.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Thursday, June 30, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA !!!

Assalamualaikum & salam harmoni buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Alhamdulillah~ rasa syukur ke hadrat Ilahi di atas kemenangan pasukan bola sepak Malaysia yang menentang pasukan bola sepak Taiwan malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2014 Brazil. Kemenangan 2-1 ini adalah bekalan untuk dibawa ke stadium pihak lawan di pusingan kedua pada 3 Julai 2011 nanti.

Saya ke stadium malam tadi bersama CPK @ KAKI BOLA group!!! Memang terbaik rakan² pejabat ini, semua gempak+havoc² belaka!!! InsyaAllah di perlawanan akan datang jika bermain di SNBJ, kami akan turun bagi sokongan lagi...Apa pun, jom kita layan gambar serba sedikit...Gambar disedut dari abam SHUK KEDAH!!!


**MENGABADIKAN KENANGAN DI TANGGA DEPAN LRT SAMBIL TUNGGU KETIBAAN RAKAN LAIN**





**SUASANA DI DALAM STADIUM DARI SUDUT PANDANGAN KAMI**



**SAYA SAMPAI MELOMPAT ATAS KERUSI MERAIKAN JARINGAN PERTAMA PASUKAN MALAYSIA**



**GENG CPK@KAKI BOLA**



MISI ROMBONGAN INI BERJAYA!!!

Wednesday, June 29, 2011

Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011

Assalamualaikum & salam sayang buat semua pengunjung serta pembaca setia Bro_Monday's Life('',)

Pagi yang sejuk di pejabat membuatkan saya rasa ingin mencoretkan sesuatu di blog ini, ditambah pula dengan kesungguhan saya untuk membuatkan blog ini bernyawa di celahan kesibukan diri...adess~ intro yang "boleh lah..." koh koh koh

Seperti yang kita semua sedia maklum, malam ini pasukan bola sepak negara kita akan menentang pasukan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ini adalah perlawanan pra-kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil.

Geng kita di Sahabat Blogger [SB] pun ramai yang turun ke stadium dan buat gathering di sana!!! Sesiapa yang berminat, sila ke page @ group [SB] di Facebook dan dapatkan maklumat di sana ataupun boleh cari Akmal Hilmi, Kirin Selama Perak II, Kyêrüll L Frêscð, Azrul Hisham, Amal Espraza, Yana Nanako



Saya akan turun ke stadium bersama member² pejabat!!! kami gelarkan kumpulan kami CPK@KAKI BOLA. CPK maknanya Cawangan Pengurusan Kompetensi.


Ini adalah bukti pembayaran yang diterima dari 11 orang yang menyertai.
Pesanan buat pasukan bola sepak Malaysia, BERJUANGLAH HABIS-HABISAN, KAMI TETAP MENYOKONG!!! MALAYSIA BOLEH!!!

Friday, June 24, 2011

Amalan Sunat Di Hari Jumaat

Assalamualaikum & salam sejahtera buat pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Hari ini hari Jumaat, 24 Jun 2011 bersamaan dengan 23 Rejab 1432 kalendar bulan Islam. Seperti kita semua sedia maklum, hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Banyak kebaikan dan pahala yang kita semua boleh dapat pada hari ini dan kita juga digalakkan belajar dari semasa ke semasa. InsyaAllah.

Kali ini saya akan berkongsikan sedikit ilmu yang saya dapat setelah membaca sebuah buku bertajuk BIMBINGAN ROHANI - Pembina Peribadi Taqwa . InsyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu kita semua dalam mempelajari serta mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

MANDI SUNAT JUMAAT

Di hari Jumaat pada waktu pagi kita disunatkan untuk mandi sunat Jumaat, dan niatnya adalah :


**sila klik untuk lihat dengan lebih jelas**


Marilah kita sama² mempraktikkannya di masa hadapan, semoga apa yang saya kongsikan ini memberi impak yang positif dari segi sudut penerimaan anda semua. Semoga ianya mendatangkan kebaikan serta menjadi pedoman untuk diri saya sendiri dan semua.



