.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Wednesday, December 7, 2011

EKSPERIMEN Bro_Monday

Assalamualaikum & salam rindu buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Motif entry ini dikeluarkan adalah sekadar untuk melepaskan sedikit rindu terhadap blog ini.

Sudah sekian lama tidak singgah ke mari, hari ini dan pagi ini saya berkesempatan untuk mencoret sedikit di sini. Kebanyakan blogger jika lama tidak menyentuh blognya tentu akan berkata begini, "adesss...lama sungguh tidak masuk habis bersawang!!!"..koh koh koh ternyata ianya betul, lihatlah di bawah ini, bersawang!



Apa pun ini sekadar pembuka bicara, akibat kekangan masa membuatkan saya agak susah sikit untuk singgah ke blog ini dan juga datang melawat ke blog rakan-rakan. InsyaAllah, bila semuanya selesai saya akan kembali lagi.

Sehingga kita berjumpa lagi, terima kasih kerana membaca coretan ini.

Sekian, wassalam...('',)

Tuesday, September 6, 2011

Piala Malaysia 2011 kini bermula...

Assalamualaikum & salam sukan buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Malam ini 6 September 2011 akan bermulanya perlawanan peringkat kumpulan bagi Piala Malaysia 2011. Juara tahun lalu (2010) adalah Kelantan dan naib juara Negeri Sembilan.

KLIK SINI UNTUK INFO LANJUT TENTANG PIALA MALAYSIA



JADUAL LENGKAP PIALA MALAYSIA 2011

6 SEPTEMBER 2011
BERIKUT merupakan jadual perlawanan Piala Malaysia 2011 Selasa:

Johor lawan Kedah
(Stadium Tan Sri Hassan Yunos, 8.45 malam)

Sabah lawan Perak
(Stadium Likas, 8.15 malam)

Sime Darby lawan Terengganu
(Stadium Selayang, 8.45 malam)

PKNS lawan Negeri Sembilan
(Stadium MBPJ, Kelana Jaya, 8.45 malam)

Sarawak lawan Kelantan
(Stadium Sarawak, Kuching, 4.15 petang)
Makluman Sarawak vs Kelantan berlangsung pada Jam 8.15 malam ini dan bukan 4.15 petang ( perubahan saat akhir )
----sumber : Kelantan Fan Club Facebook----

Johor FC lawan Felda United
(Stadium JCORP, Pasir Gudang, 8.45 malam)

T-Team lawan Selangor
(Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, 8.45 malam)

PDRM lawan Kuala Lumpur
(Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 8.45 malam)

10 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Sabah | Perak vs Johor
KUMP B -> Terengganu vs PKNS | N.Sembilan vs Sime Darby
KUMP C -> Kelantan vs Felda Utd | Johor FC vs Sarawak
KUMP D -> Selangor vs K.Lumpur | T-Team vs PDRM

13 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Perak vs Kedah | Johor vs Sabah
KUMP B -> N.Sembilan vs Terengganu | Sime Darby vs PKNS
KUMP C -> Johor FC vs Kelantan | Sarawak vs Felda Utd
KUMP D -> T-Team vs Selangor | PDRM vs K.Lumpur

17 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Johor | Perak vs Sabah
KUMP B -> Terengganu vs Sime Darby | N.Sembilan vs PKNS
KUMP C -> Kelantan vs Sarawak | Johor FC vs Felda
KUMP D -> Selangor vs PDRM | T-Team vs K.Lumpur

24 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Sabah vs Kedah | Johor vs Perak
KUMP B -> PKNS vs Terengganu | Sime Darby vs N.Sembilan
KUMP C -> Felda Utd vs Kelantan | Sarawak vs Johor FC
KUMP D -> K.Lumpur vs Selangor | PDRM vs T-Team

27 SEPTEMBER 2011
KUMP A -> Kedah vs Perak | Sabah vs Johor
KUMP B -> Terengganu vs N.Sembilan | PKNS vs Sime Darby
KUMP C -> Kelantan vs Johor FC | Felda Utd vs Sarawak
KUMP D -> Selangor vs T-Team | K.Lumpur vs PDRM

*Perlawanan dipinda jika ada pertembungan venue*

SUKU AKHIR PIALA MALAYSIA (4 OKTOBER 2011 & 8 OKTOBER 2011)
1 – D2 vs A1, A1 vs D2
2 – C2 vs B1, B1 vs C2
3 – B2 vs C1, C1 vs B2
4 – A2 vs D1, D1 vs A2

