.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Wednesday, December 7, 2011

EKSPERIMEN Bro_Monday

Assalamualaikum & salam rindu buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Motif entry ini dikeluarkan adalah sekadar untuk melepaskan sedikit rindu terhadap blog ini.

Sudah sekian lama tidak singgah ke mari, hari ini dan pagi ini saya berkesempatan untuk mencoret sedikit di sini. Kebanyakan blogger jika lama tidak menyentuh blognya tentu akan berkata begini, "adesss...lama sungguh tidak masuk habis bersawang!!!"..koh koh koh ternyata ianya betul, lihatlah di bawah ini, bersawang!



Apa pun ini sekadar pembuka bicara, akibat kekangan masa membuatkan saya agak susah sikit untuk singgah ke blog ini dan juga datang melawat ke blog rakan-rakan. InsyaAllah, bila semuanya selesai saya akan kembali lagi.

Sehingga kita berjumpa lagi, terima kasih kerana membaca coretan ini.

Sekian, wassalam...('',)

Tuesday, September 6, 2011

Piala Malaysia 2011 kini bermula...

Assalamualaikum & salam sukan buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Malam ini 6 September 2011 akan bermulanya perlawanan peringkat kumpulan bagi Piala Malaysia 2011. Juara tahun lalu (2010) adalah Kelantan dan naib juara Negeri Sembilan.

KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT TENTANG PIALA MALAYSIA



JADUAL LENGKAP PIALA MALAYSIA 2011

6 SEPTEMBER 2011
BERIKUT merupakan jadual perlawanan Piala Malaysia 2011 Selasa:

Johor lawan Kedah
(Stadium Tan Sri Hassan Yunos, 8.45 malam)

Sabah lawan Perak
(Stadium Likas, 8.15 malam)

Sime Darby lawan Terengganu
(Stadium Selayang, 8.45 malam)

PKNS lawan Negeri Sembilan
(Stadium MBPJ, Kelana Jaya, 8.45 malam)

Sarawak lawan Kelantan
(Stadium Sarawak, Kuching, 4.15 petang)
Makluman Sarawak vs Kelantan berlangsung pada Jam 8.15 malam ini dan bukan 4.15 petang ( perubahan saat akhir )
----sumber : Kelantan Fan Club Facebook----

Johor FC lawan Felda United
(Stadium JCORP, Pasir Gudang, 8.45 malam)

T-Team lawan Selangor
(Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 8.45 malam)

PDRM lawan Kuala Lumpur
(Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 8.45 malam)

10 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Sabah | Perak vs Johor
KUMP B -> Terengganu vs PKNS | N.Sembilan vs Sime Darby
KUMP C -> Kelantan vs Felda Utd | Johor FC vs Sarawak
KUMP D -> Selangor vs K.Lumpur | T-Team vs PDRM

13 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Perak vs Kedah | Johor vs Sabah
KUMP B -> N.Sembilan vs Terengganu | Sime Darby vs PKNS
KUMP C -> Johor FC vs Kelantan | Sarawak vs Felda Utd
KUMP D -> T-Team vs Selangor | PDRM vs K.Lumpur

17 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Johor | Perak vs Sabah
KUMP B -> Terengganu vs Sime Darby | N.Sembilan vs PKNS
KUMP C -> Kelantan vs Sarawak | Johor FC vs Felda
KUMP D -> Selangor vs PDRM | T-Team vs K.Lumpur

24 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Sabah vs Kedah | Johor vs Perak
KUMP B -> PKNS vs Terengganu | Sime Darby vs N.Sembilan
KUMP C -> Felda Utd vs Kelantan | Sarawak vs Johor FC
KUMP D -> K.Lumpur vs Selangor | PDRM vs T-Team

27 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Perak | Sabah vs Johor
KUMP B -> Terengganu vs N.Sembilan | PKNS vs Sime Darby
KUMP C -> Kelantan vs Johor FC | Felda Utd vs Sarawak
KUMP D -> Selangor vs T-Team | K.Lumpur vs PDRM

*Perlawanan dipinda jika ada pertembungan venue*

SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA (4 OKTOBER 2011 & 8 OKTOBER 2011)
1 – D2 vs A1, A1 vs D2
2 – C2 vs B1, B1 vs C2
3 – B2 vs C1, C1 vs B2
4 – A2 vs D1, D1 vs A2

SEPARUH AKHIR (14 OKTOBER 2011 & 22 OKTOBER 2011)
5 – Pemenang 1 vs Pemenang 3, Pemenang 3 vs Pemenang 1
6 – Pemenang 2 vs Pemenang 4, Pemenang 4 vs Pemenang 2

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA (29 OKTOBER 2011)
Pemenang 5 vs Pemenang 6

KREDIT TO : http://sukakereta.blogspot.com

Marilah kita semua memeriahkan sukan bola sepak negara kita dengan menyokong pasukan kegemaran masing²!!! ('',)

SALAM SAYANG PENGHULUR BICARA

Assalamualaikum & salam hormat buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Setelah sebulan kita tidak bersua di alam blog ni, rasa rindu pun mula mencuit perasaan. Betul, sepanjang bulan Ogos 2011 langsung tiada 1 pun entry daripada saya. Ini kerana saya sengaja untuk tidak mencoret apa² di bulan tersebut. Ramai yang bertanya kenapa, saya hanya tersenyum dan tidak cakap apa². Kenapa ntah...adesss!

