.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Showing posts with label HAL KELAB. Show all posts
Showing posts with label HAL KELAB. Show all posts

Tuesday, May 24, 2011

.:. Urusan Kebajikan Bro_Monday's Life .:.


Assalamualaikum & salam pagi Selasa buat semua kawan² serta pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Alhamdulillah malam tadi berjaya 1 aktiviti dari
Kelab Pemilik Proton Saga Iswara Malaysia a.k.a Saga Iswara Club (SIC)
No. Pendaftaran R.O.S : 2117-09-PPG
cawangan SERNGIKAYANI (Serdang+Bangi+Kajang+Putrajaya+Nilai)

Aktiviti yang bermula pada jam 9.00 malam bertempat di Dataran Masjid Putrajaya di hadiri ramai rakan² di bawah naungan SIC SERNGIKAYANI...Sungguh meriah...

Sebenarnya pagi semalam seorang sahabat memaklumkan kepada pihak pentadbiran kelab untuk membuat 1 kutipan sumbangan kilat untuk didermakan kepada waris/mangsa rumah anak yatim Al-Takwa Ulu Langat Selangor yang baru² ini ditimpa musibah tanah runtuh...


**posting dari abam bacKMarker a.k.a abam fazly di forum SIC**

Jadi secara automatiknya saya selaku Setiausaha cawangan terus buat 1 petikan untuk menjemput rakan² dalam kawasan untuk buat gathering a.k.a TT nak buat kutipan selain daripada nak melepaskan rindu dengan rakan²...terus kami buat sesi photoshoot...

TAHNIAH kepada yang hadir menjayakan aktiviti malam tadi, sumbangan yang diterima sangat dihargai, semoga kita semua beroleh keberkatan dariNya...

~InsyaAllah~

Lepas itu, aktiviti diterukan lagi dengan sesi minum² dan makan² sendiri taja di Restoran Mamak Ali Maju Presint 18...Lama dah tak lepak ramai² dan berborak sampai lebam...TERBAIK!!! ('',)

Wednesday, March 30, 2011

.:. Majlis Penghargaan Sukarelawan Islamic Relief Malaysia .:.

Assalamualaikum dan salam pagi Rabu buat semua pembaca Bro_Monday's Life,

Hmm~ baru hari ni saya ada masa free untuk update pasal tajuk kat atas tu ha...Ya, saya dah pun selesai mengikuti Majlis Penghargaan Sukarelawan Islamic Relief Malaysia (IRM) pada 26 mac 2011 Sabtu yang lalu bertempat di ARL BOWLING ALAMANDA PUTRAJAYA anjuran IRM.

Kelab Belia Saga Putrajaya (SRD) & Kelab Pemilik Proton Saga Iswara Malaysia (SIC) telah pun dijemput secara rasmi untuk turut serta dalam event terbaik ni. Selain tu, selaku penyumbang terbesar hadiah² iaitu Kelab Mutiara Putra Jaya juga turut sama memeriahkan majlis ini.

Rumah Anak² Yatim Baiduri, Dengkil turut diraikan. Ramai anak² yatim kecil yang hadir ditemani penjaga mereka.

Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia serta pelajar² Institut Profesional Baitulmal juga turut dijemput.

Memang happening lah majlis tu, kami main bowling dibelanja oleh IRM sempena mengenang jasa baik semua yang selama ini membantu dalam banyak aktiviti IRM...

Terima kasih diucapkan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM).

Di sini saya serta kan contoh antara aktiviti yang pernah saya join dengan IRM ni...kebanyakannya aktiviti kebajikan.

-
Talentstar "Segalanya Mungkin" pada 16/10/2010 di Perpustakaan Awam Shah Alam Selangor.



Ni pulak gambar kenangan bersama rakan² SRD & SIC masa sesi photoshoot!! saya yang pegang banner di perkataan Belia Saga tu...adehhh~

Ok, banyak lagi gambar aktiviti gempak ni...kalau rasa nak tengok sila lah add saya di FB cari je Bro Monday ('',)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...