.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Showing posts with label G.A-KONTEZ-SEGMEN. Show all posts
Showing posts with label G.A-KONTEZ-SEGMEN. Show all posts

Friday, July 22, 2011

Contest Design T-Shirt kirinselamaperak.com


kirinselamaperak.com


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Ini adalah 1 entry penyertaan contest membuat design baju untuk kirinselamaperak.com a.k.a KSP dari saya. Tengok macam best je, tu yang membuatkan saya rasa nak turut serta walaupun tahu ilmu melukis secara maya ni sangat kurang...adess...

SYARAT² PENYERTAAN

1-Design satu tshirt yang sempoi dan menarik dan tidak terlalu padat.
2-Hanya warna Putih,Kuning dan Hitam yang digalakkan kerana berdasarkan bendera negeri Perak.
3-Setelah siap design,buat satu entri khas yang bertajuk “Contest Design T-Shirt kirinselamaperak.com” untuk memberitahu bahawa yang korang join contest ini..
4-Letak header kat atas tu macam biasa dan link ke entri ini..
5-Ajak la kawan-kawan lain untuk join..
6-Setelah siap entri,tinggalkan link korang kat sini..*link yang tidak berkenaan akan dianggap sebagai SPAM*
7-Follow kalau rasa berminat.Tiada unsur paksaan..

INI ADALAH DESIGN DARI SAYA


**Sila tekan CTRL+klik untuk gambar yang lebih jelas**


TARIKH TUTUP : 27 Julai 2011 sempena Hari Lahir Abah KSP
HADIAH : Hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih..Pemenang akan menerima satu domain selama setahun dari kirinselamaperak.com
INFO LANJUT : SILA KLIK SINI CEPAT²!!!!

Ok, siap dah pun entry ni, apa lagi kawan²??? jom lah support & sama² memeriahkan contest ni...lagi ramai buat lagi bagus...rezeki masing²...belum cuba belum tahu...koh koh koh


p/s : KSP, agak² kalau awak nak bagi hadiah lebih, bagi kat saya tau!!! koh koh koh

Thursday, June 23, 2011

Wacana Entri Pertama Ku



Assalamualaikum & salam sayang buat semua pengunjung serta pembaca
Bro_Monday's Life('',)

Petang yang berbahagia ini seronok rasanya dapat turut serta dalam segmen a.k.a WACANA dari bro wacana kacak memakai cermin mata!!!



"INI LAH ENTRY PERTAMA SAYA SEMASA MULA² MENCEBURI BIDANG PENULISAN BLOG"

Malunya!!! ('',)

Bagi rakan² yang mahu turut sama memeriahkan WACANA ini, sila KLIK SINI CEPAT²!!!

Sekian, terima kasih...koh koh koh

Monday, June 6, 2011

.:. Dapat hadiah lagi....('',) .:.

Assalamualaikum & salam sayang buat semua pengunjung serta pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Ini adalah entry ke-3 untuk hari ini...Bagi anda yang masih belum tahu kewujudan entry² lepas, jangan segan silu untuk membacanya...

SILA KLIK SINI UNTUK ENTRY 1st
SILA KLIK SINI UNTUK ENTRY 2nd

Terima kasih sudi menjengah blog saya ini...koh koh koh

Hari ini saya sangat gembira!!! Rezeki dariNya, saya menang hadiah lagi...Kali ni hadiah dari MISS LULU PEMINAT CHELSEA FC sebab saya join contest sempena birthday beliau tempohari!!! ~INI LAH DIA KEPUTUSANNYA~ , jika anda nak tahu apakah hadiah yang dimenangi oleh saya, klik je link tersebut...



**header blog miss lulu caldina**


Thanks a lot jugak diucapkan kepada miss lulu coz bagi saya menang, rasanya sebab saya punya slogan terbaik lah...koh koh koh Bertuah saya rasa... Kepada rakan² yang masih belum pernah datang ke blog miss lulu yang sarat dengan berita² semasa dalam mahupun luar negara, sila lah berkunjung ke blog beliau ye..('',)

.:. THANKS a lot kawan!!! .:.

Assalamualaikum & selamat hari Isnin diucapkan kepada semua pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Entry istimewa ini ditujukan khas buat Harrazdani, kerana telah bagi saya hadiah!!!
Hadiah yang selamat diterima,


**sebentuk key chain SARAWAK**


TERIMA KASIH sangat² ('',)

Ini semua gara² saya join contest dari beliau, nak tau apa dia?
KLIK SINI CEPAT!!!