SEPARUH AKHIR (14 OKTOBER 2011 & 22 OKTOBER 2011)
5 – Pemenang 1 vs Pemenang 3, Pemenang 3 vs Pemenang 1
6 – Pemenang 2 vs Pemenang 4, Pemenang 4 vs Pemenang 2

PERLAWANAN AKHIR PIALA MALAYSIA (29 OKTOBER 2011)
Pemenang 5 vs Pemenang 6

KREDIT TO : http://sukakereta.blogspot.com

Marilah kita semua memeriahkan sukan bola sepak negara kita dengan menyokong pasukan kegemaran masing²!!! ('',)

SALAM SAYANG PENGHULUR BICARA

Assalamualaikum & salam hormat buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Setelah sebulan kita tidak bersua di alam blog ni, rasa rindu pun mula mencuit perasaan. Betul, sepanjang bulan Ogos 2011 langsung tiada 1 pun entry daripada saya. Ini kerana saya sengaja untuk tidak mencoret apa² di bulan tersebut. Ramai yang bertanya kenapa, saya hanya tersenyum dan tidak cakap apa². Kenapa ntah...adesss!

Ramai yang meneka, adakah kerana ulangtahun kelahiran saya pada 29 Ogos? Mungkin juga...koh koh koh



Dengan ini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SALAM LEBARAN MINAL AIDIL WAL FAIZIN buat semua...('',)

p/s : jika anda nak tengok album gambar raya aidilfitri saya, sila ke akaun Facebook tau!!! koh koh koh

Thursday, July 28, 2011

Rabu punya cerita, Khamis dapat nama..

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Biasa kita dengar pepatah Melayu, "lembu punya susu, sapi dapat nama" maksudnya orang lain bersusah-payah tetapi orang lain yang dapat untungnya.

Tapi tidak begitu apa yang nak saya sampaikan di entry ini, ianya sekadar simbolik sahaja. Sebenarnya saya nak bagitahu semalam punya cerita, saya apply cuti sehari untuk menyelesaikan urusan permohonan pinjaman perumahan kerajaan. Banyak perkara perlu diselesaikan sehinggalah permohonan berjaya dihantar di kaunter pusat Bahagian Pinjaman Perumahan Putrajaya (BPP).



Tengahari Rabu semalam selesai sahaja urusan di BPP, terus saya ke bengkel kereta untuk membaiki kerosakan pada bearing roda hadapan. Poket koyak lah jawabnya, tapi tidak mengapa, benda penting memang kena dahulukan...



Haaa...sekarang habis kisah hari Rabu yang diceritakan pada hari Khamis. Itulah maksud tajuk entry ini. koh koh koh

Semoga kita bertemu lagi, sekarang masa untuk berjalan-jalan singgah tempat kawan² pulak...

p/s : syukur ke hadrat Ilahi di atas kelancaran semua yang dirancangkan...('',)

Monday, July 25, 2011

LOVING MONDAY : Jiwang Sentiasa Boleh Mengubah Mood



Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Saya seperti biasalah, hari Isnin merupakan hari yang dinanti. Sangat sukakan hari Isnin. Entah mengapa, dari dulu hingga kini. Isnin memberikan seribu erti kepada saya, dan saya tidak pernah menganggap hari Isnin hari tiada mood...

Mari kita saksikan nyanyian lagu Qiara Hanya Padamu. Saya nyanyi live di atas stage Coffee Village Desa Pinggiran Putra, Putrajaya pada 23 Julai 2011 Sabtu yang lepas. Lokasi Gathering Official SIC Julai 2011 gabungan SIC Serngikayani & SIC Damansara.
Sebagai urus setia dan tuan rumah, bila dah penat buat kerja tu, elok juga dapat nyanyi lepaskan lelah...('',)



Ini adalah salah sebuah lagu kegemaran saya dan merangkap lagu percintaan antara saya dan isteri. Lagu ni banyak kenangan antara saya dan dia. Semoga kasih sayang di antara kami berkekalan sehingga akhir hayat. Amin...('',)


p/s : betul....nyanyi lagu jiwang selalu boleh buat mood kita bertukar ceria!!! koh koh koh

Friday, July 22, 2011

Contest Design T-Shirt kirinselamaperak.com


kirinselamaperak.com


Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Ini adalah 1 entry penyertaan contest membuat design baju untuk kirinselamaperak.com a.k.a KSP dari saya. Tengok macam best je, tu yang membuatkan saya rasa nak turut serta walaupun tahu ilmu melukis secara maya ni sangat kurang...adess...