Ramai yang meneka, adakah kerana ulangtahun kelahiran saya pada 29 Ogos? Mungkin juga...koh koh koh



Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SALAM LEBARAN MINAL AIDIL WAL FAIZIN buat semua...('',)

p/s : jika anda nak tengok album gambar raya aidilfitri saya, sila ke akaun Facebook tau!!! koh koh koh

Thursday, July 28, 2011

Rabu punya cerita, Khamis dapat nama..

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Biasa kita dengar pepatah Melayu, "lembu punya susu, sapi dapat nama" maksudnya orang lain bersusah-payah tetapi orang lain yang dapat untungnya.

Tapi tidak begitu apa yang nak saya sampaikan di entry ini, ianya sekadar simbolik sahaja. Sebenarnya saya nak bagitahu semalam punya cerita, saya apply cuti sehari untuk menyelesaikan urusan permohonan pinjaman perumahan kerajaan. Banyak perkara perlu diselesaikan sehinggalah permohonan berjaya dihantar di kaunter pusat Bahagian Pinjaman Perumahan Putrajaya (BPP).



Tengahari Rabu semalam selesai sahaja urusan di BPP, terus saya ke bengkel kereta untuk membaiki kerosakan pada bearing roda hadapan. Poket koyak lah jawabnya, tapi tidak mengapa, benda penting memang kena dahulukan...



Haaa...sekarang habis kisah hari Rabu yang diceritakan pada hari Khamis. Itulah maksud tajuk entry ini. koh koh koh

Semoga kita bertemu lagi, sekarang masa untuk berjalan-jalan singgah tempat kawan² pulak...

p/s : syukur ke hadrat Ilahi di atas kelancaran semua yang dirancangkan...('',)

Monday, July 25, 2011

LOVING MONDAY : Jiwang Sentiasa Boleh Mengubah Mood



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Saya seperti biasalah, hari Isnin merupakan hari yang dinanti. Sangat sukakan hari Isnin. Entah mengapa, dari dulu hingga kini. Isnin memberikan seribu erti kepada saya, dan saya tidak pernah menganggap hari Isnin hari tiada mood...

Mari kita saksikan nyanyian lagu Qiara Hanya Padamu. Saya nyanyi live di atas stage Coffee Village Desa Pinggiran Putra, Putrajaya pada 23 Julai 2011 Sabtu yang lepas. Lokasi Gathering Official SIC Julai 2011 gabungan SIC Serngikayani & SIC Damansara.
Sebagai urus setia dan tuan rumah, bila dah penat buat kerja tu, elok juga dapat nyanyi lepaskan lelah...('',)



Ini adalah salah sebuah lagu kegemaran saya dan merangkap lagu percintaan antara saya dan isteri. Lagu ni banyak kenangan antara saya dan dia. Semoga kasih sayang di antara kami berkekalan sehingga akhir hayat. Amin...('',)


p/s : betul....nyanyi lagu jiwang selalu boleh buat mood kita bertukar ceria!!! koh koh koh

Friday, July 22, 2011

Contest Design T-Shirt kirinselamaperak.com


kirinselamaperak.com


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Ini adalah 1 entry penyertaan contest membuat design baju untuk kirinselamaperak.com a.k.a KSP dari saya. Tengok macam best je, tu yang membuatkan saya rasa nak turut serta walaupun tahu ilmu melukis secara maya ni sangat kurang...adess...

SYARAT² PENYERTAAN

1-Design satu tshirt yang sempoi dan menarik dan tidak terlalu padat.
2-Hanya warna Putih,Kuning dan Hitam yang digalakkan kerana berdasarkan bendera negeri Perak.
3-Setelah siap design,buat satu entri khas yang bertajuk “Contest Design T-Shirt kirinselamaperak.com” untuk memberitahu bahawa yang korang join contest ini..
4-Letak header kat atas tu macam biasa dan link ke entri ini..
5-Ajak la kawan-kawan lain untuk join..
6-Setelah siap entri,tinggalkan link korang kat sini..*link yang tidak berkenaan akan dianggap sebagai SPAM*
7-Follow kalau rasa berminat.Tiada unsur paksaan..

INI ADALAH DESIGN DARI SAYA


**Sila tekan CTRL+klik untuk gambar yang lebih jelas**


TARIKH TUTUP : 27 Julai 2011 sempena Hari Lahir Abah KSP
HADIAH : Hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih..Pemenang akan menerima satu domain selama setahun dari kirinselamaperak.com
INFO LANJUT : SILA KLIK SINI CEPAT²!!!!

Ok, siap dah pun entry ni, apa lagi kawan²??? jom lah support & sama² memeriahkan contest ni...lagi ramai buat lagi bagus...rezeki masing²...belum cuba belum tahu...koh koh koh


p/s : KSP, agak² kalau awak nak bagi hadiah lebih, bagi kat saya tau!!! koh koh koh

ENTRY JUMAAT : Doa Mohon Murah Rezeki

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Hari ini sudah sampai ke hari Jumaat, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberi kesempatan untuk merasai nikmat hari² mendatang.

