.:. TeNTaNG DiRi ai .:.

My photo
ai ni hepi oramnye, pastu ramai yam kata ai ni peramah,ai dah berumah tangga, ada soram waif yam comey & soram anak yam cute ai panggil beliau Scha Al-Aiman...nama penuh anak ai NUR ALYSHA HANI...ai sangat sayamkan femili ni...ai jugak suka berfoya-foya tapi bukan ke arah kejahatan mahupun kenakalan...tapi sebenarnye ke arah kebaikan...ai join Kelab Pemilik Proton Saga ISwara Malaysia (SagaIswaraClub)[www.sagaiswaraclub.com] dan Kelab Belia Saga Putrajaya (KBSP)[www.srd.com.my]...so, kitoram selalo ada aktiviti riadah dan amal...macam² lagi lah kalo nak cite...dah kenal, baru tau... koh koh koh ('',)

.:. CERITA BARU BLOG G-NOLA -On9 24hrs- .:.

Friday, April 29, 2011

.:. Pertemuan Blogger Yang Kedua !!! .:.

Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat buat semua pembaca Bro_Monday's Life ('',)

Pagi ini cuaca sekitar Seri Kembangan Selangor agak mendung...mana tidaknya? pagi tadi saya datang kerja hujan bukan main lebat!!! Syukur saya selamat sampai ke pejabat pada jam 7.14 pagi ...

Ok, saya nak buat entry sikit pasal pertemuan dengan blogger!!! tempohari saya lepak dengan blogger BRO DIM pemilik blog Island of Dim , (sila klik sini untuk baca balik) ...

Petang semalam pulak saya lepak dengan BRO RED ... perghhhh, bukan main bergaya orang nya... beliau dah call saya dan berbalas sms sebelum ini... tujuan sebenar beliau datang adalah sebab nak serahkan hadiah kuiz yang dianjurkan baru² ini secara byhand...saya menang sebiji beg laptop brand 'hp'...tapi beliau bermurah hati bagi 2 biji...alhamdulillah untung badan...koh koh koh katanya tak sempat nak pos kan...adehhh!!! Tapi gambar masa terima hadiah tu ada pada handphone beliau...apa pun kita tunggu entry dari beliau tak lama lagi...

Ini lah dia header blog RED RAMBUTAN beliau tu...

UNTUK TERJAHAN SOPAN KE ATAS BLOG BELIAU :
sila klik sini, koh koh koh

Ini pula BRO RED yang saya maksudkan, atas permintaan beliau sendiri saya terpaksa mengaburkan pandangan wajah beliau...atas sebab² tertentu...koh koh koh

Bagi saya, beliau sangat peramah dan agak otai berbanding saya. Saya sangat bersyukur dapat mengenali beliau di alam maya membawak ke alam realiti...itulah kuasa Allat SWT mempertemukan kita semua tak kira dari ceruk mana kita berada sekali pun...saya harap hubungan sesama blogger dapat dikembangkan lagi dari tak kenal hingga kenal...

Sekian dahulu coretan dari saya, semoga berjumpa lagi...('',)

p/s : sape² yang nak gi kenduri UJANG BLOGGER BOY KUAT KENTUT di Bangi 2 mei 2011, kalau lalu Putrajaya boleh SMS/CALL saya di talian 0129635085...boleh sama² jalan...koh koh koh

Thursday, April 28, 2011

5 WINNER G.A



Assalamualaikum & selamat malam semua pembaca bro_monday's life ('',)

ENTRY lewat malam, sekarang jam menunjukkan pukul 10.50 malam!!! Masa blogwalking tadi terserempak dengan GA BEST!!! dari CEKGU BOBIE...

APA YANG PERLU ADA DALAM BLOG CEKGU BOBIE NI???

Ok, bagi saya apa yang dah ada sekarang ni pun dah cukup, semua yang basic dah pun ada...cuma kalau cekgu nak tambah, boleh tambah KOTAK JERIT...tapi macam saya, blog tak ada pun KOTAK JERIT ni, sebab kalau online di pejabat tak dapat bukak, itu pasal saya tak letak..koh koh koh lagi 1, kalau nak nampak menarik dan ceria lagi, cekgu boleh letak gambar kesukaan di side bar blog ni...bila buka blog nak taip entry baru tengok je gambar tu rasa tenang dan happy...adehh~ ni bukan 1 cadangan, tapi dah lebih...('',)

TAGLINE DIRI SAYA???

