
Assalamualaikum & Salam Sayang buat semua pengunjung serta pembaca Bro_Monday's Life('',)
Petang yang indah dan tenang ini suka saya kongsikan 1 entry yang mungkin berguna kepada semua.
Kita sebagai blogger tentunya mahukan benda baik² sahaja untuk blog sendiri,kan? Saya ada cara untuk membuatkan blog kita selalu dikunjungi tidak kiralah sama ada yang suka² nak singgah atau pun singgah, baca dan komen.
1. Entry yang bagus dan berinfo (berilmu) - contohnya entry yang berkisarkan tentang tips, tutorial dan teknik.
2. Entry yang bersahaja (kisah tauladan mahupun kisah yang berlaku) - contohnya entry yang bermanfaat dan berguna di masa sekarang ataupun di masa hadapan. Kisah yang boleh dijadikan iktibar juga sangat menarik untuk dibaca sesetengah pengunjung.
3. Blog mesra pengunjung - mempunyai template yang cantik, ringkas, tema warna menarik tidak jemu mata memandang. Juga termasuklah ruangan komen entry yang bagus dan tidak menyusahkan para pengunjung.
4. Owner blog yang sempoi dan rajin - ini juga salah 1 cara untuk menarik minat pengunjung untuk selalu singgah ke blog kita. Apabila ada komen, terus di reply. Maklumbalas yang segera ataupun tidak itu belakang cerita. Yang penting pengunjung happy, owner pun happy. Ini dinamakan "Win Win Situation".
5. Tataletak atau susunan template mudah dilihat - contoh yang paling mudah adalah kedudukan button follow. Ini membuatkan pengunjung tidak tercari-cari apabila berminat dan mahu mengikuti perkembangan blog kita.
Rasanya setakat ini dahulu tips yang boleh dikongsikan mengenai perkara ini. Mungkin anda boleh cari lagi di Google dan mendapat info yang banyak di sana. Perlu diingatkan juga, tips ini hanyalah dari pemerhatian kasar saya sebagai seorang blogger mentah berbanding blogger otai yang ada di Malaysia. Mungkin ianya berbeza mengikut individu.
Apa pun, saya masih lagi perlukan tunjuk ajar dalam banyak perkara. Kita juga masih boleh share something untuk menambah ilmu di dada.
Sekian, terima kasih kerana membaca entry ini. Lain kali singgah lagi okey...
wassalam...('',)
p/s : sila
KLIK SINI untuk like fan page Bro_Monday's Life