.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Wednesday, March 30, 2011

.:. Majlis Penghargaan Sukarelawan Islamic Relief Malaysia .:.

Assalamualaikum dan salam pagi Rabu buat semua pembaca Bro_Monday's Life,

Hmm~ baru hari ni saya ada masa free untuk update pasal tajuk kat atas tu ha...Ya, saya dah pun selesai mengikuti Majlis Penghargaan Sukarelawan Islamic Relief Malaysia (IRM) pada 26 mac 2011 Sabtu yang lalu bertempat di ARL BOWLING ALAMANDA PUTRAJAYA anjuran IRM.

Kelab Belia Saga Putrajaya (SRD) & Kelab Pemilik Proton Saga Iswara Malaysia (SIC) telah pun dijemput secara rasmi untuk turut serta dalam event terbaik ni. Selain tu, selaku penyumbang terbesar hadiah² iaitu Kelab Mutiara Putra Jaya juga turut sama memeriahkan majlis ini.

Rumah Anak² Yatim Baiduri, Dengkil turut diraikan. Ramai anak² yatim kecil yang hadir ditemani penjaga mereka.

Pertubuhan Orang Kerdil Malaysia serta pelajar² Institut Profesional Baitulmal juga turut dijemput.

Memang happening lah majlis tu, kami main bowling dibelanja oleh IRM sempena mengenang jasa baik semua yang selama ini membantu dalam banyak aktiviti IRM...

Terima kasih diucapkan kepada Islamic Relief Malaysia (IRM).

Di sini saya serta kan contoh antara aktiviti yang pernah saya join dengan IRM ni...kebanyakannya aktiviti kebajikan.

-
Talentstar "Segalanya Mungkin" pada 16/10/2010 di Perpustakaan Awam Shah Alam Selangor.



Ni pulak gambar kenangan bersama rakan² SRD & SIC masa sesi photoshoot!! saya yang pegang banner di perkataan Belia Saga tu...adehhh~

Ok, banyak lagi gambar aktiviti gempak ni...kalau rasa nak tengok sila lah add saya di FB cari je Bro Monday ('',)

Tuesday, March 29, 2011

"Random GiveAway Polo Wallet by darkbatman"


Assalamualaikum dan salam sayang semua pembaca tegar dan tak tegar Bro_Monday's Life ('',)

Pagi ni saya rasa sangat bertuah...sebab saya dah di tag oleh geng blogger kite si UJANG YANG KACAK DAH NAK KAWEN TAK LAMA LAGI...koh koh koh

Untuk sama² join GA cantik menarik memang tembam anjuran BRO DARKBATMAN ...

ANDA BERMINAT NAK TAHU DENGAN LEBIH LANJUT? JIKA YA, ANDA LAH YANG SAYA CARIK!!!
ok, SILA KLIK SINI CEPAT²!!!

Harap² saya bertuah kali ini, sebab wallet ni cun bangat....saya amat menyukai nya...

Ok, jom kite sama² tag diri sendiri...tapi sebelum tu saya nak tag 3 rakan yang mungkin bertuah juga...('',)

1. apple lady isteri tercinta, jika dapat wallet ni sila bagi saya...adehhh~
2. kak LILY comey dapat je wallet ni sila bagi hubby anda ye...
3. asrul a.k.a ejulz kampung kameQ

Ok, selamat maju jaya...bagi rakan² yang nak turut serta, jom lah!!! TERBAIK...

.:. Pelindung Keselamatan .:.

Assalamualaikum dan salam hormat semua ('',)

Haa.....tengok tajuk je dah rasa macam benda umum kan? koh koh koh Pelindung keselamatan yang saya maksudkan di sini adalah TOPI KELEDAR!!! macam yang saya nyatakan di ENTRY INI , saya dah beli helmet baru...sangat nyaman apabila menyarungnya sewaktu menunggang motor pergi pejabat!!! saya sangat suka...




Saya beli di sebuah kedai motor area Serdang, nama kedai lupa lah pulak...betul² mengadap sekolah dekat ngan barisan kedai motor BIKERZ...UJANG kompom tau nama kedai nya...yelah, tu kan line² beliau...adehhh~

Apa² pun helmet ini memang nampak tahan...sebelum ni saya guna helmet APOLLO MS88...dah lama helmet tu, tu pasal saya tukar yang baru!!! koh koh koh

Ok, di entry ni jugak saya nak share kan sesuatu tentang
KESELAMATAN JALANRAYA!!!KLIK LAH YE...

