.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Showing posts with label HAL PEJABAT. Show all posts
Showing posts with label HAL PEJABAT. Show all posts

Tuesday, July 12, 2011

Jerebu melanda sekitar Seri Kembangan

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Hari ini jika di lihat melalui pandangan mata kasar sekitar bangunan Sapura@Mines Seri Kembangan dan kawasan berhampiran keadaan sangat berjerebu.

Ini buktinya, gambar yang sempat saya rakam pada jam 11:45 pagi 12 Julai 2011




Namun, IPU masih dilaporkan berada di paras sederhana. Apa itu IPU?
KLIK SINI JIKA NAK TAHU.

Petikan mStar Online untuk dibaca!!!

Diharapkan kita semua agar menjaga kesihatan bersama dan kurangkan aktiviti luar buat masa ini. Diingatkan juga kepada para penunggang dan pembonceng motosikal agar memakai topeng muka bagi melindungi hidung serta mulut semasa bernafas.

p/s : saya penunggang motosikal, mana pula perginya mask yang disimpan dalam laci meja pejabat ni??? ('',)

Thursday, June 30, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA !!!

Assalamualaikum & salam harmoni buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Alhamdulillah~ rasa syukur ke hadrat Ilahi di atas kemenangan pasukan bola sepak Malaysia yang menentang pasukan bola sepak Taiwan malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2014 Brazil. Kemenangan 2-1 ini adalah bekalan untuk dibawa ke stadium pihak lawan di pusingan kedua pada 3 Julai 2011 nanti.

Saya ke stadium malam tadi bersama CPK @ KAKI BOLA group!!! Memang terbaik rakan² pejabat ini, semua gempak+havoc² belaka!!! InsyaAllah di perlawanan akan datang jika bermain di SNBJ, kami akan turun bagi sokongan lagi...Apa pun, jom kita layan gambar serba sedikit...Gambar disedut dari abam SHUK KEDAH!!!


**MENGABADIKAN KENANGAN DI TANGGA DEPAN LRT SAMBIL TUNGGU KETIBAAN RAKAN LAIN**





**SUASANA DI DALAM STADIUM DARI SUDUT PANDANGAN KAMI**



**SAYA SAMPAI MELOMPAT ATAS KERUSI MERAIKAN JARINGAN PERTAMA PASUKAN MALAYSIA**



**GENG CPK@KAKI BOLA**



MISI ROMBONGAN INI BERJAYA!!!

Wednesday, June 29, 2011

Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011

Assalamualaikum & salam sayang buat semua pengunjung serta pembaca setia Bro_Monday's Life('',)

Pagi yang sejuk di pejabat membuatkan saya rasa ingin mencoretkan sesuatu di blog ini, ditambah pula dengan kesungguhan saya untuk membuatkan blog ini bernyawa di celahan kesibukan diri...adess~ intro yang "boleh lah..." koh koh koh

Seperti yang kita semua sedia maklum, malam ini pasukan bola sepak negara kita akan menentang pasukan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ini adalah perlawanan pra-kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil.

Geng kita di Sahabat Blogger [SB] pun ramai yang turun ke stadium dan buat gathering di sana!!! Sesiapa yang berminat, sila ke page @ group [SB] di Facebook dan dapatkan maklumat di sana ataupun boleh cari Akmal Hilmi, Kirin Selama Perak II, Kyêrüll L Frêscð, Azrul Hisham, Amal Espraza, Yana Nanako



Saya akan turun ke stadium bersama member² pejabat!!! kami gelarkan kumpulan kami CPK@KAKI BOLA. CPK maknanya Cawangan Pengurusan Kompetensi.


Ini adalah bukti pembayaran yang diterima dari 11 orang yang menyertai.
Pesanan buat pasukan bola sepak Malaysia, BERJUANGLAH HABIS-HABISAN, KAMI TETAP MENYOKONG!!! MALAYSIA BOLEH!!!

Monday, May 16, 2011

.:. zip SELUAR koyak??? .:.




Assalamualaikum dan salam pagi Isnin buat semua rakan² pembaca Bro_Monday's Life ('',)

Hari ni saya pakai seluar slack lama tapi masih cantik wat pergi office...Malam tadi beriya-iya pesan kat isteri, "sayang, pagi esok tolong iron kan seluar ni tau...lama x pakai"...beliau pun iya kan je lah...macam biasa...('',)

Pagi tadi dalam jam 6.20am masa nak bersiap-siap tu, sarung je lah seluar ni...sekali tarik zip, zrappppp...sangkut² kasar!!! adehhh!!! koyak + zip x lekat antara giginya!!!

MENGGELABAH TAK TENTU HALA!!!

Isteri saya kata "wat x tau je lah...cover lah nanti dengan jaket masa kat office nanti"...

SELAMBA!!!

Sekarang ni, saya buat x tau x amek pot sangat hal ni...mujur lah x de lah nampak sangat kekoyakannya!!! Janji hari ni hari Isnin saya happy di hari kegemaran saya!!!

koh koh koh

CHILL~ SMILE~ awet muda....jumpa lagi nanti ok!!! koh koh koh

Thursday, April 28, 2011

.:. CPK Splash 2011 .:.

Assalamualaikum & salam hormat buat pembaca bro_monday's life ('',)

Akhirnya saya berjaya juga keluarkan entry ini...setelah lama mencari masa yang sesuai...Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Nya untuk sama² share saat gembira bersama semua...