**ini header blog beliau**


Mari kita support kawan² blogger, kepada rakan² yang nak kenal beliau, boleh lah KLIK SINI DAN BACA BLOG HARRAZDANI

Apa pun saya ucapkan terima kasih sekali lagi, sangat seronok...('',)

Thursday, June 2, 2011

Giveaway Lagi Dari Bro Wacana



Assalamualaikum & salam hormat buat semua pembaca
Bro_Monday's Life('',)

Saya nak join GA dari Bro Wacana Yang Kacak
(hope dapat menang lah ye)
koh koh koh

Mudah saja, anda yang nak tau lebih lanjut,

SILA KLIK SINI CEPAT²!!!


Ok, nak mulakan dah ni...
1st sekali nak puji sikit blog bro wacana ni.Bagi saya, blog bro ni xde cacat celanya...semua teratur dari pelbagai segi penglihatan kasar.

Dari atas, iaitu HEADER sangat menarik seperti bro ni suka sangat baca komik berkisarkan penyiasatan dan ekspedisi.

Tepi pula, agak bagus kerana ada 1 slot untuk mempromosikan link kawan² seper blogger ran...adesss...termasuk lah saya ada sekali di ruangan bloglist tu ha...

Berlatarbelakangkan warna yang suci dan bersih membuatkan pengunjung+pembaca tidak merasa tertekan semasa jalan² di situ.

Rasanya itu saja kot, kalau ada lagi nanti saya ulas dari semasa ke semasa, maklumlah saya masih lagi blogger yang masih belajar bukannya otai dah pun...koh koh koh

ENTRY PILIHAN
-ini info yang terbaik buat semua blogger-

Yang penting saya nak dapat kan hadiah kantung rabbit purple tersebut nak bagi kat anak!!!

KASI SUPPORT KAWAN²('',)

SEKIAN, terima kasih...

Wednesday, May 25, 2011

.:. PERADUAN TEKA GOL .:.


Assalamualaikum & salam petang buat semua pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Petang² macam ni sambil jalan² di blog kawan² dapat pulak 1 komen di entry saya yang lepas, dari BRO GIANT...beliau mengajak saya join contest anjuran beliau sendiri bersempena FINAL CHAMPION LEAGUE 2011 di antara FC Barcelona & Manchester United pada 28 Mei 2011 nanti...

Beliau ni sebenarnya adalah penyokong fanatik heavy duty punya kat pasukan Manchester United !!! Memandangkan saya ni penyokong tegar pasukan Tottenham Hotspur (Spurs), sudah tentu lah saya akan menyokong pasukan FC Barcelona dalam perlawanan akhir ini...koh koh koh

Inilah banner contest !!!




SYARAT² DAN HADIAH PERADUAN TEKA GOL


DUA (2) TEKAAN DARI SAYA
FC BARCELONA [2] - MANCHESTER UNITED [1]
FC BARCELONA [3] - MANCHESTER UNITED [0]


TARIKH TUTUP: SEPAK MULA FINAL CHAMPION LEAGUE 2011
(28 MEI 2011)

asroL a.k.a ejuLz KAMPUNG KAMEQ, yu peminat setia MU kan???

Jom sama² memeriahkan contest ini!!! koh koh koh

Thursday, May 19, 2011

'Contes dari Malaya ke Manchester'


Ini 1st time saya join contest dari HARRAZDANI walaupun saya bukan peminat Manchester United, tapi berbekalkan semangat persahabatan, mendorong saya untuk turut serta memeriahkannya...
koh koh koh

Banner Contest



Jikalau tuan punya contest nak tahu, saya adalah salah seorang penyokong Spurs!!!

Macamanapun, kita tetap sama tujuan mahu mencari kawan...('',)

Sebenarnya saya tidak benci dengan MU ni, saya cuma kadang² bila ada game yang best melibatkan MU saya tentu akan sokong pasukan lawan...Jangan marah jika saya katakan sebenarnya saya nak tengok MU kalah...itu saje...
Di pejabat, saya dikelilingi dengan kawan² pelbagai fan...
Ada fan Arsenal, Chelsea, Liverpool dan MU...Semua okey dengan saya, sebab saya tak suka cari gaduh dengan sesiapa pun dengan mengejek dan sebagainya...