SYARAT² PENYERTAAN

1-Design satu tshirt yang sempoi dan menarik dan tidak terlalu padat.
2-Hanya warna Putih,Kuning dan Hitam yang digalakkan kerana berdasarkan bendera negeri Perak.
3-Setelah siap design,buat satu entri khas yang bertajuk “Contest Design T-Shirt kirinselamaperak.com” untuk memberitahu bahawa yang korang join contest ini..
4-Letak header kat atas tu macam biasa dan link ke entri ini..
5-Ajak la kawan-kawan lain untuk join..
6-Setelah siap entri,tinggalkan link korang kat sini..*link yang tidak berkenaan akan dianggap sebagai SPAM*
7-Follow kalau rasa berminat.Tiada unsur paksaan..

INI ADALAH DESIGN DARI SAYA


**Sila tekan CTRL+klik untuk gambar yang lebih jelas**


TARIKH TUTUP : 27 Julai 2011 sempena Hari Lahir Abah KSP
HADIAH : Hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih..Pemenang akan menerima satu domain selama setahun dari kirinselamaperak.com
INFO LANJUT : SILA KLIK SINI CEPAT²!!!!

Ok, siap dah pun entry ni, apa lagi kawan²??? jom lah support & sama² memeriahkan contest ni...lagi ramai buat lagi bagus...rezeki masing²...belum cuba belum tahu...koh koh koh


p/s : KSP, agak² kalau awak nak bagi hadiah lebih, bagi kat saya tau!!! koh koh koh

ENTRY JUMAAT : Doa Mohon Murah Rezeki

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Hari ini sudah sampai ke hari Jumaat, Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana kita diberi kesempatan untuk merasai nikmat hari² mendatang.

Seperti biasa, hari ini saya ingin berkongsikan satu doa kepada anda semua.

DOA MOHON DIMURAHKAN REZEKI



**sila tekan Ctrl+klik untuk gambar yang jelas**


Ini adalah ayat ke 26 & 27 Surah Ali Imran, ianya juga boleh diamalkan semasa berwirid selepas solat fardhu ataupun solat sunat...

Semoga dengan perkongsian saya ini kita semua dapat memanfaatkannya. Mana yang baik itu kita jadikan tauladan, yang buruk itu kita sama² jadikan sempadan...

Akhir kata, minda berseri bermula dari hati yang suci. Sekian ('',)

Thursday, July 21, 2011

Perkara Penting Buat Semua Pengguna Jalan Raya

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Bagaimana keadaan jalan raya hari ini semasa anda hendak ke destinasi masing²? Adakah tenang? Adakah padat dengan kenderaan? Bagaimana kita sebagai pemandu kereta, penunggang motosikal, ataupun pejalan kaki menangani kesesakan jalan raya?

Jawapan dari saya yang mungkin juga lebih kepada pandangan bebas.

PENUNGGANG MOTOSIKAL
- Tunggang motosikal seperti biasa, tidak laju dan tidak perlahan iaitu dengan sederhana laju.
- Peka terhadap persekitaran, membawa maksud fokus dengan apa yam ada di hadapan, tepi kiri kanan.
- Selalu terjadi di laluan/jalan yang sibuk tiba² ada saja kereta yang kurang ajar menukar laluan tanpa lihat cermin sisi ataupun memberi isyarat (signal).
- Apabila menunggang di laluan paling kiri jalan raya, pastikan tidak laju dan lihat ke hadapan jangan lalai atau leka, bahaya jika ada kenderaan yang berhenti.

PEMANDU KERETA
- Pandulah dengan cermat, tidak gopoh dalam segala tindakan.
- Sentiasa berwaspada dengan menjaga halaju dan jarak selamat kenderaan.
- sentiasa beradab sopan, bertimbang rasa terhadap pemandu lain.

PEJALAN KAKI
- Peka dengan keadaan sekeliling.
- Jika melintas jalan, sila lihat kiri, kanan, kiri biarpun jalan tersebut lengang.
- Sentiasa menggunakan laluan pejalan kaki atau jejantas menyeberang jika ada di sediakan.

Mungkin ada lagi yang boleh ditambah, jika ada anda boleh nyatakan di ruangan komen entry ini. Sambil itu, mari kita cuba buat kuiz dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ini.

KLIK UNTUK KUIZ DBKL-ADAB DI JALAN RAYA


**Result yang saya terima**

Wednesday, July 20, 2011

Akhirnya, Puas Hati Tanpa ASTRO!!!

