.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Friday, May 6, 2011

.:. IBU oh IBU .:.




Assalamualaikum dan salam hormat buat semua pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Hari ni pergi masjid untuk Solat Jumaat tumpang kereta rakan sepejabat, kami pergi masjid pekan Sungai Besi. Pergi beramai-ramai selepas main kerom sepapan dua dulu, koh koh koh...

Tepat jam 1.00 tengahari kami sudah berada di perkarangan masjid. Jarak dari pejabat pun takde lah jauh mana pun, dari Bangunan Sapura@Mines ni, hanya perlu U-turn dan bayar tol BESRAYA RM1.30 terus sampai pekan Sungai Besi.

Khutbah tadi berkisarkan tentang Hari Ibu..Rasa sebak dan terharu bila mengenangkan ibu.

Panggilan saya kepada ibu ialah "ma"...
Beliau seorang ibu tunggal sejak tahun 2001 setelah abah meninggal akibat sakit barah otak...beliau berseorangan sambung menjaga, mendidik, membesarkan kami adik-beradik...Sungguh besar pengorbanan beliau sebagai "ma" kami...
Kini beliau masih lagi sihat walafiat dan tinggal di Sungai Besi bersama adik perempuan saya yang masih bersekolah di Tahun 6...

Banyak lagi kenangan jika nak diingatkan kembali...
Betapa tabahnya hati beliau dan menahan sikap saya yang nakal suatu masa dahulu.

Kini, dalam diri saya mempunyai 3 orang "IBU"...
ma saya, ummi mertua saya & bonda kepada anak saya...

Isteri saya yang dikasihi juga seorang ibu, cuma gelarannya agak berbeza dipanggil "bonda" oleh Scha dan saya sendiri...

Tak kira lah apa pun panggilan yang ada, ibu atau ma atau bonda atau ummi atau mama atau mummy...bagi saya, pengorbanan mereka wajib kita ingati...agar berkat kehidupan kita di sisiNya...insyaAllah..

"SELAMAT HARI IBU"



*kenangan kami anak beranak makan satay Kajang tempohari bersama ma dan adik saya*

Thursday, May 5, 2011

.:. KHAMIS menjelma lagi !!! .:.



Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Pagi tadi blogwalking macam biasa dan terbaca 1 entry dari BRO DIM tentang hari Khamis, lantas secara pantas saya terus dapat idea nak buat entry juga berkenaan KHAMIS!!! koh koh koh

Setiap perkara yang kita lalui seharian, tentu ada kaitan dan kenangan yang terpaut di antaranya. Pelbagai perasaan akan muncul...Rasanya bukan saya seorang saja yang merasainya. Itu sudah pasti.

Ok, bila Khamis menjelma tentu akan saya ingat 1 kejadian kelakar dan memberi pengajaran betapa pentingnya untuk mengingat hari.

PERCAYA ATAU TIDAK?
SAKSIKAN DAN HAYATILAH ENTRY LAMA INI !!!

Tujuan entry ini dipersembahkan tidak lain dan tidak bukan sekadar mengingati perkara lama, dan tiada niat langsung untuk menyinggung mana² pihak...

MANGSA : sahabat saya kini telah pun selamat menjadi seorang suami pada 30 April 2011...TERBAIK...


TAHNIAH & SELAMAT PENGANTIN BARU UMAR & SYIDA
insyaAllah saya sekeluarga akan turun kenduri sebelah lelaki di Melaka 7 Mei ini...

Sekian, semoga berjumpa lagi...koh koh koh ('',)

Wednesday, May 4, 2011

"Segmen Mesra Blogger Bersama Pembawa Wacana"

Assalamualaikum dan salam petang buat semua pembaca
Bro_Monday's Life('',)

Sepanjang hari ini, saya sibuk...Tapi nak sediakan 1 entry atau 2 masih boleh lagi...koh koh koh Sebab saya tidak lah sibuk sangat²...adehh~

Petang² macam ini, layan segmen pun baik jugak ni...Masa blogwalking tadi,lepak sekejap di KAMPUNG KAMEQ ternampak 1 segmen yang dianjurkan oleh BRO WACANA a.k.a BRO AHSAN...

Ini banner segmen beliau...



Ada 2 pilihan yang diberikan iaitu
"Aku Nak Jadi Kaya" atau "Aku Nak Jadi Popular"

So, dengan rasa bertuahnya saya memilih "Aku Nak Jadi Kaya"...

Bila kaya, saya tidak akan lupakan keluarga saya serta mak dan adik saya...Akan belikan pakaian cantik untuk mereka...bagi wang belanja lebih sikit dari biasa...tentu mereka semua akan doakan kemurahan rezeki untuk saya...amin...