Lupa saya nak bagitau, helmet ni dibeli masa hari Jumaat 25 Mac 2011 yang lalu, waktu saya dan rakan seorang lagi pergi teman ASRUL a.k.a EJULZ KAMPUNG KAMEQ gi ambil motor baru beli kat kedai tu...maklum lah, beliau kan baru je lepas kemalangan tempohari...motor LC beliau jahanam...adehhh~ mujur semua ok...luka ringan saje...

baiklah, sampai sini dulu coretan saya yang tak seberapa ni...Thanks sudi baca ok!!! saya hargai sangat²...('',)

Monday, March 28, 2011

.:. Panas Sangat Berpeluh .:.

Assalamualaikum dan salam pagi Isnin buat semua,

Pagi ini saya datang agak lewat ke pejabat, tapi takde lah sampai merah punch card tu...adehhh~ lewat dari kebiasaan je...

Selalunya jam punch card tu 7:05 pagi saya dah ada di pejabat. Pagi ini saya punch card jam 7:16 pagi...lewat, kan? koh koh koh

Datang pejabat black out pulak tu, dari pagi maintenance² berlari sana sini siap kan kerja...ada buat kerja lah tu mungkin nak repair sesuatu...

Bila black out tentu lah takde bekalan udara sejuk!!! PC pun tak boleh nak ON...adehhh~ layan kan je...badan berpeluh hangat dah ni dari tadi...

Sekarang dah kembali kepada asal...Dah sejuk!!! TERIMA KASIH abang² maintenance ye!!!

Ok, pagi ni saya blogwalking agak sikit...sebab network internet sangat lembab disebabkan black out tadi...

Jom terjah blog isteri saya pasal botol susu FREE BPA, KLIK SINI CEPAT²!!! dan juga ENTRY MISS TIEAH ADA NAMA SAYA!!!

Hmm~ setakat ni dulu ye coretan saya yang tak seberapa ni...nak pergi siapkan kerja dulu...nanti saya datang balik...('',)


p/s : lupa nak kasi tau anda semua, saya baru beli helmet baru!!! wah...memang selesa!!! helmet trand masa kini...koh koh koh

Friday, March 25, 2011

.:.Mencari Sesuatu Di Mid Valley.:.



Assalamualaikum dan salam sayang diucapkan kepada semua!!!

Petang ni insyaAllah balik dari kerja, saya sekeluarga akan gerak jalan² di Mid Valley...Lagi pun isteri saya ajak pergi cari botol susu Scha yang bebas dari BPA...adehhh~ anda kurang jelas mengenai ini? Ok, saya boleh bagi link untuk kite sama² baca dan fahami apa itu Botol Susu Tanpa BPA...

KLIK SINI UNTUK MEMAHAMI DENGAN LEBIH LANJUT

Ha...tu lah pasalnya, sebelum jadi sesuatu baik kita cegah dahulu...bahaya rupanya, banyak kesan negatif yang bakal terjadi jika diteruskan lagi botol susu sekarang ni. Lagipun pengasuh Scha di taska tu dah bagi notis kepada semua ibu bapa penjaga minta perkara ini diambil serius dengan menggantikan botol yang bebas BPA...('',)

So, saya dan isteri sebagai salah seorang ayah bonda yang prihatin, turut sama mengambil langkah berjaga-jaga! tu pasal lah nak gi Mid Valley cari botol kat sana...
koh koh koh

Ok, semoga kita berjumpa lagi ye...

.:.TERHARU & MENGHARGAI.:.

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat buat semua ('',)

Hari ini saya sudah mula bekerja setelah bercuti kerana ada kematian di kampung, lama juga saya cuti...9 hari tak datang pejabat!!! lama,kan?

Saya post entry ni sebelum gerak pergi sarapan di cafe, saje nak meluahkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang bernafas di dunia ini lagi...

1 lagi, saya juga rasa sangat terharu dengan komen yang saya terima pasal entry ATOK SAYA DAH MENINGGAL yang diterima dari rakan² blogger tersayang...

TERIMA KASIH saya ucapkan...('',)

Ok, nanti kita sambung lagi ye. Saya dah nak pergi cafe...

Wassalam...

Tuesday, March 22, 2011

.:.aToK di Kota Bharu dah arwah.:.

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua rakan2 blogger serta para pembaca setia 'bro_mondays life'.

LIVE @ KG.TAWANG, BACHOK, KOTA BHARU, KELANTAN..

Hari ini masuk hari ke-3 pemergian atok yang dikasihi ke rahmatullah.. Arwah sakit tua, berusia 85 tahun menghembuskan nafas terakhir pagi Subuh 20 Mac 2011. Selamat dikebumikan pada jam 11.45 pagi hari yang sama. Arwah disemadikan di tanah perkuburan yang sama dengan arwah2 keluarga yang pergi lebih awal termasuklah arwah abah saya.