Assalamualaikum & salam harmoni buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Harap anda semua berada dalam keadaan tenang, aman dan damai sentiasa. Pertama sekali ingin saya ingatkan di sini, entry ini LANGSUNG TIDAK BERNIAT UNTUK MENGHASUT SESIAPA. Ini kerana saya telah pun menamatkan perkhidmatan ASTRO di rumah saya. Semuanya berpunca dek kenaikan bayaran sehingga mencecah RM15 mengikut pakej.



Sudah pun diwar-warkan dalam media massa mahupun media cetak berkenaan isu ini, dengan itu saya disarankan oleh isteri agar menelefon talian panas ASTRO pada 14 Julai 2011 yang lalu. Lantas saya terus bercakap dengan operator untuk mengutarakan hasrat yang terpendam.

Akhirnya, selesai juga dan saya berjaya!!! Kini saya adalah salah seorang pengguna perkhidmatan Unifi dari Telekom Malaysia. Untuk dapatkan info lanjut, anda boleh search dan buat kajian sendiri di GOOGLE ...


Saya melanggan pakej VIP 5 dengan bayaran RM149 sebulan (telefon+internet+hyppTV). Dahulu semasa melanggan ASTRO bayarannya (+-)RM100, tapi hanya untuk siaran TV. Kini, banyak kelebihannya apabila menggunakan perkhidmatan Unifi...

PILIHAN DI TANGAN ANDA ('',)

p/s : kalau search di Facebook pun dah ada fan page BOIKOT ASTRO ni...koh koh koh

Tuesday, July 19, 2011

Cubaan Update Guna Handphone

Assalamualaikum &salam malam buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Ini adalah entry khas dari saya semata-mata ingin mencuba publish entry baru menggunakan handphone cap ayam! koh3

Mungkin ini adalah entry paling ringkas yang pernah saya buat selama berblogging..Semuanya kerana ingin mencuba benda baru dan harus diingat setiap benda baru yang ingin dicuba itu
perlu difikirkan dahulu adakah ianya bagus atau sebaliknya?

p/s : kepada adik2 di luar sana, jangan sesekali cuba untuk men 'dadah' kan diri..gelap masa depan kelak...('',)

Promosi Blog Kawan Baik

Assalamualaikum & salam sayang buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Pertama sekali ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang tidak pernah jemu untuk singgah ke sini. Saya amat terharu, jika tidak keberatan, komenlah sepam dua, insyaAllah saya akan kembali menerjah blog anda...
koh koh koh

Hari ini saya mahu ambil kesempatan untuk mempromosikan sebuah blog yang agak baru. Baru-baru macamanapun, bagi saya beliau sangat pro dalam IT...Ini kerana sebelum ini saya pernah minta bantuan teknikal berkenaan komputer dekat beliau dan beliau tanpa banyak cakap terus membantu...('',)



ALONG JINOLA PUNYA BLOG


Begitulah hidup berkawan, jika susah kita sama-sama membantu, barulah harmoni dan bahagia selalu...Apa pun, mari kita terjah blog tersebut!!!

p/s : KLIK SINI UNTUK LIKE FAN PAGE BRO_MONDAY's LIFE ('',)

Monday, July 18, 2011

Tips Ringkas Mengharungi Hari Isnin

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

TIP MUDAH UNTUK HARI INI

Ramai yang selalu berkata, hari Isnin mood tentu tidak bagus, maklumlah selepas 2 hari bercuti (Sabtu & Ahad). Di sini saya ada 1 tips ringkas dan mudah untuk dicuba. Anda save image ini, dan letakkan sebagai wallpaper untuk desktop PC anda di pejabat mahupun di mana jua. Nak jadikan wallpaper di handphone pun boleh. Tidak salah mencuba, mana tahu menjadi. koh koh koh



Akhir kata buat masa ini, semoga sepanjang hari ini anda semua berada dalam keadaan tenang dan harmoni dalam melaksankan tugas...('',)

Tuesday, July 12, 2011

Jerebu melanda sekitar Seri Kembangan

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Hari ini jika di lihat melalui pandangan mata kasar sekitar bangunan Sapura@Mines Seri Kembangan dan kawasan berhampiran keadaan sangat berjerebu.

Ini buktinya, gambar yang sempat saya rakam pada jam 11:45 pagi 12 Julai 2011




Namun, IPU masih dilaporkan berada di paras sederhana. Apa itu IPU?
KLIK SINI JIKA NAK TAHU.