Seperti biasa, hari ini saya ingin berkongsikan satu doa kepada anda semua.

DOA MOHON DIMURAHKAN REZEKI



**sila tekan Ctrl+klik untuk gambar yang jelas**


Ini adalah ayat ke 26 & 27 Surah Ali Imran, ianya juga boleh diamalkan semasa berwirid selepas solat fardhu ataupun solat sunat...

Semoga dengan perkongsian saya ini kita semua dapat memanfaatkannya. Mana yang baik itu kita jadikan tauladan, yang buruk itu kita sama² jadikan sempadan...

Akhir kata, minda berseri bermula dari hati yang suci. Sekian ('',)

Thursday, July 21, 2011

Perkara Penting Buat Semua Pengguna Jalan Raya

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Bagaimana keadaan jalan raya hari ini semasa anda hendak ke destinasi masing²? Adakah tenang? Adakah padat dengan kenderaan? Bagaimana kita sebagai pemandu kereta, penunggang motosikal, ataupun pejalan kaki menangani kesesakan jalan raya?

Jawapan dari saya yang mungkin juga lebih kepada pandangan bebas.

PENUNGGANG MOTOSIKAL
- Tunggang motosikal seperti biasa, tidak laju dan tidak perlahan iaitu dengan sederhana laju.
- Peka terhadap persekitaran, membawa maksud fokus dengan apa yam ada di hadapan, tepi kiri kanan.
- Selalu terjadi di laluan/jalan yang sibuk tiba² ada saja kereta yang kurang ajar menukar laluan tanpa lihat cermin sisi ataupun memberi isyarat (signal).
- Apabila menunggang di laluan paling kiri jalan raya, pastikan tidak laju dan lihat ke hadapan jangan lalai atau leka, bahaya jika ada kenderaan yang berhenti.

PEMANDU KERETA
- Pandulah dengan cermat, tidak gopoh dalam segala tindakan.
- Sentiasa berwaspada dengan menjaga halaju dan jarak selamat kenderaan.
- sentiasa beradab sopan, bertimbang rasa terhadap pemandu lain.

PEJALAN KAKI
- Peka dengan keadaan sekeliling.
- Jika melintas jalan, sila lihat kiri, kanan, kiri biarpun jalan tersebut lengang.
- Sentiasa menggunakan laluan pejalan kaki atau jejantas menyeberang jika ada di sediakan.

Mungkin ada lagi yang boleh ditambah, jika ada anda boleh nyatakan di ruangan komen entry ini. Sambil itu, mari kita cuba buat kuiz dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini.

KLIK UNTUK KUIZ DBKL-ADAB DI JALAN RAYA


**Result yang saya terima**

Wednesday, July 20, 2011

Akhirnya, Puas Hati Tanpa ASTRO!!!

Assalamualaikum & salam harmoni buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Harap anda semua berada dalam keadaan tenang, aman dan damai sentiasa. Pertama sekali ingin saya ingatkan di sini, entry ini LANGSUNG TIDAK BERNIAT UNTUK MENGHASUT SESIAPA. Ini kerana saya telah pun menamatkan perkhidmatan ASTRO di rumah saya. Semuanya berpunca dek kenaikan bayaran sehingga mencecah RM15 mengikut pakej.



Sudah pun diwar-warkan dalam media massa mahupun media cetak berkenaan isu ini, dengan itu saya disarankan oleh isteri agar menelefon talian panas ASTRO pada 14 Julai 2011 yang lalu. Lantas saya terus bercakap dengan operator untuk mengutarakan hasrat yang terpendam.

Akhirnya, selesai juga dan saya berjaya!!! Kini saya adalah salah seorang pengguna perkhidmatan Unifi dari Telekom Malaysia. Untuk dapatkan info lanjut, anda boleh search dan buat kajian sendiri di GOOGLE ...


Saya melanggan pakej VIP 5 dengan bayaran RM149 sebulan (telefon+internet+hyppTV). Dahulu semasa melanggan ASTRO bayarannya (+-)RM100, tapi hanya untuk siaran TV. Kini, banyak kelebihannya apabila menggunakan perkhidmatan Unifi...

PILIHAN DI TANGAN ANDA ('',)

p/s : kalau search di Facebook pun dah ada fan page BOIKOT ASTRO ni...koh koh koh

Tuesday, July 19, 2011

Cubaan Update Guna Handphone

Assalamualaikum &salam malam buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Ini adalah entry khas dari saya semata-mata ingin mencuba publish entry baru menggunakan handphone cap ayam! koh3

Mungkin ini adalah entry paling ringkas yang pernah saya buat selama berblogging..Semuanya kerana ingin mencuba benda baru dan harus diingat setiap benda baru yang ingin dicuba itu
perlu difikirkan dahulu adakah ianya bagus atau sebaliknya?

p/s : kepada adik2 di luar sana, jangan sesekali cuba untuk men 'dadah' kan diri..gelap masa depan kelak...('',)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...