Bila kaya, macam² saya boleh buat dengan kekayaan yang saya miliki...Tapi saya harus sedar kekayaan tidak akan kekal biarpun boleh makan sampai ke 7 generasi atau keturunan sekalipun...dengan itu, saya mesti lah sedar akan kenyataan ini dan tidak mudah lupa diri...

Bila kaya, kehidupan saya juga automatik akan berubah. Dari segi pakaian usah kata lah, tentu akan pakai smart², kacak², kemas²...tapi saya tidak akan berlagak dan tetap menjaga adab susila sebagai seorang jejaka Melayu.

Bila kaya juga, tentu akan ramai kawan yang dekat, saya akan sentiasa bermurah hati bila kawan² minta belanja makan atau minum di kedai mamak atau pun di mana sahaja. Kalau minta lah ye...kalu tak minta pun saya akan pelawa secara berhemah...

Rasanya sudah panjang berjela angan² yang membina dan tidak mustahil ini...

Semoga impian menjadi kenyataan...

Terima kasih kepada BRO WACANA menganjurkan segmen macam ni...SANGAT SUKA!!! koh koh koh ('',)

TARIKH TUTUP SEGMEN : Masuk hari Khamis 5/5/2011 (jam 12.01 pagi)

JIKA ANDA SEORANG BLOGGER

SAYA DAPAT BANNER NI DARI sis sunah sakura ('',)



Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila KLIK SINI...

Tuesday, May 3, 2011

.:. 1st VLOG dari bro_monday .:.


Assalamualaikum dan salam sayang di malam hari buat semua pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Malam ini saya agak keletihan sangat dan rasa macam tak cukup tidur...mungkin sangat aktif sepanjang cuti tempohari...
Jadual yang sangat ketat dan padat. Mana tidaknya?

Sabtu tengahari 30/4/2011 - hadiri majlis pernikahan kawan baik di Balakong.
Sabtu malam 30/4/2011 - ada gathering saga iswara club (SIC) di Gombak.
Ahad tengahari 1/5/2011 - join gathering santai bersama BEN ASHAARI di Putrajaya.
Isnin tengahari 2/5/2011 - hadiri kenduri kahwin blogger UJANG & YANA di Bangi.
Isnin malam 2/5/2011 - lepak menjamu makan se family di Ice Room Bangi, pekena ice cream!!!

Amacam? Sibuk, kan? haaa...baru tau? koh koh koh

Ok, cerita banyak tak guna, mari saksikan hasil VLOG PERTAMA dalam hidup saya semasa join santai BEN ASHAARI baru-baru ini..



Best kan? haaa...apa lagi? KOH KOH KOH kan lah diri anda sentiasa di blog saya tau...

Special THANKS to brader2 krew 1tube.my di atas penghasilan VLOG yang berkualiti sebegini...Juga ucapan ribuan terima kasih kepada BRO BEN kerana jemput saya join sekali gathering santai ini...
Buat rakan2 blogger yang turut hadir, sayang anda semua ketat2...

TERBAIK('',)

.:. Scha Al-Aiman ada FB??? .:.




Apa dia? Scha Al-Aiman a.k.a anak saya ada account Facebook?
Adehhh~ bukan lah, ini kan ke account FB miss anis RIBEN PUTIH...('',)

Gambar ni di printscreen kan di PC opis saya, bermakna saya sedang online FB sambil buat kerja lah...koh koh koh

Gambar ini di snap semasa para blogger berkumpul di Mc Donald PKNS Bangi tengahari semalam. Meetpoint sebelum sampai kenduri UJANG & YANA...Bukan main happy miss anis main dengan Scha...

Sebagai ayah, rasa bangga bila miss anis letak gambar profile FB beliau ni bersama dengan Scha...apatah lagi bondanya apple_lady tu ha...kompom bangga juga...koh koh koh

Semoga ikatan persahabatan antara kita semua kukuh dan berpanjangan ye...
KEEP IN TOUCH ('',)

.:. CURI gambar??? BOLEH ke? .:.

Assalamualaikum dan salam pagi Selasa buat semua pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Pagi ini saya datang awal ke pejabat, macam biasa dan sudah terbiasa dah pun...
koh koh koh

Datang awal sebab nak belek² blog kawan² a.k.a blogwalking! Saya bancuh Nescafe 3 in 1 "buih halus"...masa ni tengah lepak kat blog
MISS TREX...


