggil untuk turut serta dalam LUCKY DRAW yang dianjurkan oleh
miss Ana.Izzty
dan saya juga telah pun berjaya di tag oleh
bro dim

Ni dia banner untuk LUCKY DRAW terbaik!!!



Saya nak turut serta dalam LAUCKY DRAW ni kerana saya nak menang hadiah misteri itu selain daripada itu saya juga berbesar hati untuk sama² sokong kawan² blogger!!!

Bagi saya, sekali tengok blog miss Ana ni, sangat sempoi, ringan dan jugak "ping kaler"... ai laik it..('',)


Saya nak tag semua yang rasa² nak turut serta...ok, apa² sila KLIK SINI ye...

TARIKH TUTUP 21 Feb 2011 & 28 Feb 2011 cabut undi!!!

MINTA MAAF kepada SEMUA BLOGGER


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
ASSALAMUALAIKUM & salam sejahtera saya ucapkan kepada semua blogger yang saya sayangi...

Merujuk tajuk entry saya yang ke-2 setakat ini, saya dengan rasa rendah dirinya ingin memohon maaf sekiranya saya tidak menerjah ke blog anda apabila anda sudah pun tinggalkan jejak di KOTAK JERIT di blog saya itu!!!



Mungkin bagi sesetengah dari blogger akan kata,
"adehhh~watpe nak minta maaf, lupakan je lah ape dah jadi...hidup mesti terus..."

Tapi tidak bagi saya, saya rasa macam tak kena je...dengan itu, saya pun keluarkan lah entry memohon maaf sebegini. Mungkin ianya tak penting sangat...Lagi pun sebelum ini, saya pernah mengeluarkan entry berhubung dengan KOTAK JERIT saya yang bermasalah dan menyukarkan semua pihak termasuk diri saya sendiri...
Bagi anda yang terlupa ataupun terlepas, sila lah baca sekali lagi dengan cara mudah saja, KLIK SAJA DI SINI .

Akhir coretan dari saya, semoga hidup anda ceria² sepanjang hari ini dan seterusnya...('',)



p/s: bagi kawan² yang dah tag saya join kontez ataupun GA, saya mohon maaf jugak jika tak dapat atau terlambat...sila jangan serik untuk tag lagi ye...koh koh koh

Sunday, February 20, 2011

Online Guna Hot Ticket Internet Hotlink


Assalamualaikum & salam hormat saya ucapkan kepada semua kawan² blogger!!!
Salam hari Isnin hari fevret saya juga!!!
Memandangkan sudah hampir seminggu saya tak dapat online akibat meksis brokbeng di rumah kena potong akibat lambat bayar, saya pun dengan rela hati pergi beli Hot Ticket Hotlink di kedai sebelah Mydin Presint Diplomatik Putrajaya!
(wah~panjang berjela penerangan...)

Oh ya...tempohari saya ada post entry mengucapkan Selamat Datang Benda Baru, kan? Bagi anda yang terlepas, boleh KLIK SINI LAJU2 untuk baca semula...
Ok, sebenarnya benda baru yang saya maksudkan itu masih belum datang lagi..adeh~ tengah tunggu dipasang tak pasang² pun lagi...geram pun ada, dekat seminggu masih tak datang lagi, call pun takde! caitttt~

Dengan langkah bijak tengahari semalam saya ajak Scha Al Aiman iaitu anak saya gerak naik kereta ke kedai cari Hot Ticket ni...



Balik je rumah terus saya online guna handphone saje. Lepas tu saya tengok belakang ticket tu ada dinyatakan cara² guna dan ada langkah² penggunaan melalui laptop...wow!!! senang yang amat...

Saya hanya perlu keluarkan sim card yang ada dalam tu dan masukkan sim card handphone saya!!! mudah semudah ABC...('',)




Kini saya boleh melayari internet dengan mudah!!! Tapi setakat 24 jam ataupun 100mbs (sape sampai dulu) saje...tak boleh lama² sebab ada limit...kira ok lah,kan? dari takde langsung!!!