'koh koh koh' itu saja, ianya menggambarkan serta menerangkan bahawasanya saya ni suka gelak, ketawa dan selalu riang...dalam kesedihan perlu ada sedikit kegembiraan baru lah seimbang...

TARIKH TUTUP G.A best ni bila?

cekgu bobie tulis katanya, sehari sebelum cuti sekolah semester 2 bermula !!!

JOM SAMA-SAMA JOIN G.A BEST NI !!! KLIK JE SINI YANG TENGAH BERKELIP NI !!!

.:. CPK Splash 2011 .:.

Assalamualaikum & salam hormat buat pembaca bro_monday's life ('',)

Akhirnya saya berjaya juga keluarkan entry ini...setelah lama mencari masa yang sesuai...Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Nya untuk sama² share saat gembira bersama semua...

Pada 23 April 2011 tempohari, bertempat di Desa Water Park Kuala Lumpur telah pun diadakan Family Day pejabat saya. Kali ini ianya diberi nama CPK Splash 2011...CPK tu apa? CPK tu bermaksud Cawangan Pengurusan Kompetensi...

Sangat TERBAIK...itu yang dapat saya katakan setakat ini, barisan AJK dan U/Setia sangat gempak...termasuk lah saya, saya jadi AJK KESELAMATAN...mujur semua dalam keadaan terkawal dan tiada berlaku sebarang perkara tidak diingini...

Entry kali ini banyak gambar, tapi tak ada lah banyak sangat, dah pilih serba sedikit je dari album...tak nak lah penuh gambar dari bercerita...apa pun jom kita sakkkkkk ssiiiii kan...('',)

**gambar ihsan dari kamera power**
Encik Mazlan (my boss) & Shairazi (my officemate)



- ni lah tempatnya !!! -



- family saya !!! -



- dengan Adham geng hijau jugak !!! -



- jadi budak², boss pun sama je main jugak pelampung kongsi ni !!! -



- antara game yang dibuat !!! -



- saya suka gelakkan orang lain !!! -



- antara penyokong setia, ramai lagi sebenarnya !!! -


Ok, cukup itu saja gambar yang mampu dikongsikan, banyak lagi yang ada, dalam FB pun saya tak masukkan lagi...adehhh~ Tapi dalam kegembiraan yang dilalui pada hari itu, masih lagi teringat kat kawan² yang tak dapat bersama...mereka ada urusan yang lebih penting...mungkin lain kali dapat bersama...('',)

Salah seorang yang tak dapat hadir, ASROL a.k.a ejuLz KAMPUNG KAMEQ...koh koh koh beliau ada exam U katanya...

Apapun, kita enjoy!!!! Jumpa lagi ye...Thanks sudi belek² baca sampai bawah ni...

Tuesday, April 26, 2011

Segmen : Jom Hentam Along Dengan Pantun

Assalamualaikum & salam hormat serta rindu buat semua pembaca setia Bro_Monday's Life,
sudah lama saya x update blog tersayang ni...Semuanya kerana sibuk di dalam dan di luar pejabat. Hari ni rasanya macam kurang sibuk sikit.

Ok, pagi ni saya tergerak hati untuk menyahut cabaran along usop punya segmen!!! Rasa macam nak asah kembali bakat yang ada sekian lama, tak hebat tapi boleh lah sekadar nak suka²...koh koh koh

Banner segmen adalah header blog beliau!!!

Bagi rakan² yang mahu turut sama memeriahkan segmen gempak x ingat ni, boleh lah KLIK SINI CEPAT²!!! Tarikh tutup segmen adalah pada 30 April 2011 ...CEPAT!!! ('',)

PENYERTAAN PANTUN DARI SAYA :

along usop nama dikenali,
belum pernah bersua muka,
indah blog bukan memerli,
sungguh kreatif sekadar bersuka.


testing² one two three,
dah baca x kan nak tengok saja,
ini baru pemanas entry,
anda mahu lagi? katakan saja.