Tengok sedikit gambar masa kat kenduri UJANG & YANA...dalam hati masa ni tengah memikirkan dan ada niat untuk mencuri gambar!!! adehhh~ sekarang lihat lah ye, saya dah pun curi...koh koh koh Tapi don't worry lah, saya dah pun komen kat entry beliau dan mengaku yang saya nak curi gambar ni...('',)

Ini lah dia gambar yang dicuri...




*Bro Framestone & Bro Monday duduk depan sekali, kami kan "BRO"...
koh koh koh*

Apa pun sebentar lagi lepas sarapan, saya akan round kat blog kawan² lagi nak tengok gambar semalam dan nak curi dengan izin...BOLEH?

Semoga berjumpa lagi...

Monday, May 2, 2011

.:. SELESAI sudah majlis UJANG & YANA .:.



LIVE tadi dekat Mc Donald PKNS Bangi, meetpoint sebelum terjah kenduri UJANG KUAT KENTUT!!!

Ramai blogger2 lepak situ dulu sementara tunggu yang lain sampai...

Cukup je, terus kami gerak ke majlis persandingan UJANG & YANA...

Saya leadcar bawak jalan bagi group kecil, ALONG USOP & krew 1tube.my pun ada follow kereta saya...

Sampai je kat kenduri, tengok perghhhh~ ramai sungguh tetamu yang ada terutama sekali blogger2...semua tegur dan peramah sekali...ramai yang saya kenal dan ramai jugak lah yang saya tak kenal...harap lepas ni dapat cari mereka dalam blogspot!!! ('',)

Kami semua ber photoshoot beramai-ramai, nanti kita sama2 saksikan gambar yang ada dalam blog rakan2...TUNGGU...koh koh koh

Alhamdulillah saya sekeluarga sudah pun berada di rumah. Saya juga ingin menyampaikan salam TAHNIAH buat UJANG & YANA, selamat pengantin baru dan semoga kekal hingga hujung nyawa...('',)

.:. Persandingan UJANG KUAT KENTUT .:.

Assalamualaikum dan salam tengahari buat semua pembaca
Bro_Monday's Life ('',)

Hari ini Hari Pekerja...Ramai pekerja yang bercuti umum, dan ada juga pekerja yang tidak bercuti.

Hari ini bangun lambat dari tidur, mana tidaknya? malam tadi jam 3am baru lelap...gara-gara on9 FB dan blogspot... blogwalking tengah malam buta memang seram...koh koh koh mujur lah ramai yang masih belum tidur lagi waktu itu...

Ok, tengahari nanti saya sekeluarga akan ke majlis persandingan UJANG SELALU KENTUT di Bandar Baru Bangi Seksyen 8 ...

JEMPUTAN BELIAU KEPADA SEMUA SILA KLIK SINI !!!

Ok, nanti kita jumpa di sana...('',)

.:. 1st gathering bersama blogger buat Vlog .:.

Assalamulaikum dan salam sayang buat semua pembaca Bro_Monday's Life ('',)

Entry awal pagi a.k.a tengah malam buta!!! koh koh koh saje nak buat mata mengantuk...Scha dan bonda nya dah tidur...bosan pulak berjaga sorang2 macam ni...

Baru lepas blogwalking sana sini, follow rakan2 dan komen serba sedikit kat entry mereka...

Badan sikit penat lah, jam 12pm - 3pm ber gathering bersama rakan2 blogger dan krew 1tube.my buat vlog di Taman Seri Empangan berhampiran dengan PICC Putrajaya!!!
INFO PASAL GATHERING NI, SILA KLIK SINI...Memang happening, walaupun ini adalah 1st time saya lepak ngan mereka...cool je...bersama dalam segmen bualsantai BEN ASHAARI...('',)

Dalam kepala ligat memikirkan bagaimana lah agaknya rupa vlog saya yang dirakam tadi...adehhh~ x sabar ni nak tunggu ianya terpapar di 1tube.my ... apa pun kita tunggu dan lihat...ye lah, selalu tengok rakan2 blogger lain punya, sekarang haaa rasakan lah sendiri...pengalaman yang sangat berharga...

Haaa...ini dia ada 2 keping gambar masa di lokasi...saya ambil tanpa izin di blog kak mas & bro wacana... THANKS ye...




Banyak lagi gambar kejadian, anda boleh lihat di blog rakan2 yang ramai dah buat entry pasal ni...saya je yang lambat...('',) SILA KLIK SINI dan TERJAH MEREKA 1 PERSATU...

Ok, dah ngantuk nak tidur...esok tengahari nak gi kenduri kahwin ujang kentut kuat & miss yana kat Bangi...Semoga kita berjumpa lagi ye...('',)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...