Assalamualaikum & salam awal pagi buat semua pembaca
Bro_Monday's Life ('',)
Masa ni jam menunjukkan pukul 12.30 pagi hari Ahad. Beberapa jam lagi saya akan menghadiri mesyuarat AGM Kelab Belia Saga Putrajaya (SRD) bagi pemilihan tampuk pimpinan baru bagi sesi 2011/2012 untuk menerajui masa hadapan kelab, mesyuarat bermula jam 11.30 pagi di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi. Harap semua perancangan berjalan lancar...
~InsyaAllah~
Owh ye, hari ini kita semua dikejutkan dengan berita tergempar pada jam 2.15 petang 21 Mei 2011, 1 tragedi menyayat hati iaitu sebuah rumah Madrasah Al-Takwa (rumah anak yatim) di Hulu Langat Selangor telah ditimpa musibah tanah runtuh. Ramai anak yatim terkorban dan pihak berkuasa tempatan dan juga agensi2 sedang bertungkus lumus menjalankan usaha mencari...24 jam pencarian serta usaha menyelamatkan dikerahkan agar dapat mencari baki mangsa yang masih belum dijumpai. Kita sama2 tunggu berita terkini dari media massa yang turut berkampung di lokasi kejadian untuk menyalurkan berita berkenaan ini.

**sumber gambar : pakcik GOGEL**
~Astargfirullahalazim~
Di kesempatan ini juga, saya pemilik blog Bro_Monday's Life mengucapkan TAKZIAH dan salam penuh simpati di atas kejadian yang berlaku ini. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui....AL-FATIHAH....