.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Friday, May 6, 2011

.:. IBU oh IBU .:.




Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Hari ni pergi masjid untuk Solat Jumaat tumpang kereta rakan sepejabat, kami pergi masjid pekan Sungai Besi. Pergi beramai-ramai selepas main kerom sepapan dua dulu, koh koh koh...

Tepat jam 1.00 tengahari kami sudah berada di perkarangan masjid. Jarak dari pejabat pun takde lah jauh mana pun, dari Bangunan Sapura@Mines ni, hanya perlu U-turn dan bayar tol BESRAYA RM1.30 terus sampai pekan Sungai Besi.

Khutbah tadi berkisarkan tentang Hari Ibu..Rasa sebak dan terharu bila mengenangkan ibu.

Panggilan saya kepada ibu ialah "ma"...
Beliau seorang ibu tunggal sejak tahun 2001 setelah abah meninggal akibat sakit barah otak...beliau berseorangan sambung menjaga, mendidik, membesarkan kami adik-beradik...Sungguh besar pengorbanan beliau sebagai "ma" kami...
Kini beliau masih lagi sihat walafiat dan tinggal di Sungai Besi bersama adik perempuan saya yang masih bersekolah di Tahun 6...

Banyak lagi kenangan jika nak diingatkan kembali...
Betapa tabahnya hati beliau dan menahan sikap saya yang nakal suatu masa dahulu.

Kini, dalam diri saya mempunyai 3 orang "IBU"...
ma saya, ummi mertua saya & bonda kepada anak saya...

Isteri saya yang dikasihi juga seorang ibu, cuma gelarannya agak berbeza dipanggil "bonda" oleh Scha dan saya sendiri...

Tak kira lah apa pun panggilan yang ada, ibu atau ma atau bonda atau ummi atau mama atau mummy...bagi saya, pengorbanan mereka wajib kita ingati...agar berkat kehidupan kita di sisiNya...insyaAllah..

"SELAMAT HARI IBU"



*kenangan kami anak beranak makan satay Kajang tempohari bersama ma dan adik saya*

11 comments:

Puan Saira Azura said...

SY JUGA IBU...NK BUAT ENTRI PSL IBU JUGAKLAH..

SILA BC MY NEW ENTRY..

peep said...

sate kajang kalo nk plg sedap try kat soho bang.. sedap lagi dr samuri.. :)

Encik Suami said...

IBU..IBU..ENGKAULAH..RATU HATIKU.
BILA...KU BERDUKA, ENGKAU HIBURKAN SELALU.
IBU..IBU..ENGKAULAH....
RATU HATIKU.

Tasha said...

selamat hari ibu pada semua ibu-ibu di seluruh dunia...... hurm..... bro, sempat gak ni bergenang air mata. sedih tau!!!

BRO_MONDAY said...

zura : ('',)
peep : ye ke? ok note!!! koh koh koh
bro sichan : lagu dari dulu lagi ni...
miss tasha : kan? sedih je bila ingat balik jasa ibu kite...

QasehTercipta said...

selamat hari ibu buat ibu kamu yea... tabah sungguh dia menjadi ibu tunggal... semoga beliau sentiasa di bawah lindungan Allah SWT

Meera said...

Dh lame tak makan sate kajang. Nyum2.. Sedapnya satay ikan.....

Dim Benihana said...

bro...haha sj je nyibuk

-fizA- said...

satay kajang~~ makin lapar lak rasa nih..

btw, Selamat Hari IBU semua!

BRO_MONDAY said...

sis pieja : tengkiu ('',) amin...
meera : sedap woo....koh koh koh
bro dim : adehhh~ baru skam dapat hadap blog...sibuk jaga exam lah minggu ni bro...
fiza waif jang : selamat hari ibu jugak untuk yu...('',)

Ultra Fulus said...

Salam bloggerwan..minta izin kongsi info ni..

kwn sy pn pernah hidap kanser tahap 4..tahap yg boleh membawa maut..puncanya dari Resdung..

kini alhamdulillah selepas amik supplement TF 4Life..dia sihat..supplement ni trbukti hapuskn 97% sel kanser..

brbanding kimoterapi yg hanya membunuh 88% sel kanser..tapi jg mmbunuh sel2 lain yg mmbuat bdn kita lemah dan rambut gugur..

Maaf kpd pembaca..sy sekadar ingin kongsikan info ni..harap terima dan memahami.

Terima Kasih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...