Salam pagi Jumaat yang bahagia buat semua pembaca blog “bromondayslife” yang dicintai!!!
Hope anda semua seronok pagi ini dan ceria sepanjang hari…(‘’,)
Tajuk macam gempak, kan? Memang pun…adeh~ lepas ni saya sudah tidak perlu nak risau²
bila nak
online!!! Anda nak tahu kenapa? Ok, macam ni ceritanya, Sabtu yang lalu petang sesudah saya ada
tournament futsal di Presint 18 Putrajaya di paginya, saya bawa
family jalan² di The Mines Shopping Fair…Kami ke sana sekadar nak cuci mata je sebenarnya..koh koh koh
Dalam tengah jalan² tu dekat tingkat atas sekali
area handphone, saya terpandang satu kedai
agent Streamyx .
Mari ikuti perbualan ringkas kami berdua,
abang kacak : “wow!!! menarik ni…”
isteri kesayangan : “ada apa abang???” dalam nada terkejut juga sama seperti saya…
Saya pun meneruskan kata² lagi…
abang kacak : ”sayang nampak tak apa yang abang nampak?”
isteri kesayangan : “arah jam berapa?” terpinga-pinga seperti sesat di jalan lurus…
abang kacak : “jam 12, jam 12!!!” kata saya dengan begitu pasti seperti askar yang sedang dalam proses nak buat
ambush…
isteri kesayangan : “cantik!!! ini sudah bagus…seperti dalam mimpi malam tadi…” sambung beliau…
abang kacak : “ayuh kita gerak sekarang juga ke kedai tersebut…”
isteri kesayangan : “mari serbu…” secara bersungguh-sungguh…
dalam hati saya seraya berkata, “entah apa² lah isteriku ini…layan kan saje lah…”
*dialog di atas telah ditokok tambah atas alasan mahu menyeronokkan hati…Scha Al Aiman tiada dialog khas kerana beliau masih belum boleh berkata-kata…
Terus kami ke kedai yang dimaksudkan itu, ada pekerja lelaki berbangsa Cina sedang berborak-borak dengan rakannya dalam bahasa yang mustahil untuk saya fahami ertinya.
Dipendekkan cerita, sila lihat gambar yang saya sediakan. (‘’,)

*pekerja kedai itu sedang mengisi borang pendaftaran…*

*pamphlet Streamyx…*

*benda lama yang sudah di potong buat masa ini kerana saya lambat bayar bil..koh koh koh*Jadi, selamat tinggal kepada Maxis Broadband a.k.a
meksis brokbeng!!!
Selamat datang diucapkan kepada Streamyx pakej 1mbs RM110/bulan guna sampai lebam!!!
Sekian dahulu
entry terbaik dari saya untuk pagi ini…Salam…