**sumber bacaan : Bimbingan Rohani "Pembina Peribadi Taqwa"
susunan Abdul Halim El-Muhammady**
**buku ini adalah hadiah dari seorang rakan, saya terima semasa menghadiri majlis persandingan beliau tempohari**


p/s : KETAHUI TEKNIK MEMOTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI

Thursday, June 23, 2011

Wacana Entri Pertama Ku



Assalamualaikum & salam sayang buat semua pengunjung serta pembaca
Bro_Monday's Life('',)

Petang yang berbahagia ini seronok rasanya dapat turut serta dalam segmen a.k.a WACANA dari bro wacana kacak memakai cermin mata!!!



"INI LAH ENTRY PERTAMA SAYA SEMASA MULA² MENCEBURI BIDANG PENULISAN BLOG"

Malunya!!! ('',)

Bagi rakan² yang mahu turut sama memeriahkan WACANA ini, sila KLIK SINI CEPAT²!!!

Sekian, terima kasih...koh koh koh

BOLA SEPAK KELAYAKAN OLIMPIK 2012

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pengunjung serta pembaca
Bro_Monday's Life('',)

Malam ini akan berlangsung perlawanan bola sepak pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 di antara pasukan Malaysia menentang Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Sepak mula dijadualkan pada jam 8.45 malam dan akan disiarkan secara langsung melalui siaran ASTRO ARENA (801).


**gambar ihsan dari group "Cite Bola" di FB**


Semoga skuad bimbingan jurulatih Ong Kim Swee memenangi perlawanan pada malam ini setelah berjaya mengikat seri 0-0 semasa bertandang di tempat lawan pada 19 Jun 2011 yang lalu.

p/s : sayang sekali saya tidak dapat menyaksikan perlawanan ini secara live di stadium mahupun di kaca televisyen kerana saya ada mesyuarat kelab di Putrajaya pada malam ini. Apapun saya doakan kita beroleh kejayaan, insyaAllah~MALAYSIA BOLEH!!!

Tuesday, June 21, 2011

Klasifikasikan Entry Anda

Assalamualaikum & salam hormat buat semua pengunjung, pembaca serta peminat Bro_Monday's Life('',)

Setelah sekian lama menyepikan diri, saya kembali mencoret di laman blog ini. Baru² ini saya ke Cameron Highlands mengikuti kursus yang dianjurkan jabatan pejabat saya bekerja. Sangat sejuk semasa berada di sana. Banyak ilmu yang berkaitan dengan IQ+EQ dan kemajuan diri saya perolehi semasa berada dalam program tersebut.


**bersama isteri tercinta, kami berdua mengikuti kursus yang sama**

Alhamdulillah...

Ok, pada coretan ini ingin saya menjelaskan betapa pentingnya sesuatu entry anda pada pandangan para pembaca dan pengunjung. Kita sebagai blogger sendiri sangat perasankan perkara ini.

KLASIFIKASI ENTRY MELALUI TAJUK

1. Tajuk bagus intipati bagus.
2. Tajuk bagus tetapi intipati hancur.
3. Tajuk hancur tetapi intipati bagus.
4. Tajuk hancur intipati hancur.

Jadi, di manakah kita berada? Kita sendiri nilaikan ianya sebelum pembaca atau pengunjung yang buat penilaian. Walaubagaimanapun, kita masih boleh mengubahnya. Sampai bila mahu berada di takuk lama sedangkan kita berpeluang untuk melangkah lebih ke hadapan.

Pelbagai cara yang ada antaranya lihat contoh blog² atau blogger² yang ada. InsyaAllah berkat usaha dan belajar akan mengubah segalanya.

Tips dan nasihat ini juga turut bermakna untuk diri saya dan juga semua. Saya juga menyedari yang saya juga perlu menajamkan lagi skill penulisan blog.

Sekian dahulu coretan saya, selamat maju jaya...('',)

Sunday, June 12, 2011

TAHNIAH TERENGGANU F.A & KELANTAN F.A

Assalamualaikum & Salam Hari Minggu buat semua pembaca serta pengunjung Bro_Monday's Life ('',)

Masih terasa bahang di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi, perlawanan akhir merebut Piala FA 2011 di antara pasukan negeri Kelantan dan negeri Terengganu. Perlawanan berkesudahan dengan Terengganu menjadi juara manakala Kelantan naib juara.

