Bro_Monday's Life('',)
Malam ini akan berlangsung perlawanan bola sepak pusingan kedua kelayakan Olimpik 2012 di antara pasukan Malaysia menentang Lubnan di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Sepak mula dijadualkan pada jam 8.45 malam dan akan disiarkan secara langsung melalui siaran ASTRO ARENA (801).

Semoga skuad bimbingan jurulatih Ong Kim Swee memenangi perlawanan pada malam ini setelah berjaya mengikat seri 0-0 semasa bertandang di tempat lawan pada 19 Jun 2011 yang lalu.
p/s : sayang sekali saya tidak dapat menyaksikan perlawanan ini secara live di stadium mahupun di kaca televisyen kerana saya ada mesyuarat kelab di Putrajaya pada malam ini. Apapun saya doakan kita beroleh kejayaan, insyaAllah~MALAYSIA BOLEH!!!