Tips yam ai maksudkan adalah CARA-CARA NAK KASI ANAK KITA CEPAT MEMBACA
Latihan membaca tidak terhad kepada buku-buku, kad imbas dan majalah semata-mata. Dengan kreativiti yang ada kita boleh menjadikan seluruh bahagian rumah menjadi medan latihan membaca untuk anak-anak.
Caranya cukup murah dan mudah... iaitu dengan meletakkan label-label pada pelbagai objek yang terdapat di rumah.
Contohnya letakkan label pada almari baju, peti sejuk, pintu dan sofa. Anda juga boleh letakkan label pada tempat-tempat penting seperti bilik air, dapur, ruang makan dan bilik tidur.
Dengan adanya label (atau Tag Nama) pada objek-objek ini anak-anak anda akan dapat memadan dan mengaitkan "perkataan" pada label tersebut dangan "objek" yang dilihat. Label-label ini juga memberikan peluang untuk anak anda berlatih mengeja walau di mana dia berada di dalam rumah.
Jangan lupa untuk rajin-rajin bertanyakan anak anda tentang label yang ada. Buat seolah-oleh satu permainan "Tunjuk dan Eja" (Show and Spell) agar anak anda seronok untuk belajar dan mengingati perkataan yang tertera.
Tips Membuat Label
Label yang dibuat seeloknya mempunyai ciri-ciri berikut:
@>;--- Ditulis dengan huruf kecil sepenuhnya
@>;--- Bersaiz agak besar agar mudah dilihat oleh kanak-kanak dari suatu jarak yang agak jauh
@>;--- Tulisan adalah berwarna-warni (warna berlainan untuk setiap huruf). Seeloknya gunakan warna yang terang
@>;--- Tulisan tidak dihiasi dengan sebarang gambar
@>;--- Di laminate dengan plastik agar tahan lebih lama
Jangan letakkan label pada objek atau peralatan yang berbahaya seperti Cerek Panas, Pisau dan Punca Elektrik. Atau objek mudah pecah / berharga seperti Pasu, Barangan Kristal dan Bingkai Gambar. Kanak-kanak selain dari membaca juga suka menyentuh dan memegang objek yang telah anda labelkan. Jadi gunakan budi bicara anda di mana dan objek apa yang ingin dilabelkan.
Sekian dari ai, moga2 tips ini memberi kesan pada kite sume...koh koh koh ('',)
No comments:
Post a Comment