.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Wednesday, February 16, 2011

CPK@1 FC di Futsal Karnival WOW Putrajaya 2011

Salam pagi Rabu semua!!! Alhamdulillah hari ni saya datang kerja dalam keadaan sihat walafiat. Kalau kawan² nak tahu, kelmarin saya datang kerja sakit² sendi akibat main futsal di Karnival WOW Putrajaya 2011 pada 12 Februari 2011 Sabtu yang lalu. Tempohari hendak berjalan pun agak payah!!! Hari ini, semuanya sudah kembali seperti selalu.

Pasukan futsal pejabat saya hantar wakil untuk ambil bahagian, sama² memeriahkan acara di karnival ini. Semuanya hanyalah semata-mata untuk mencari pengalaman. Kami tiba di lokasi seawal jam 7.30 pagi di Gelanggang Futsal Mokhtar Dahari Presint 18 Putrajaya.

Pasukan kami iaitu CPK@1 FC diundi dan berada dalam Kumpulan L. Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan yang mantap² belaka! Keputusannya kami hanya dapat main dalam kumpulan. Tidak layak ke peringkat seterusnya iaitu peringkat kalah mati.

Ok, ni dia keputusan yang diperolehi pasukan futsal kami.

CPK@1 FC vs KAWIP (A) 0 – 1
CPK@1 FC vs Gold Cobra FC 3 – 1
CPK@1 FC vs KC Junior FC 1 – 1

Total = Menang (1) , Seri (1) , Kalah (1)

Walaubagaimanapun, kami tetap berpuas hati dengan keputusan ini. Ini boleh dijadikan 1 batu loncatan untuk pasukan kami pergi lebih jauh lagi selepas ini.

Mari kita ikuti gambar yang saya sediakan.


- saya memakai jersi nombor 4, jumlah score adalah sebijik semasa menentang pasukan Gold Cobra FC apabila berjaya menyudahkan hantaran daripada Razmi Drogba Sentol!!!-


- saya bergambar bersama Razmi budak Sentol a.k.a Didier Drogba Sentol!!! -


- suasana di bawah khemah rehat peserta, pasukan kami tengah lepak² sambil tunggu giliran perlawanan!!! -


- kelihatan pasukan² lain yang ambil bahagian sedang memanaskan badan!!!-



- saya lagi!! bergambar berlatarbelakangkan gelanggang futsal!!!-


- ini dia Pengurus Pasukan kami merangkap pemain juga! Kalau anda nak tahu, ni lah dia owner blog Kampung KameQ…namanya Asrul a.k.a ejuLz !!!-


- sedang kami duduk berehat di bawah khemah peserta, kami didatangi seorang pemain pasukan lain, beliau mengedarkan 1 borang penyertaan Liga Super Futsal KBS 2011. InsyaAllah kami akan hantar pasukan kami untuk menyertainya!!!-








- sekitar karnival futsal!!!-


- isteri dan anak saya pun datang bagi semangat kepada pasukan kami!!!-





- memandangkan kami sudah tidak beraksi lagi, kerana tidak layak ke peringkat seterusnya, kami pun pergi mamak, minum² sambil buat post mortem!!!-


Seterusnya kami pulang dengan penuh rasa keletihan dan kepuasan. Sangat bermakna perlawanan yang kami hadapi pada hari itu. Walaupun kami tidak memenangi hadiah utama iaitu wang tunai RM5000, namun bagi kami pengalaman lebih bererti.

Sekian dahulu coretan saya untuk entry kali ini. Semoga kita bertemu lagi. Salam ('',)

12 comments:

Dim Benihana said...

wah hebatnya, igt nk g jugak ri2,
tp keadaan xmengizinkan,

tahniah kepada pasukan Bro.

A.s.t.i.n.a said...

Bro Senim ensem, pasti op coz menanggg

YanaMIB said...

woo byk gak hadiah dorg bg eh..huhu~ pengalaman pn mahal jugak kn =)

BRO_MONDAY said...

bro dim : tengkiu²...xpe, lain kali kalo ada camni lagi, leh je yu nak datam, leh lepak minum ngan ai...koh koh koh

BRO_MONDAY said...

miss ASTINA : celassss mana yam ensem nye? kacak adalah...mai waif yam kata ai kacak...koh koh koh

BRO_MONDAY said...

miss yana MIB : dets true, pengalaman berharga dari segala nye...wang ringgit mana² pun leh carik...('',)

Budak Botak said...

he3, bestnya..

BRO_MONDAY said...

budak botak : koh koh koh memam best pun...gadis pun ramai...itu x dinafikan...adehhh~

Ujang9897 said...

gua lama tak main futsal..hehe

BRO_MONDAY said...

ujang : so, skam ni yu main apa? adeh! kalo yu nak join ai main futsal tetiap selasa malam rabu pun tarak hal...ai on je...buleh peloh² sihat kan badan...('',)

bobiedanbad said...

rajinnya bersukan..

BRO_MONDAY said...

cekgu bobie : dulu penah ada cita² nak jadi cekgu sukan...PJK...adehhh!!! saje² nak kuarkan peloh...sihat kan badan, padahal makin kurus asek besukan...koh koh koh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...