Cara Tambah Nilai Yang Lebih Bijak!!!
koh koh koh

Break1st @ MAMAK TWINCAM Presint 9 Putrajaya!!


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Salam pagi hari minggu para blogger yang disayangi...('',)
Pagi Ahad yang dingin serta sejuk dan indah ini, saya bermurah hati untuk keluar sarapan di mamak kembar P9 Putrajaya atau nama saintifik bagi penggemar sukan kereta adalah MAMAK TWINCAM!!! koh koh koh
Ramai gila manusia pagi ini di sini..
(macam tak kena je ayat di atas ni..)
Saksikan gambar roti telor dan teh tarik yang memberahikan nafsu ini..adeh!



Ok nak sambung makan! Tengah sedap ni..koh koh koh
entry ini ditaja oleh Mamak Twincam P9 Putrajaya! Tipuuu...adeh, ni pun dah sedap on9 guna wi fi free terus ke henpon saya!

Saturday, February 19, 2011

LIVE @ TT 3gp SIC & SRD @ PITSTOP Teras Jernang Bangi


Salam malam minggu buat semua blogger yang dicintai...koh koh koh
Malam ni malam minggu saya lepak bersama geng se per kelab ban iaitu SIC & SRD...sempat lah jugak saya nak on9 update blog!!! memandangkan saya punye brokbeng kena potong, so best lah jugak dapat layari laman web di restoren Pitstop Teras Jernang Bangi ni...
Mari kita ikuti sikit gambar yang telah saya sediakan...adehhh~



Lama sudah saya tak turun gathering sebegini...selalu nya kalau ada petikan je, tentu saya akan turun!!! terbaik!!! ('',) dapat jumpa kawan-kawan...saya sangat suka!!! koh koh koh

Friday, February 18, 2011

JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH

Salam pagi Jumaat yang indah lagi kawan² blogger, syukur masih diberi peluang lagi untuk update blog "bromondayslife" ni....('',)

Ok, kali ni saya bukan nak sambung marah pasal BAS YANG LEWAT!!!, tapi saya saya nak join bloglist blog IR yang sangat handal tu...('',) ini bukan nak kipas, tapi kenyataan tau...koh koh koh



Serba sedikit mengenai blog IR a.k.a blog lebah :

- blog beliau ni sangat cun + menarik + hebat pada pandangan mata kasar saya...
- juga sangat ringan setakat ini...
- intipati cerita selalunya ok dan terhibur bila membaca nya serta mempunyai isu yang baru dan hangat...
- penggunaan warna yang sesuai iaitu biru+putih menandakan kewujudan seekor lebah di bahagian header...
- dari segi lain pula, owner blog lebah ni sangat kreatif dan peramah apabila beliau selalu terjah dan komen di blog rakan² lain...
- secara peribadi, saya amat menggemari blog lebah ini...

Rasanya cukup setakat ini dulu, mungkin di lain masa akan saya tambah lagi...('',) sangat berharap saya ada tersenarai dalam 150 blogger yang bertuah join bloglist yang beliau anjurkan ini...

PERHATIAN : Jika anda mahu turut serta, SILA KLIK SINI LAJU² !!!!

ENTRY TERGEMPAR !!!

Salam pagi Jumaat sekali lagi semua...Kali ini saya nak share sesuatu dengan anda...berkenaan dengan benda tergempar!!! (sila tengok tajuk) memang tergempar lah...uihhhh~ dasyat!!!! koh koh koh

Saya baru terima SMS dari my mom a.k.a "ma"... SMS itu bila di baca berbunyi begini...

"banglom, bas hok ma nok naik ni lewat bertolok...bakpo tahu? ma dok sini lagi mujo ada Joe temey ma sini..."



