.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Friday, May 6, 2011

.:. IBU oh IBU .:.




Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Hari ni pergi masjid untuk Solat Jumaat tumpang kereta rakan sepejabat, kami pergi masjid pekan Sungai Besi. Pergi beramai-ramai selepas main kerom sepapan dua dulu, koh koh koh...

Tepat jam 1.00 tengahari kami sudah berada di perkarangan masjid. Jarak dari pejabat pun takde lah jauh mana pun, dari Bangunan Sapura@Mines ni, hanya perlu U-turn dan bayar tol BESRAYA RM1.30 terus sampai pekan Sungai Besi.

Khutbah tadi berkisarkan tentang Hari Ibu..Rasa sebak dan terharu bila mengenangkan ibu.

Panggilan saya kepada ibu ialah "ma"...
Beliau seorang ibu tunggal sejak tahun 2001 setelah abah meninggal akibat sakit barah otak...beliau berseorangan sambung menjaga, mendidik, membesarkan kami adik-beradik...Sungguh besar pengorbanan beliau sebagai "ma" kami...
Kini beliau masih lagi sihat walafiat dan tinggal di Sungai Besi bersama adik perempuan saya yang masih bersekolah di Tahun 6...

Banyak lagi kenangan jika nak diingatkan kembali...
Betapa tabahnya hati beliau dan menahan sikap saya yang nakal suatu masa dahulu.

Kini, dalam diri saya mempunyai 3 orang "IBU"...
ma saya, ummi mertua saya & bonda kepada anak saya...

Isteri saya yang dikasihi juga seorang ibu, cuma gelarannya agak berbeza dipanggil "bonda" oleh Scha dan saya sendiri...

Tak kira lah apa pun panggilan yang ada, ibu atau ma atau bonda atau ummi atau mama atau mummy...bagi saya, pengorbanan mereka wajib kita ingati...agar berkat kehidupan kita di sisiNya...insyaAllah..

"SELAMAT HARI IBU"



*kenangan kami anak beranak makan satay Kajang tempohari bersama ma dan adik saya*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...