Apapun, semoga MU menang menentang Barcelona 28 Mei 2011 nanti di Stadium Wembley...Saya akan menyokong Barcelona...koh koh koh

UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKENAAN CONTEST INI, SILA KLIK DI SINI!!!


Wednesday, May 4, 2011

"Segmen Mesra Blogger Bersama Pembawa Wacana"

Assalamualaikum dan salam petang buat semua pembaca
Bro_Monday's Life('',)

Sepanjang hari ini, saya sibuk...Tapi nak sediakan 1 entry atau 2 masih boleh lagi...koh koh koh Sebab saya tidak lah sibuk sangat²...adehh~

Petang² macam ini, layan segmen pun baik jugak ni...Masa blogwalking tadi,lepak sekejap di KAMPUNG KAMEQ ternampak 1 segmen yang dianjurkan oleh BRO WACANA a.k.a BRO AHSAN...

Ini banner segmen beliau...



Ada 2 pilihan yang diberikan iaitu
"Aku Nak Jadi Kaya" atau "Aku Nak Jadi Popular"

So, dengan rasa bertuahnya saya memilih "Aku Nak Jadi Kaya"...

Bila kaya, saya tidak akan lupakan keluarga saya serta mak dan adik saya...Akan belikan pakaian cantik untuk mereka...bagi wang belanja lebih sikit dari biasa...tentu mereka semua akan doakan kemurahan rezeki untuk saya...amin...

Bila kaya, macam² saya boleh buat dengan kekayaan yang saya miliki...Tapi saya harus sedar kekayaan tidak akan kekal biarpun boleh makan sampai ke 7 generasi atau keturunan sekalipun...dengan itu, saya mesti lah sedar akan kenyataan ini dan tidak mudah lupa diri...

Bila kaya, kehidupan saya juga automatik akan berubah. Dari segi pakaian usah kata lah, tentu akan pakai smart², kacak², kemas²...tapi saya tidak akan berlagak dan tetap menjaga adab susila sebagai seorang jejaka Melayu.

Bila kaya juga, tentu akan ramai kawan yang dekat, saya akan sentiasa bermurah hati bila kawan² minta belanja makan atau minum di kedai mamak atau pun di mana sahaja. Kalau minta lah ye...kalu tak minta pun saya akan pelawa secara berhemah...

Rasanya sudah panjang berjela angan² yang membina dan tidak mustahil ini...

Semoga impian menjadi kenyataan...

Terima kasih kepada BRO WACANA menganjurkan segmen macam ni...SANGAT SUKA!!! koh koh koh ('',)

TARIKH TUTUP SEGMEN : Masuk hari Khamis 5/5/2011 (jam 12.01 pagi)

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER

SAYA DAPAT BANNER NI DARI sis sunah sakura ('',)



Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila KLIK SINI...

Thursday, April 28, 2011

5 WINNER G.A



Assalamualaikum & selamat malam semua pembaca bro_monday's life ('',)

ENTRY lewat malam, sekarang jam menunjukkan pukul 10.50 malam!!! Masa blogwalking tadi terserempak dengan GA BEST!!! dari CEKGU BOBIE...

APA YANG PERLU ADA DALAM BLOG CEKGU BOBIE NI???

Ok, bagi saya apa yang dah ada sekarang ni pun dah cukup, semua yang basic dah pun ada...cuma kalau cekgu nak tambah, boleh tambah KOTAK JERIT...tapi macam saya, blog tak ada pun KOTAK JERIT ni, sebab kalau online di pejabat tak dapat bukak, itu pasal saya tak letak..koh koh koh lagi 1, kalau nak nampak menarik dan ceria lagi, cekgu boleh letak gambar kesukaan di side bar blog ni...bila buka blog nak taip entry baru tengok je gambar tu rasa tenang dan happy...adehh~ ni bukan 1 cadangan, tapi dah lebih...('',)

TAGLINE DIRI SAYA???

'koh koh koh' itu saja, ianya menggambarkan serta menerangkan bahawasanya saya ni suka gelak, ketawa dan selalu riang...dalam kesedihan perlu ada sedikit kegembiraan baru lah seimbang...

TARIKH TUTUP G.A best ni bila?

cekgu bobie tulis katanya, sehari sebelum cuti sekolah semester 2 bermula !!!

JOM SAMA-SAMA JOIN G.A BEST NI !!! KLIK JE SINI YANG TENGAH BERKELIP NI !!!