Perlawanan berkeputusan 2-1 memihak kepada pasukan bimbingan Tuan Haji Irfan Bakti. Pasukan bimbingan Datuk M.Karathu terpaksa pulang hampa setelah tamat perlawanan malam tadi.

Walaubagaimanapun, saya yang turut menyaksikan sendiri secara langsung di stadium sama berasa sedih pasukan kegemaran tumbang tipis. Bagi mereka yang tonton perlawanan ini tidak kira secara langsung di kaca TV mahupun di stadium tentu tahu apa sebenarnya yang terjadi. Namun benda pun sudah jadi, kalah pun dah kalah dah, so kita tidak perlu melatah sangat pasal ini.

TAHNIAH sekali lagi buat pasukan negeri Terengganu menjulang piala yang sangat berprestij ini.









Gambar kenangan saya di stadium malam tadi, sempat juga bertemu dengan sahabat lama Ayie ketika bekerja di pam minyak Petronas Padang Tembak Pengkalan Chepa Kelantan sekitar tahun 2003 (lepas SPM)...Malam tadi kami bertemu setelah 4 tahun tidak berjumpa. Kami bersahabat selama hampir 8 tahun sedar tidak sedar.

p/s : arwah abah orang Terengganu, ma saya orang Kelantan. Jadi kemenangan serta kekalahan malam tadi adalah milik saya...('',)

Tuesday, June 7, 2011

Cara Tarik Pengunjung Ke Blog



Assalamualaikum & Salam Sayang buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Petang yang indah dan tenang ini suka saya kongsikan 1 entry yang mungkin berguna kepada semua.

Kita sebagai blogger tentunya mahukan benda baik² sahaja untuk blog sendiri,kan? Saya ada cara untuk membuatkan blog kita selalu dikunjungi tidak kiralah sama ada yang suka² nak singgah atau pun singgah, baca dan komen.

1. Entry yang bagus dan berinfo (berilmu) - contohnya entry yang berkisarkan tentang tips, tutorial dan teknik.

2. Entry yang bersahaja (kisah tauladan mahupun kisah yang berlaku) - contohnya entry yang bermanfaat dan berguna di masa sekarang ataupun di masa hadapan. Kisah yang boleh dijadikan iktibar juga sangat menarik untuk dibaca sesetengah pengunjung.

3. Blog mesra pengunjung - mempunyai template yang cantik, ringkas, tema warna menarik tidak jemu mata memandang. Juga termasuklah ruangan komen entry yang bagus dan tidak menyusahkan para pengunjung.

4. Owner blog yang sempoi dan rajin - ini juga salah 1 cara untuk menarik minat pengunjung untuk selalu singgah ke blog kita. Apabila ada komen, terus di reply. Maklumbalas yang segera ataupun tidak itu belakang cerita. Yang penting pengunjung happy, owner pun happy. Ini dinamakan "Win Win Situation".

5. Tataletak atau susunan template mudah dilihat - contoh yang paling mudah adalah kedudukan button follow. Ini membuatkan pengunjung tidak tercari-cari apabila berminat dan mahu mengikuti perkembangan blog kita.

Rasanya setakat ini dahulu tips yang boleh dikongsikan mengenai perkara ini. Mungkin anda boleh cari lagi di Google dan mendapat info yang banyak di sana. Perlu diingatkan juga, tips ini hanyalah dari pemerhatian kasar saya sebagai seorang blogger mentah berbanding blogger otai yang ada di Malaysia. Mungkin ianya berbeza mengikut individu.

Apa pun, saya masih lagi perlukan tunjuk ajar dalam banyak perkara. Kita juga masih boleh share something untuk menambah ilmu di dada.

Sekian, terima kasih kerana membaca entry ini. Lain kali singgah lagi okey...
wassalam...('',)

p/s : sila KLIK SINI untuk like fan page Bro_Monday's Life

Fan Page Bro_Monday's Life

Assalamualaikum & Salam Hormat diucapkan kepada semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life ('',)

Terharu rasa di hati bila mengenangkan kejadian sepanjang hari semalam...

Blog saya dikunjungi terlalu ramai rakan² blogger, jumlah visitor yang tercatat pun banyak lebih dari 50 setakat petang semalam.