Alhamdulillah, selesai pun buat segmen...harap² mendapat perhatian dari otai² dan rakan²...adehh~ Kejap, nak gelak sikit...KOH KOH KOH

Monday, April 18, 2011

.:. BERKURSUS DI KOMPLEKS C1 PUTRAJAYA .:.

Assalamualaikum dan salam pagi Isnin buat semua pembaca setia Bro_Monday's Life...

Today is my favourite day! Yes... i love Monday!

Pagi ini saya menunaikan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam..kena cukupkan kursus 7 hari dalam setahun...

Kursus saya hadiri ni cuma 1 hari je..mujur x lama! Harap2 ilmu yang diperoleh hari ni berguna di masa akan datang..insyaAllah..

Baiklah, jari pun dah lengoh taip entry..maklumlah online blog via handphone cap ayam je..koh3

Semoga kita berjumpa lagi di lain masa...wassalam...

Friday, April 15, 2011

Giveaway Ujang9897

Assalamualaikum dan salam hormat diucapkan kepada semua pembaca Bro_Monday's Life ('',)

Pagi Jumaat yang berbahagia ni, saya dengan rasa rendah dirinya ingin menyertai 1 GA...GA yang dianjurkan oleh UJANG SUKA KENTUT MERATA-RATA...koh koh koh

Ini banner GA a.k.a Header Pilihan Malaysia beliau yang telah ai undi tu ...


SYARAT² NAK JOIN SILA KLIK SINI LAJU²!!!

Gambar sempoi yang pernah saya ada, ni dia...masa kena temuramah dengan wartawan semasa event Islamic Relief Malaysia bersama UTUSAN MALAYSIA meraikan anak² yatim seluruh Lembah Klang pada Oktober 2010...



Cerita pasal blog UJANG ni, beliau punya blog sangat gempak, ayat yang digunakan dalam entry pun susah nak jangka...mat salleh kata unexpected...adehhh~ apa pun bagi saya beliau ni peramah sebab itulah beliau disukai ramai...(buat gaya aflin shauki jelir lidah pandang tepi ala² nyah...) koh koh koh

Beliau pernah review blog saya suatu ketika dahulu...nak tengok? KLIK SINI...

Last sekali, saya nak tag 2 orang untuk turut sama bagi meriah ini GA...bukan senang nak tengok Ujang ni buat GA tau...koh koh koh

- ASROL a.k.a ejulz KAMPUNG KAMEQ
- bro sichan a.k.a ENCIK SUAMI

GOOD LUCK kepada diri saya sendiri juga kepada rakan yang telah di tag serta semua yang menyertai GA GEMPAK ni...hadiah ni tentu saya punya...sebab saya lah yang akan undi kat RANDOM.ORG tu...(saya tipu)...('',)

Thursday, April 14, 2011

.:. MENGHARGAI JASA .:.



Assalamualaikum dan salam sayang kepada semua, berjumpa lagi kita di Bro_Monday's Life...Syukur ke hadrat Ilahi, masih diberi kesempatan...('',)

Sudah lama saya nak coretkan entry berkenaan ini, kini tiba lah masa yang sesuai...

Setelah membaca entry BRO SICHAN a.k.a Encik Suami tempohari, hati saya terdetik sesuatu...kita nak menghargai jasa isteri ada macam² cara...salah 1 nya adalah "kejutan"...apa saja kejutan...kejutan ni selalunya berhubungkait dengan hadiah...selalunya lah, kan?

Saya sendiri pun sudah banyak kali buat kejutan untuk isteri tercinta...sejak dari belum kahwin (masa ber couple) hingga lah sekarang sudah mempunyai cahaya mata seorang...macam² cara dah guna...koh koh koh

Ok, sebenarnya kita sebagai suami sepatutnya dan sememangnya wajar menyediakan kelengkapan dan apa saja keperluan isteri...Isteri juga mahu kelihatan ayu, anggun dan juga cantik...seperti gadis lain...Untuk suami juga, kan? Bukan untuk orang lain...

Dengan ini, pada pandangan saya kita sebagai suami wajib memberi isteri apa yang diminta selagi termampu...Ianya juga sebagai membalas jasa isteri menjaga, menguruskan rumah tangga dan juga menyayangi kita...