Petikan mStar Online untuk dibaca!!!

Diharapkan kita semua agar menjaga kesihatan bersama dan kurangkan aktiviti luar buat masa ini. Diingatkan juga kepada para penunggang dan pembonceng motosikal agar memakai topeng muka bagi melindungi hidung serta mulut semasa bernafas.

p/s : saya penunggang motosikal, mana pula perginya mask yang disimpan dalam laci meja pejabat ni??? ('',)

Monday, July 11, 2011

MONDAY's LOVE

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Hari ini hari Isnin, di awal pagi mood saya agak tenang, lalu saya membelek-belek inbox Gmail dan buka satu persatu pesanan yang diterima. Kebanyakannya notification Facebook lah!!! adesss...



Lantas saya tertarik dengan sebuah video clip yang di share oleh rakan saya kepada teman lelakinya...Ini lah video yang saya maksudkan,



Lagu KIMIA nyanyian Melda Ahmad

Bak kata Kumpulan Jambu Maharaja Lawak,
"Buleh tuju lagu? Buleh....Silakan...Saya nak tujukan lagu ni buat isteri yang tercinta yang sedang bertungkus-lumus kerja di pejabat...semoga hari ini dan hari² lain indah sentiasa...koh koh koh"

Sekian dahulu coretan saya buat masa ini, saya doakan kepada semua semoga hari ini hari Isnin membawa keceriaan berpanjangan...('',)...

Tuesday, July 5, 2011

Bro_Monday's Life Berwajah Baru

Assalamualaikum & salam sayang buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Pagi ini talian internet di pejabat agak clear dan laju, jadi saya dengan pantas menyambar peluang yang ada untuk mengubahsuai sedikit blog ini agar nampak elegan dan luarbiasa dari sebelum ini.



Jika anda ada pandangan atau komen, sila lontarkan bagi tujuan penambahbaikan. Saya sangat berharap dan amat menghargai jasa baik anda semua...

Sekian dahulu dari meja pengarang...koh koh koh

Friday, July 1, 2011

TIPS menghantar komen di Facebook

Assalamualaikum & salam sejahtera buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Hari ini saya dengan rela hati untuk memberi satu tips ataupun cara mudah semasa memberi komen di status Facebook.

Mungkin cara ini ramai yang sudah tahu, bagi yang masih tidak tahu lagi, ini adalah tips yang sangat berguna untuk anda. Mudah sahaja, sila lihat gambar yang saya sediakan di bawah ini.


**sila klik kanan tetikus dan open new tab untuk gambar yang lebih jelas**

Biasanya semasa kita selesai taip komen di status, kita tekan Enter automatik komen itu akan dihantar. Betul tak? Cuba dahulu baru tahu.

Baiklah, jika anda mahu buat senarai nama berbilangan dari 1. 2. 3. dan seterusnya ke bawah tentu anda menghadapi kesulitan,kan? Saya mahu beri tips yang mudah berkenaan ini.

Anda boleh tekan Shift + Enter untuk menaip di ruangan komen tanpa menghantar komen tersebut terlebih dahulu. Cuba buat sekarang di komputer anda. Pasti menjadi.


Harus diingat, tips ini hanya sesuai apabila anda menaip ataupun melayari Facebook di komputer menggunakan papan kekunci (keyboard). Ianya tidak terpakai apabila anda menaip komen semasa melayari Facebook melalui handphone kerana kebanyakan handphone sudah pun ada button untuk Enter ke bawah di nombor 0 (kosong).

Sekian dahulu tips ringkas dari saya, harap dapat membantu anda di waktu kesulitan. Selamat maju jaya dan selamat melayari internet!!! koh koh koh('',)

Thursday, June 30, 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA !!!

Assalamualaikum & salam harmoni buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Alhamdulillah~ rasa syukur ke hadrat Ilahi di atas kemenangan pasukan bola sepak Malaysia yang menentang pasukan bola sepak Taiwan malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi perlawanan kelayakkan Piala Dunia 2014 Brazil. Kemenangan 2-1 ini adalah bekalan untuk dibawa ke stadium pihak lawan di pusingan kedua pada 3 Julai 2011 nanti.

Saya ke stadium malam tadi bersama CPK @ KAKI BOLA group!!! Memang terbaik rakan² pejabat ini, semua gempak+havoc² belaka!!! InsyaAllah di perlawanan akan datang jika bermain di SNBJ, kami akan turun bagi sokongan lagi...Apa pun, jom kita layan gambar serba sedikit...Gambar disedut dari abam SHUK KEDAH!!!