Bersyukur sangat² dan saya rasa bersemangat untuk terus ber blog!!! Mungkin kerana intipati entry semalam yang sangat berkualiti. Walaubagaimanpun, saya tetap akui ianya masih lagi perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Agak susah untuk kekalkan momentum dan mencari pengunjung setia dalam kuantiti yang ramai. Semuanya bergantung kepada nilai sesebuah entry yang dikeluarkan.

Bagi rakan² blogger yang masih belum LIKE FAN PAGE saya, sila lah cari di Facebook dengan menaip kata kunci Bro_Monday's Life



Sekiranya anda juga mempunyai FAN PAGE di FB dan saya masih belum LIKE, sila maklumkan juga okey...

Sokongan dari anda semua amat bermakna...('',)

Monday, June 6, 2011

.:. Dapat hadiah lagi....('',) .:.

Assalamualaikum & salam sayang buat semua pengunjung serta pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Ini adalah entry ke-3 untuk hari ini...Bagi anda yang masih belum tahu kewujudan entry² lepas, jangan segan silu untuk membacanya...

SILA KLIK SINI UNTUK ENTRY 1st
SILA KLIK SINI UNTUK ENTRY 2nd

Terima kasih sudi menjengah blog saya ini...koh koh koh

Hari ini saya sangat gembira!!! Rezeki dariNya, saya menang hadiah lagi...Kali ni hadiah dari MISS LULU PEMINAT CHELSEA FC sebab saya join contest sempena birthday beliau tempohari!!! ~INI LAH DIA KEPUTUSANNYA~ , jika anda nak tahu apakah hadiah yang dimenangi oleh saya, klik je link tersebut...



**header blog miss lulu caldina**


Thanks a lot jugak diucapkan kepada miss lulu coz bagi saya menang, rasanya sebab saya punya slogan terbaik lah...koh koh koh Bertuah saya rasa... Kepada rakan² yang masih belum pernah datang ke blog miss lulu yang sarat dengan berita² semasa dalam mahupun luar negara, sila lah berkunjung ke blog beliau ye..('',)

.:. Baru tahu, THANKS bro EB .:.

Assalamualaikum & selamat pagi diucapkan kepada semua pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Ini adalah entry kedua untuk hari ini, bagi sesiapa yang masih belum menatap entry 1st tadi, anda boleh KLIK SINI & BACA~koh koh koh

Masa jalan² ke blog rakan², saya terserempak dengan blog ini...


**bro EB punye header blog**


Saya tertarik dengan entry beliau bertajuk TAMAN SAUJANA HIJAU...

Sebenarnya saya baru tahu akan kewujudan taman ini di sekitar Presint 11 Putrajaya, sungguh indah!!! Banyak aktiviti boleh dilakukan di situ...Untuk info lanjut, anda semua boleh klik dan baca entry Bro EB tersebut...

Apa pun saya sangat teruja bila melihat gambar² yang disertakan dalam entry tersebut, membuatkan saya berkeinginan untuk merasai sendiri keharmonian dan keindahan taman itu...InsyaAllah hujung minggu nanti saya akan bawa family ke situ untuk beriadah...

Rakan² lain, mahu turut serta??? Just call or SMS saya ok...TERBAIK!!! ('',)

p/s : KREDIT to Bro EB...

.:. THANKS a lot kawan!!! .:.

Assalamualaikum & selamat hari Isnin diucapkan kepada semua pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Entry istimewa ini ditujukan khas buat Harrazdani, kerana telah bagi saya hadiah!!!
Hadiah yang selamat diterima,


**sebentuk key chain SARAWAK**


TERIMA KASIH sangat² ('',)

Ini semua gara² saya join contest dari beliau, nak tau apa dia?
KLIK SINI CEPAT!!!


**ini header blog beliau**


Mari kita support kawan² blogger, kepada rakan² yang nak kenal beliau, boleh lah KLIK SINI DAN BACA BLOG HARRAZDANI

Apa pun saya ucapkan terima kasih sekali lagi, sangat seronok...('',)

Friday, June 3, 2011

.:. Jumaat Menjelma Lagi .:.

Assalamualaikum & salam pagi buat semua pembaca Bro_Monday's Life ('',)

Alhamdulillah kita semua masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk merasai pagi hari Jumaat yang barakah ini.

