Biasa kita dengar pepatah Melayu, "lembu punya susu, sapi dapat nama" maksudnya orang lain bersusah-payah tetapi orang lain yang dapat untungnya.
Tapi tidak begitu apa yang nak saya sampaikan di entry ini, ianya sekadar simbolik sahaja. Sebenarnya saya nak bagitahu semalam punya cerita, saya apply cuti sehari untuk menyelesaikan urusan permohonan pinjaman perumahan kerajaan. Banyak perkara perlu diselesaikan sehinggalah permohonan berjaya dihantar di kaunter pusat Bahagian Pinjaman Perumahan Putrajaya (BPP).

Tengahari Rabu semalam selesai sahaja urusan di BPP, terus saya ke bengkel kereta untuk membaiki kerosakan pada bearing roda hadapan. Poket koyak lah jawabnya, tapi tidak mengapa, benda penting memang kena dahulukan...

Haaa...sekarang habis kisah hari Rabu yang diceritakan pada hari Khamis. Itulah maksud tajuk entry ini. koh koh koh
Semoga kita bertemu lagi, sekarang masa untuk berjalan-jalan singgah tempat kawan² pulak...
p/s : syukur ke hadrat Ilahi di atas kelancaran semua yang dirancangkan...('',)