Buat pengetahuan anda, pagi ini ma saya sepatutnya bertolak dari kampung Kota Bharu, tiket yang dipegang tertulis jam 8.30 pagi bertolak!!! ini sudah pukul 10.06 pagi...sudah lewat hampir 1 jam 30 minit... rasa nya tidak perlu saya nyatakan syarikat bas apa...tapi saya nak juga buat hint sikit agar semua tahu serba sedikit...syarikat bas TRANS**************** (tuttttt)...agak² saya kena saman tak pasal menimbulkan isu ini? tepuk dada tanya selera, anda buat anda dapat!!! adehhh~

Jauh di sudut hati, kesal juga sebenarnya. Kasihan kat ma saya yang dah tua itu untuk menunggu kelewatan bas tersebut. Think positive saje lah, mungkin bas tersebut lewat kerana ada kerosakan, apabila rosak tentu lah sedang dibaiki, kita pun tak nak naik bas yang rosak, kan? bahaya!

Apa² pun, semoga perjalanan ma saya selamat...InsyaAllah, saya akan pergi jemput di Hentian Kajang petang ini waktu pulang dari pejabat.

SeLaMaT DaTaNG BeNDa BaRu !!!

Salam pagi Jumaat yang bahagia buat semua pembaca blog “bromondayslife” yang dicintai!!! Hope anda semua seronok pagi ini dan ceria sepanjang hari…(‘’,)

Tajuk macam gempak, kan? Memang pun…adeh~ lepas ni saya sudah tidak perlu nak risau²
bila nak online!!! Anda nak tahu kenapa? Ok, macam ni ceritanya, Sabtu yang lalu petang sesudah saya ada tournament futsal di Presint 18 Putrajaya di paginya, saya bawa family jalan² di The Mines Shopping Fair…Kami ke sana sekadar nak cuci mata je sebenarnya..koh koh koh

Dalam tengah jalan² tu dekat tingkat atas sekali area handphone, saya terpandang satu kedai agent Streamyx .

Mari ikuti perbualan ringkas kami berdua,

abang kacak : “wow!!! menarik ni…”
isteri kesayangan : “ada apa abang???” dalam nada terkejut juga sama seperti saya…

Saya pun meneruskan kata² lagi…

abang kacak : ”sayang nampak tak apa yang abang nampak?”
isteri kesayangan : “arah jam berapa?” terpinga-pinga seperti sesat di jalan lurus…
abang kacak : “jam 12, jam 12!!!” kata saya dengan begitu pasti seperti askar yang sedang dalam proses nak buat ambush
isteri kesayangan : “cantik!!! ini sudah bagus…seperti dalam mimpi malam tadi…” sambung beliau…
abang kacak : “ayuh kita gerak sekarang juga ke kedai tersebut…”
isteri kesayangan : “mari serbu…” secara bersungguh-sungguh…

dalam hati saya seraya berkata, “entah apa² lah isteriku ini…layan kan saje lah…”

*dialog di atas telah ditokok tambah atas alasan mahu menyeronokkan hati…Scha Al Aiman tiada dialog khas kerana beliau masih belum boleh berkata-kata…

Terus kami ke kedai yang dimaksudkan itu, ada pekerja lelaki berbangsa Cina sedang berborak-borak dengan rakannya dalam bahasa yang mustahil untuk saya fahami ertinya.

Dipendekkan cerita, sila lihat gambar yang saya sediakan. (‘’,)


*pekerja kedai itu sedang mengisi borang pendaftaran…*


*pamphlet Streamyx…*


*benda lama yang sudah di potong buat masa ini kerana saya lambat bayar bil..koh koh koh*


Jadi, selamat tinggal kepada Maxis Broadband a.k.a meksis brokbeng!!!
Selamat datang diucapkan kepada Streamyx pakej 1mbs RM110/bulan guna sampai lebam!!!

Sekian dahulu entry terbaik dari saya untuk pagi ini…Salam…

Thursday, February 17, 2011

AREPNAKBEBEL first giveaway


Salam kembali kepada semua blogger² yang terbaik!!! wow! pantasnya~ ini entry ke-2 setakat hari ini...sungguh tidak ku sangka! auwww...koh koh koh

Ok, stret tu de poin, nampaknya saya telah pun berjaya di tag oleh AREPSsukaMEMBEBEL untuk sama² join 1st GA dari beliau!!! terbaik lah arep, saya sayam awak!!! koh koh koh

Ini dia banner GA yang sangat cemerlang lagi terbilang disukai ramai!!!