~SYUKUR~

Pagi yang bahagia ini saya selaku owner blog ini ingin berkongsi sedikit ilmu yang dicari di GOOGLE. Sekadar mengagih-agihkan ilmu yang dipelajari sedikit. Apa yang penting kita kongsikan kepada semua.

BERKENAAN DENGAN KUKU TANGAN DAN KAKI




**sumber : GOOGLE**


Kuku harus dipotong pada bila-bila masa. Bagaimanapun, jangan membiarkan kuku tidak dipotong melebihi 40 hari.
Hal ini diriwayatkan daripada Anas bin Malik yang maksudnya:
"Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam."
(Hadis riwayat Muslim)

Sekian dahulu dari saya, semoga kita semua beroleh manfaat dan hidayah dariNya, insyaAllah. Semoga bertemu lagi di lain masa.('',)

Thursday, June 2, 2011

Giveaway Lagi Dari Bro Wacana



Assalamualaikum & salam hormat buat semua pembaca
Bro_Monday's Life('',)

Saya nak join GA dari Bro Wacana Yang Kacak
(hope dapat menang lah ye)
koh koh koh

Mudah saja, anda yang nak tau lebih lanjut,

SILA KLIK SINI CEPAT²!!!


Ok, nak mulakan dah ni...
1st sekali nak puji sikit blog bro wacana ni.Bagi saya, blog bro ni xde cacat celanya...semua teratur dari pelbagai segi penglihatan kasar.

Dari atas, iaitu HEADER sangat menarik seperti bro ni suka sangat baca komik berkisarkan penyiasatan dan ekspedisi.

Tepi pula, agak bagus kerana ada 1 slot untuk mempromosikan link kawan² seper blogger ran...adesss...termasuk lah saya ada sekali di ruangan bloglist tu ha...

Berlatarbelakangkan warna yang suci dan bersih membuatkan pengunjung+pembaca tidak merasa tertekan semasa jalan² di situ.

Rasanya itu saja kot, kalau ada lagi nanti saya ulas dari semasa ke semasa, maklumlah saya masih lagi blogger yang masih belajar bukannya otai dah pun...koh koh koh

ENTRY PILIHAN
-ini info yang terbaik buat semua blogger-

Yang penting saya nak dapat kan hadiah kantung rabbit purple tersebut nak bagi kat anak!!!

KASI SUPPORT KAWAN²('',)

SEKIAN, terima kasih...

.:. DRAMA pilihan Bro Monday .:.


Assalamualaikum & salam sayang diucapkan kepada semua pembaca
Bro_Monday's Life('',)

Setelah sekian lama menyepikan diri, kini saya kembali menaip di blog!!!
Macam biasalah, kalau dah menyepikan diri tu bermakna ada lah sesuatu yang terjadi. Ye, betul...saya sangat sibuk minggu lalu. Membuatkan saya langsung tidak berkesempatan untuk meluangkan sedikit masa pun untuk Bro_Monday's Life!!!

Hari ini saya kembali dengan semangat baru, semangat untuk menaip.
koh koh koh

PILIHAN DRAMA BRO_MONDAY's LIFE

Drama Bersiri MAKBUL
Setiap Khamis Jam 9 Malam di TV2




Klik Untuk Layan Lagu Tema Drama Makbul
OST DRAMA MAKBUL

Sepatutnya drama sebegini dah banyak disiarkan dan ditayangkan di semua saluran TV sama ada berbayar ataupun tidak. Ye lah, kan sekarang ni isu sosial yang buruk banyak terjadi. Hari² tengok berita mesti ada kes. Macam² perkara termasuk lah kes buang bayi, kes pecah rumah, bunuh dengan kejam dan banyak lagi.

Tak perlu lah ada lagi cerita² dari seberang yang mengarut, cinta sana sini, baik tayangkan cerita yang berunsur dakwah sebegini, secara tak langsung anak² kecil yang kita patut asuh dari awal mengerti dan memahami apa yang baik dan apa yang tidak.
Kita yang dah besar ni pun dah tau, tapi masih jugak buat!!!
ASTARGFIRULLAHALAZIM...dunia kini...

Ok lah, sampai sini dulu coretan dari saya, malam ini kita pakat duduk depan TV2 tengok drama ini...Mudah-mudahan kita semua dapat pengajaran...InsyaAllah...

Sekian, wassalam...('',)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...