Tuesday, April 26, 2011

Segmen : Jom Hentam Along Dengan Pantun

Assalamualaikum & salam hormat serta rindu buat semua pembaca setia Bro_Monday's Life,
sudah lama saya x update blog tersayang ni...Semuanya kerana sibuk di dalam dan di luar pejabat. Hari ni rasanya macam kurang sibuk sikit.

Ok, pagi ni saya tergerak hati untuk menyahut cabaran along usop punya segmen!!! Rasa macam nak asah kembali bakat yang ada sekian lama, tak hebat tapi boleh lah sekadar nak suka²...koh koh koh

Banner segmen adalah header blog beliau!!!

Bagi rakan² yang mahu turut sama memeriahkan segmen gempak x ingat ni, boleh lah KLIK SINI CEPAT²!!! Tarikh tutup segmen adalah pada 30 April 2011 ...CEPAT!!! ('',)

PENYERTAAN PANTUN DARI SAYA :

along usop nama dikenali,
belum pernah bersua muka,
indah blog bukan memerli,
sungguh kreatif sekadar bersuka.


testing² one two three,
dah baca x kan nak tengok saja,
ini baru pemanas entry,
anda mahu lagi? katakan saja.

Alhamdulillah, selesai pun buat segmen...harap² mendapat perhatian dari otai² dan rakan²...adehh~ Kejap, nak gelak sikit...KOH KOH KOH

Friday, April 15, 2011

Giveaway Ujang9897

Assalamualaikum dan salam hormat diucapkan kepada semua pembaca Bro_Monday's Life ('',)

Pagi Jumaat yang berbahagia ni, saya dengan rasa rendah dirinya ingin menyertai 1 GA...GA yang dianjurkan oleh UJANG SUKA KENTUT MERATA-RATA...koh koh koh

Ini banner GA a.k.a Header Pilihan Malaysia beliau yang telah ai undi tu ...


SYARAT² NAK JOIN SILA KLIK SINI LAJU²!!!

Gambar sempoi yang pernah saya ada, ni dia...masa kena temuramah dengan wartawan semasa event Islamic Relief Malaysia bersama UTUSAN MALAYSIA meraikan anak² yatim seluruh Lembah Klang pada Oktober 2010...



Cerita pasal blog UJANG ni, beliau punya blog sangat gempak, ayat yang digunakan dalam entry pun susah nak jangka...mat salleh kata unexpected...adehhh~ apa pun bagi saya beliau ni peramah sebab itulah beliau disukai ramai...(buat gaya aflin shauki jelir lidah pandang tepi ala² nyah...) koh koh koh

Beliau pernah review blog saya suatu ketika dahulu...nak tengok? KLIK SINI...

Last sekali, saya nak tag 2 orang untuk turut sama bagi meriah ini GA...bukan senang nak tengok Ujang ni buat GA tau...koh koh koh

- ASROL a.k.a ejulz KAMPUNG KAMEQ
- bro sichan a.k.a ENCIK SUAMI

GOOD LUCK kepada diri saya sendiri juga kepada rakan yang telah di tag serta semua yang menyertai GA GEMPAK ni...hadiah ni tentu saya punya...sebab saya lah yang akan undi kat RANDOM.ORG tu...(saya tipu)...('',)

Tuesday, March 29, 2011

"Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman"


Assalamualaikum dan salam sayang semua pembaca tegar dan tak tegar Bro_Monday's Life ('',)

Pagi ni saya rasa sangat bertuah...sebab saya dah di tag oleh geng blogger kite si UJANG YANG KACAK DAH NAK KAWEN TAK LAMA LAGI...koh koh koh

Untuk sama² join GA cantik menarik memang tembam anjuran BRO DARKBATMAN ...

ANDA BERMINAT NAK TAHU DENGAN LEBIH LANJUT? JIKA YA, ANDA LAH YANG SAYA CARIK!!!
ok, SILA KLIK SINI CEPAT²!!!

Harap² saya bertuah kali ini, sebab wallet ni cun bangat....saya amat menyukai nya...

Ok, jom kite sama² tag diri sendiri...tapi sebelum tu saya nak tag 3 rakan yang mungkin bertuah juga...('',)

1. apple lady isteri tercinta, jika dapat wallet ni sila bagi saya...adehhh~
2. kak LILY comey dapat je wallet ni sila bagi hubby anda ye...
3. asrul a.k.a ejulz kampung kameQ

Ok, selamat maju jaya...bagi rakan² yang nak turut serta, jom lah!!! TERBAIK...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...