Pada 23 April 2011 tempohari, bertempat di Desa Water Park Kuala Lumpur telah pun diadakan Family Day pejabat saya. Kali ini ianya diberi nama CPK Splash 2011...CPK tu apa? CPK tu bermaksud Cawangan Pengurusan Kompetensi...

Sangat TERBAIK...itu yang dapat saya katakan setakat ini, barisan AJK dan U/Setia sangat gempak...termasuk lah saya, saya jadi AJK KESELAMATAN...mujur semua dalam keadaan terkawal dan tiada berlaku sebarang perkara tidak diingini...

Entry kali ini banyak gambar, tapi tak ada lah banyak sangat, dah pilih serba sedikit je dari album...tak nak lah penuh gambar dari bercerita...apa pun jom kita sakkkkkk ssiiiii kan...('',)

**gambar ihsan dari kamera power**
Encik Mazlan (my boss) & Shairazi (my officemate)



- ni lah tempatnya !!! -



- family saya !!! -



- dengan Adham geng hijau jugak !!! -



- jadi budak², boss pun sama je main jugak pelampung kongsi ni !!! -



- antara game yang dibuat !!! -



- saya suka gelakkan orang lain !!! -



- antara penyokong setia, ramai lagi sebenarnya !!! -


Ok, cukup itu saja gambar yang mampu dikongsikan, banyak lagi yang ada, dalam FB pun saya tak masukkan lagi...adehhh~ Tapi dalam kegembiraan yang dilalui pada hari itu, masih lagi teringat kat kawan² yang tak dapat bersama...mereka ada urusan yang lebih penting...mungkin lain kali dapat bersama...('',)

Salah seorang yang tak dapat hadir, ASROL a.k.a ejuLz KAMPUNG KAMEQ...koh koh koh beliau ada exam U katanya...

Apapun, kita enjoy!!!! Jumpa lagi ye...Thanks sudi belek² baca sampai bawah ni...

Monday, April 18, 2011

.:. BERKURSUS DI KOMPLEKS C1 PUTRAJAYA .:.

Assalamualaikum dan salam pagi Isnin buat semua pembaca setia Bro_Monday's Life...

Today is my favourite day! Yes... i love Monday!

Pagi ini saya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam..kena cukupkan kursus 7 hari dalam setahun...

Kursus saya hadiri ni cuma 1 hari je..mujur x lama! Harap2 ilmu yang diperoleh hari ni berguna di masa akan datang..insyaAllah..

Baiklah, jari pun dah lengoh taip entry..maklumlah online blog via handphone cap ayam je..koh3

Semoga kita berjumpa lagi di lain masa...wassalam...

Thursday, April 14, 2011

.:. PROSES SETERUSNYA .:.

Assalamualaikum dan salam pagi buat semua pembaca Bro_Monday's Life ('',)

Alhamdulillah selamat sampai pejabat pagi ni jam 7:14am punch card !!! Rasa macam dah lali dan terbiasa datang awal...Sejuk pagi ni masa bawa motor! Cuaca nampak cerah, matahari muncul awal daripada biasa...Nikmat dari Yang Maha Kaya...

Minggu ni saya sangat² sibuk...

Isnin buat persiapan dan jentik mula Liga Karom Tertutup Cawangan Pengurusan Kompetensi (CPK) 2011...

Selasa & Rabu menjalankan tugas sebagai pengawas peperiksaan di Dewan MAEPS MARDI Serdang. Syukur, dapat lah buat tuntutan RM60 bagi kedua-dua hari tersebut...

Khamis...hari ini insyaAllah ada sedikit masa terluang berada di meja dan mengadap PC sambil disulami kerja update butiran peperiksaan...bos baru bagi job ni 2 hari yang lalu...

Semalam balik dari mengawas peperiksaan, saya bersama rakan² pergi ke kedai sukan yang disebut kat entry yang sebelum ni...kami pergi collect piala yang ditempah...sudah siap...dan sudah ada dalam genggaman...terbaik!!!



Saya dan partner rasa tidak sabar untuk menjadi owner kepada piala pusingan Johan!!! InsyaAllah boleh dapat memandangkan pair² yang lain pun sama hebat sama handal!!!

Doakan kejayaan kami ok!!!('',)

Tuesday, April 12, 2011

.:. Semenjak Dua Menjak .:.

Assalamualaikum dan salam pagi yang sejuk buat semua pembaca Bro_Monday's Life ('',)

Pagi ini macam biasa, sampai je terus kemas² meja pejabat...(meja sendiri)...Pakai gel untuk rambut, kasi nampak "market" sikit...Lepas ni nak turun minum di cafe aras 1 ngan kawan²...Maklumlah, cafe aras G dah bungkus...tutup...mujur lah tempohari Bro Dim datang sini, boleh lagi nak lepak cafe tu...sekarang dah tinggal kenangan...Tutup atas sebab apa, itu saya pun tak pasti...

Betul...semenjak dua tiga menjak ni, saya sangat sibuk di pejabat. Selaku AJK SUKAN pejabat bagi season 2010/2011, kami AJK² sibuk menguruskan 1 kejohanan Liga Karom Tertutup CPK 2011. Tengahari semalam runner pergi Sri Serdang. Pergi tempah piala di kedai sukan barisan Jabatan Pendaftaran Negara...

Semoga saya tabah mengharungi segala cubaan dari Yang Maha Esa....amin....('',)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...