Anda mahu turut serta???
SILA TEKAN SINI LAJU² UNTUK LIHAT SYARAT²NYA
TARIKH TUTUP : 3 MAC 2011

Dengan ini, secara suka hatinya saya nak tag semua blogger untuk sama² turut serta!!! koh koh koh

TAG TERISTIMEWA SAYA TUJUKAN KEPADA :
cikannaSUKAjoinKONTEZ
ASROL EJULZ
BRO DIM

Special thanks kepada arep coz menganjurkan GA terbaik ini...Semoga berjaya buat semua yang menyertainya...('',)

SAYA MENANG GiveAway LAGI!!!

Salam pagi Khamis berbaju batek saya ucapkan kepada semua pembaca blog “bromondayslife” yang dicintai…(‘’,) hope anda semua berada dalam keadaan ceria sentiasa!!!

Petang semalam balik dari kerja, saya parking lah motor sebelah peti surat blok rumah saya! Macam selalu…Terus saya check ada apa dalam peti surat tersebut? Selalunya penuh dengan sampah sarap pelbagai iklan yang langsung tidak pernah menarik perhatian saya!
Lantas mata saya tertumpu kepada 1 objek iaitu sampul surat Pos Laju yang berwarna kuning + putih!!! Alangkah excited nya saya apabila di sampul tersebut terpampang nama saya…Hampir terlupa!!! Sebelum ini saya ada terpilih dan memenangi GA JAPAN dari mama imaan09 (‘’,) Ternyata ianya telah selamat tiba di pangkuan saya!!! koh koh koh

Sebelum itu, mari kita sama² refresh entry terdahulu berhubung dengan GA ini…
ENTRY GA JAPAN DARI mama imaan09

Ok, tidak perlu cerita banyak, ini gambar sebagai bukti penerimaan…attention to mama imaan09 …




Hadiah berupa “kain bercorak dan lukisan dari Jepun”…wow!!! Sangat menarik…saya sangat suka!!! Nanti saya nak frame kan…tentu bertambah cantik…

Terima kasih saya ucapkan kepada cikannaSUKAjoinKONTEZ coz telah tag saya untuk join sama GA ini, dan juga mama imaan09 kerana berjaya menganjurkan GA JAPAN terbaik sebegini… Saya amat menghargainya, diharapkan lain kali boleh dapat lagi…(‘’,)

Wednesday, February 16, 2011

1st GA Besday My Dear


Salam semua sekali lagi ('',), seperti biasa saya telah pun di tag oleh cikannaSUKAjoinKONTEZ...

Kali ni saya join GA terbaik dari sis ANUM SHUKRI...

Ni dia banner GA terbaik...('',)



KENAPA saya nak join GA ni???
-sebab saya nak menang hadiah misteri yang katanya menarik tu!!! ok kan??? ('',)-

Apa pun, kalau anda semua nak turut sama memeriahkan GA ni, anda boleh KLIK SINI SEGERA!!!

TARIKH TUTUP : 13 MAC 2011

Saya nak tag ASROL a.k.a ejuLz & Bro Dim untuk sama² menang GA ni !!!

SELAMAT MAJU JAYA BUAT SEMUA RAKAN² BLOGGER YANG TURUT SERTA!!!

Segmen : Saya punyai 100 hingga 500 FOLLOWERS



Salam pagi lagi sekali buat semua pembaca blog saya yang amat dicintai...('',) ni entry ke-2 yam telah berjaya di publish kan...adehhh~

Kali ni saya tergerak hati untuk join segmen Bro BEN buat julung kali nya!!! rasa teruja ni...koh koh koh

Saya sangat rasa bertuah apabila dapat men join kan diri buat entry pasal segmen ni...ini kerana saya kini tergolong dalam kategori blogger yang mempunyai 100 - 500 follower ('',)...Blog saya sehingga pagi ini, ada 125 follower...