**MENGABADIKAN KENANGAN DI TANGGA DEPAN LRT SAMBIL TUNGGU KETIBAAN RAKAN LAIN**





**SUASANA DI DALAM STADIUM DARI SUDUT PANDANGAN KAMI**



**SAYA SAMPAI MELOMPAT ATAS KERUSI MERAIKAN JARINGAN PERTAMA PASUKAN MALAYSIA**



**GENG CPK@KAKI BOLA**



MISI ROMBONGAN INI BERJAYA!!!

Wednesday, June 29, 2011

Malaysia vs Taiwan 29 Jun 2011

Assalamualaikum & salam sayang buat semua pengunjung serta pembaca setia Bro_Monday's Life('',)

Pagi yang sejuk di pejabat membuatkan saya rasa ingin mencoretkan sesuatu di blog ini, ditambah pula dengan kesungguhan saya untuk membuatkan blog ini bernyawa di celahan kesibukan diri...adess~ intro yang "boleh lah..." koh koh koh

Seperti yang kita semua sedia maklum, malam ini pasukan bola sepak negara kita akan menentang pasukan Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Ini adalah perlawanan pra-kelayakan Piala Dunia 2014 Brazil.

Geng kita di Sahabat Blogger [SB] pun ramai yang turun ke stadium dan buat gathering di sana!!! Sesiapa yang berminat, sila ke page @ group [SB] di Facebook dan dapatkan maklumat di sana ataupun boleh cari Akmal Hilmi, Kirin Selama Perak II, Kyêrüll L Frêscð, Azrul Hisham, Amal Espraza, Yana Nanako



Saya akan turun ke stadium bersama member² pejabat!!! kami gelarkan kumpulan kami CPK@KAKI BOLA. CPK maknanya Cawangan Pengurusan Kompetensi.


Ini adalah bukti pembayaran yang diterima dari 11 orang yang menyertai.
Pesanan buat pasukan bola sepak Malaysia, BERJUANGLAH HABIS-HABISAN, KAMI TETAP MENYOKONG!!! MALAYSIA BOLEH!!!

Friday, June 24, 2011

Amalan Sunat Di Hari Jumaat

Assalamualaikum & salam sejahtera buat pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)

Hari ini hari Jumaat, 24 Jun 2011 bersamaan dengan 23 Rejab 1432 kalendar bulan Islam. Seperti kita semua sedia maklum, hari Jumaat adalah penghulu segala hari. Banyak kebaikan dan pahala yang kita semua boleh dapat pada hari ini dan kita juga digalakkan belajar dari semasa ke semasa. InsyaAllah.

Kali ini saya akan berkongsikan sedikit ilmu yang saya dapat setelah membaca sebuah buku bertajuk BIMBINGAN ROHANI - Pembina Peribadi Taqwa . InsyaAllah sedikit sebanyak dapat membantu kita semua dalam mempelajari serta mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

MANDI SUNAT JUMAAT

Di hari Jumaat pada waktu pagi kita disunatkan untuk mandi sunat Jumaat, dan niatnya adalah :


**sila klik untuk lihat dengan lebih jelas**


Marilah kita sama² mempraktikkannya di masa hadapan, semoga apa yang saya kongsikan ini memberi impak yang positif dari segi sudut penerimaan anda semua. Semoga ianya mendatangkan kebaikan serta menjadi pedoman untuk diri saya sendiri dan semua.



**sumber bacaan : Bimbingan Rohani "Pembina Peribadi Taqwa"
susunan Abdul Halim El-Muhammady**
**buku ini adalah hadiah dari seorang rakan, saya terima semasa menghadiri majlis persandingan beliau tempohari**


p/s : KETAHUI TEKNIK MEMOTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI

Thursday, June 23, 2011

Wacana Entri Pertama Ku



Assalamualaikum & salam sayang buat semua pengunjung serta pembaca
Bro_Monday's Life('',)

Petang yang berbahagia ini seronok rasanya dapat turut serta dalam segmen a.k.a WACANA dari bro wacana kacak memakai cermin mata!!!



"INI LAH ENTRY PERTAMA SAYA SEMASA MULA² MENCEBURI BIDANG PENULISAN BLOG"

Malunya!!! ('',)

Bagi rakan² yang mahu turut sama memeriahkan WACANA ini, sila KLIK SINI CEPAT²!!!

Sekian, terima kasih...koh koh koh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...