Saya dapat panggilan dari ma di Sungai Besi pada jam 7.00 pagi Ahad. Terus saya bergegas ambil ma dan adik untuk pulang ke Kota Bharu sekali lagi. Baru sahaja 3 hari kembali dari kampung, kini balik lagi. Balik haritu sebab nak melawat dan menjengok keadaan arwah, tak disangka pula arwah meninggalkan kami semua 3 hari selepas itu.

Sekarang ni saya baru lepas tolong di dapur menyediakan hidangan untuk majlis tahlil malam ke-3.

InsyaAllah pagi esok saya akan bertolak pulang ke Putrajaya. Rindu dah kat 'my apple' dan Scha Al Aiman.. Kali ni balik tak bawak, sebab minggu lepas dah ikut..lagipun isteri kena kerja tak dapat cuti.

Ok sampai sini dulu coretan kehidupan buat masa ni, nanti saya update lagi di masa akan datang. Lengoh dah tangan menaip online melalui handphone! Baru top up hot ticket internet hotlink..

Jumpa lagi ye.. Wassalam..

*entry ni xperlu ada gambar, sbab on9 kat henpon..adeh..*

Friday, March 11, 2011

SERAM SEJUK~adehhh~

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat semua pembaca setia "bro_monday's life" ('',)

Sekarang ni di pejabat saya sedang pakai baju sejuk! Badan rasa sangat lemah, sendi² rasa sakit...

Malam tadi saya main badminton di Presint 18 putrajaya. Macam biasa lah main dengan rakan² kelab. Saya terlalu agresif! Rasanya itu menjadi punca saya sangat penat pagi ini. Rasa macam nak demam...Menggigil semacam je... Pagi tadi masa bangun Subuh, hampir saya nak hantar SMS kepada bos kata tak dapat hadir ke pejabat. tapi saya gagahkan juga untuk datang. Murni sungguh niat saya ini. koh koh koh

Mujur lah rakan pejabat nama nya abang Hisyam ni ada panadol dalam laci meja beliau. Saya terus minta sebiji dan beli air mineral di pantry pejabat.

Lepas ni tentu saya akan mengantuk. nak berehat lah, tapi jam 9.30 pagi nanti ada lawatan penandaarasan QES & 5S di sini. Tentu² bos dan AJK 5s berkeliaran...

So, tak clear lah jawabnya...adehhh~ Ok, takpe lah. Saya hanya berehat di meja sambil buat kerja sikit. Nak buat tagging folder masyuarat.

Kita jumpa lagi nanti...('',)

Thursday, March 10, 2011

Scha Al Aiman Dapat Basikal


Assalamualaikum semua!!! Jumpe lagi kita di "bro_monday's life" ('',)
Sekarang saya dah tak sibuk, mana tak nye dari pagi hari tadi lagi banyak kerja.
Semua dah siap. Tadi mengemas pejabat ramai² bergotong-royong bersama rakan² sebab esok pagi ada lawatan QES serta 5s...

Ok, pagi tadi saya ada cakap nak buat entry tentang anak saya dapat basikal,kan?

TAK JADI...

Sebabnya isteri kesayangan dah buat!!! adehhh~ SILA KLIK SINI CEPAT² untuk membacanya... Diharapkan anda semua terhibur!!! koh koh koh

KECEWA ATAU GEMBIRA???

Assalamualaikum dan salam pagi Khamis semua pembaca setia "bro_monday's life" dan rakan² blogger sekalian...('',)

Pagi ini saya berbaju batik datang pejabat.

Pagi ini juga saya bawa kereta sebab hujan lebat kawasan Putrajaya seawal jam 6.30 pagi waktu saya mahu keluar rumah.

Pagi ini jalan sesak sebab ramai yang bawa kereta, motosikal amat jarang dilihat masa saya dalam perjalanan ke pejabat.

KECEWA atau GEMBIRA?

Itu yang menjadi persoalannya.

KECEWA...
Saya rasa amat kecewa malam tadi tidak dapat tengok bola secara langsung di kaca TV. Perlawanan timbal balik antara Pakistan dan Malaysia. Akhirnya TAHNIAH buat pasukan kita kerana layak agregat 2-0 walaupun sekadar seri 0-0 semasa bertandang di stadium pihak lawan.

GEMBIRA...
Sangat gembira sebab dapat belikan basikal pertama untuk Scha Al Aiman anak saya! Nanti saya buat entry pasal ni...('',)

Baiklah, apa pun perasaan kita pada waktu ini, lupakan sebentar. Mari pergi sarapan dulu!!! Jumpa lagi ye....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...