Rasanya dengan cara ini, insyaAllah blog ai ni akan berkembang dari hari ke hari, xde lah akan berada di takuk tu saje...TERBAIK!!!

Ok, bagi anda yang nak turut sama segmen ni, SILA KLIK SINI CEPAT!!!

Sekian, dahulu entry saya buat masa ni..jumpe lagi nanti!!!Salam...

CPK@1 FC di Futsal Karnival WOW Putrajaya 2011

Salam pagi Rabu semua!!! Alhamdulillah hari ni saya datang kerja dalam keadaan sihat walafiat. Kalau kawan² nak tahu, kelmarin saya datang kerja sakit² sendi akibat main futsal di Karnival WOW Putrajaya 2011 pada 12 Februari 2011 Sabtu yang lalu. Tempohari hendak berjalan pun agak payah!!! Hari ini, semuanya sudah kembali seperti selalu.

Pasukan futsal pejabat saya hantar wakil untuk ambil bahagian, sama² memeriahkan acara di karnival ini. Semuanya hanyalah semata-mata untuk mencari pengalaman. Kami tiba di lokasi seawal jam 7.30 pagi di Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari Presint 18 Putrajaya.

Pasukan kami iaitu CPK@1 FC diundi dan berada dalam Kumpulan L. Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan yang mantap² belaka! Keputusannya kami hanya dapat main dalam kumpulan. Tidak layak ke peringkat seterusnya iaitu peringkat kalah mati.

Ok, ni dia keputusan yang diperolehi pasukan futsal kami.

CPK@1 FC vs KAWIP (A) 0 – 1
CPK@1 FC vs Gold Cobra FC 3 – 1
CPK@1 FC vs KC Junior FC 1 – 1

Total = Menang (1) , Seri (1) , Kalah (1)

Walaubagaimanapun, kami tetap berpuas hati dengan keputusan ini. Ini boleh dijadikan 1 batu loncatan untuk pasukan kami pergi lebih jauh lagi selepas ini.

Mari kita ikuti gambar yang saya sediakan.


- saya memakai jersi nombor 4, jumlah score adalah sebijik semasa menentang pasukan Gold Cobra FC apabila berjaya menyudahkan hantaran daripada Razmi Drogba Sentol!!!-


- saya bergambar bersama Razmi budak Sentol a.k.a Didier Drogba Sentol!!! -


- suasana di bawah khemah rehat peserta, pasukan kami tengah lepak² sambil tunggu giliran perlawanan!!! -


- kelihatan pasukan² lain yang ambil bahagian sedang memanaskan badan!!!-



- saya lagi!! bergambar berlatarbelakangkan gelanggang futsal!!!-


- ini dia Pengurus Pasukan kami merangkap pemain juga! Kalau anda nak tahu, ni lah dia owner blog Kampung KameQ…namanya Asrul a.k.a ejuLz !!!-


- sedang kami duduk berehat di bawah khemah peserta, kami didatangi seorang pemain pasukan lain, beliau mengedarkan 1 borang penyertaan Liga Super Futsal KBS 2011. InsyaAllah kami akan hantar pasukan kami untuk menyertainya!!!-








- sekitar karnival futsal!!!-


- isteri dan anak saya pun datang bagi semangat kepada pasukan kami!!!-





- memandangkan kami sudah tidak beraksi lagi, kerana tidak layak ke peringkat seterusnya, kami pun pergi mamak, minum² sambil buat post mortem!!!-


Seterusnya kami pulang dengan penuh rasa keletihan dan kepuasan. Sangat bermakna perlawanan yang kami hadapi pada hari itu. Walaupun kami tidak memenangi hadiah utama iaitu wang tunai RM5000, namun bagi kami pengalaman lebih bererti.

Sekian dahulu coretan saya untuk entry kali ini. Semoga kita bertemu lagi. Salam ('',)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...