InsyaAllah dengan cara ini, rumah tangga yang dijaga akan berkekalan ke akhir hayat dan mendapat kebahagiaan berterusan dariNya...('',)

ENTRY ISTIMEWA ditujukan kepada insan yang paling disayangi...APPLE LADY...

.:. PROSES SETERUSNYA .:.

Assalamualaikum dan salam pagi buat semua pembaca Bro_Monday's Life ('',)

Alhamdulillah selamat sampai pejabat pagi ni jam 7:14am punch card !!! Rasa macam dah lali dan terbiasa datang awal...Sejuk pagi ni masa bawa motor! Cuaca nampak cerah, matahari muncul awal daripada biasa...Nikmat dari Yang Maha Kaya...

Minggu ni saya sangat² sibuk...

Isnin buat persiapan dan jentik mula Liga Karom Tertutup Cawangan Pengurusan Kompetensi (CPK) 2011...

Selasa & Rabu menjalankan tugas sebagai pengawas peperiksaan di Dewan MAEPS MARDI Serdang. Syukur, dapat lah buat tuntutan RM60 bagi kedua-dua hari tersebut...

Khamis...hari ini insyaAllah ada sedikit masa terluang berada di meja dan mengadap PC sambil disulami kerja update butiran peperiksaan...bos baru bagi job ni 2 hari yang lalu...

Semalam balik dari mengawas peperiksaan, saya bersama rakan² pergi ke kedai sukan yang disebut kat entry yang sebelum ni...kami pergi collect piala yang ditempah...sudah siap...dan sudah ada dalam genggaman...terbaik!!!



Saya dan partner rasa tidak sabar untuk menjadi owner kepada piala pusingan Johan!!! InsyaAllah boleh dapat memandangkan pair² yang lain pun sama hebat sama handal!!!

Doakan kejayaan kami ok!!!('',)

Tuesday, April 12, 2011

.:. Semenjak Dua Menjak .:.

Assalamualaikum dan salam pagi yang sejuk buat semua pembaca Bro_Monday's Life ('',)

Pagi ini macam biasa, sampai je terus kemas² meja pejabat...(meja sendiri)...Pakai gel untuk rambut, kasi nampak "market" sikit...Lepas ni nak turun minum di cafe aras 1 ngan kawan²...Maklumlah, cafe aras G dah bungkus...tutup...mujur lah tempohari Bro Dim datang sini, boleh lagi nak lepak cafe tu...sekarang dah tinggal kenangan...Tutup atas sebab apa, itu saya pun tak pasti...

Betul...semenjak dua tiga menjak ni, saya sangat sibuk di pejabat. Selaku AJK SUKAN pejabat bagi season 2010/2011, kami AJK² sibuk menguruskan 1 kejohanan Liga Karom Tertutup CPK 2011. Tengahari semalam runner pergi Sri Serdang. Pergi tempah piala di kedai sukan barisan Jabatan Pendaftaran Negara...

Semoga saya tabah mengharungi segala cubaan dari Yang Maha Esa....amin....('',)

Thursday, April 7, 2011

.:. Pertemuan Blogger Yang Pertama !!! .:.

Assalamualaikum dan salam pagi buat semua pembaca Bro_Monday's Life ('',)

Entry ni saya coretkan sebelum gerak ke cafe Sapura@Mines...Nak sarapan lah, dah lapar ni...adehhh~ awal pagi tadi tengok bola langsung tak kunyah apa²...minum air tin tongkat ali honey Power Root je...sambil hisap rokok...koh koh koh

Ok, sila tengok tajuk di atas...yes!!! blogger yang saya maksudkan adalah Bro Dim pemilik blog Island of Dim...gempak dan best lah dapat jumpa dengan beliau face to face!!! kami memang plan awal dah nak jumpa, lagi pun bro dim jadi calon exam di pejabat saya. So, beliau call dan sms saya bagitahu. Saya pun kata ok je, boleh minum² dulu kat cafe sini.

Akhirnya pagi semalam 6/4/2011 beliau berjaya sampai ke pejabat saya, dan kami lepak di cafe sementara nak tunggu exam bermula.

