Hmm~ baru hari ni saya ada masa free untuk update pasal tajuk kat atas tu ha...Ya, saya dah pun selesai mengikuti Majlis Penghargaan Sukarelawan Islamic Relief Malaysia (IRM) pada 26 mac 2011 Sabtu yang lalu bertempat di ARL BOWLING ALAMANDA PUTRAJAYA anjuran IRM.
Kelab Belia Saga Putrajaya (SRD) & Kelab Pemilik Proton Saga Iswara Malaysia (SIC) telah pun dijemput secara rasmi untuk turut serta dalam event terbaik ni. Selain tu, selaku penyumbang terbesar hadiah² iaitu Kelab Mutiara Putra Jaya juga turut sama memeriahkan majlis ini.
Rumah Anak² Yatim Baiduri, Dengkil turut diraikan. Ramai anak² yatim kecil yang hadir ditemani penjaga mereka.
Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia serta pelajar² Institut Profesional Baitulmal juga turut dijemput.
Memang happening lah majlis tu, kami main bowling dibelanja oleh IRM sempena mengenang jasa baik semua yang selama ini membantu dalam banyak aktiviti IRM...
Terima kasih diucapkan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM).
Di sini saya serta kan contoh antara aktiviti yang pernah saya join dengan IRM ni...kebanyakannya aktiviti kebajikan.
-

Talentstar "Segalanya Mungkin" pada 16/10/2010 di Perpustakaan Awam Shah Alam Selangor.

Ni pulak gambar kenangan bersama rakan² SRD & SIC masa sesi photoshoot!! saya yang pegang banner di perkataan Belia Saga tu...adehhh~
Ok, banyak lagi gambar aktiviti gempak ni...kalau rasa nak tengok sila lah add saya di FB cari je Bro Monday ('',)