Sila lihat gambarajah yang telah disediakan. ('',)



Beliau memang peramah! Tak sia² mengenali beliau. Harapan saya agar hubungan sebagai kawan di alam maya dapat dikekalkan sampai bila², begitu juga dengan kawan² lain...


p/s : blogger seorang lagi yang hari² saya nampak dan jumpa adalah EJULZ KAMPUNG KAMEQ , yelah beliau partner merangkap officemate saya. 1 sektor pulak tu...koh koh koh

Monday, April 4, 2011

.:. Buat Projek .:.

Assalamualaikum & very² good morning to everybody!!! ('',) Today i want speak in English...(hampehhh~SPM subjek B.I pun gagal ada hati konon...) koh koh koh

Ok², saje je intro bagi gempak sikit...

Hmmm~ nak cerita sikit...pagi semalam isteri saya ajak balik Banting.

Perbualan celik je mata dari tidur waktu Subuh.

mai waif : abang, tengahari nanti jom kita balik Banting.
ai : nak balik lagi? last week kan baru je kita semua balik sana. ada apa sayang?
mai waif : nak gi tengok site projek...
ai : projek apa ada sana? kat sini pun boleh je nak projek...adehhh~
mai waif : projek rumah lah, nak beli rumah kena tengok tapaknya dulu...
ai : oh....ingatkan projek apa tadi!!! ok² nanti tengahari kita gerak...

Tengahari tu kami sekeluarga keluar rumah. Petang jam 4 baru balik rumah Putrajaya. Lama betul, banyak taman² baru kami round tengok²...siap call pemaju²...last² singgah di 1 taman ni, rumah baru siap. Call no.telefon yang ada di banner tiang lampu jalan. Katanya ada kosong lagi beberapa buah rumah...

Alhamdulillah...ni lah dia taman yang saya maksudkan tu...



Kemudian kami ke sebuah lagi taman, 60% hampir siap. Dijangka bulan Disember 2011 akan siap sepenuhnya. Ni dia gambar saya snap dari dalam kereta.



Apapun sekarang semuanya dalam proses booking. InsyaAllah ada rezeki tak kan ke mana-mana...('',)

Ramai juga kawan² yang mahir bab ni saya contact!!! Maklumlah benda baru, masih belum ada pengalaman...yang penting bertanya dan jangan sombong...nanti dikatakan "bodoh sombong"...koh koh koh

Baiklah, sampai sini dulu ye...Nanti kita jumpa lagi!!!
Wassalam...

Friday, April 1, 2011

.:. APRIL menjelma .:.



Assalamualaikum dan salam pagi Jumaat buat semua pembaca Bro_Monday's Life ('',)

Apa khabar anda semua pagi ni? Harap semua sihat walafiat menempuhi hari dan ceria sentiasa!!!

Bulan April sudah menjelma...Bulan Mac baru saje berlalu pergi..Sedar tak sedar umur kita meningkat sedikit demi sedikit...Syukur...

Hari ini ramai juga rakan² blogger buat entry pasal April Fool...ada cerita mereka pasal pengalaman "terkena" dulu²...ada juga yang buat entry pasal kisah di sebalik April Fool, dan ada juga yang tulis mengenai pesanan kita untuk tidak menyambut hari April Fool...

Bagi saya sendiri, apabila sampai saje tarikh 1 April, saya akan terkenangkan arwah rakan baik saya dahulu...Arwah Fahad Aziz kembali ke rahmatullah pada 1 April 2004...Pejam celik sudah 7 tahun pemergiannya...

Pagi tadi saya sudah post status di FB memohon rakan² bagi sama² sedekahkan Al-Fatihah... Terima kasih semua, hanya Allah SWT saje yang mampu membalasnya...

Arwah pergi selamanya seawal usia 19 tahun kerana sakit...(sehingga kini saya sendiri pun tak pasti sakit apa)...semoga rohnya tenang di sisiNya...

Di sini saya juga mahu mengambil kesempatan untuk momohon rakan² blogger sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka yang pergi dahulu dari kita....amin~

Baiklah, sampai sini dulu coretan saya pagi ini...Semoga kita berjumpa lagi...Wassalam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...